![]() |
Taklimat Pasca UPR
Apa itu COMANGO dan apa pembentangan yang dibuat oleh Saudara Azril Ketua DelegasiMuslim PrO di Geneva
Tarikh pembentangan malam ini 15 Nov
Tempat Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya
Masa 8.30 malam
|
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label Muafakat. Show all posts
Showing posts with label Muafakat. Show all posts
Friday, November 15, 2013
Isu Comango- taklimat pasca UPR oleh saudara Azril Mohd Amin
Monday, September 9, 2013
Bila Syiah dan Gangster dilantik sebagai wakil rakyat
Kejadian dimana gangster dan penganut Syiah diangkat menjadi ADUN dan MP di Malaysia amat menakutkan. Di zaman ini masyarakat tak terfikir bahawa perbuatan mereka menyokong party tertentu terutama DAP dan PAS mengundang padah besar. Mungkin mereka buta politik sehingga tak mengetahui bahawa seorang ADUN dan MP mempunyai peranan menentukan halatuju undang undang di Negara kita dalam DUN dan Parlimen!
![]() |
5 Gangster mati ditembak selepas menyerang anggota polis. Inipon nak dapat pembelaaan DAP! |

Bila kematian anggota polis tak berharga dan kematian gangsters lebih berharga buat ahli politik DAP dari Segambut!
Oleh itu tak hairan bila PDRM mengumumkan seorang bekas gangster yang pernah ditahan dalam Emergency Ordinance boleh menjadi ketua cawangan party di negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Pulau Pinang. Tidak hairan juga jika sebuah party komponen Pakatan menyediakan bantuan guaman untuk anggota komunis dan anggota keluarga gangster yang ditembak mati di Pulau Pinang baru baru ini
Juga tak hairan bila ADUN PAS menolak Enakmen Anti Syiah di Kedah kerana sebilangan besar yang dilantik juga pernah menentang mantan MB Kedah iaitu Datuk Seri Ustaz Azizan kerana fikrah Syiah sesat mereka .
Hari ini Ustaz Zamihan dari KDN mencadangkan supaya ISA diwujudkan semula untuk menangani isu keselamatan Negara. Rujuk berita di bawah untuk makluman lanjut
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
“Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.
“Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_01/Malaysia-perlu-undang-undang#ixzz2eMPIuyav
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, July 31, 2013
Wacana Agenda Kristian Se Dunia:Chapter Malaysia
Wacana Agenda Kristian Se Dunia:
Rujukan Khas Malaysia
Tarikh" 17hb Ogos 2013 (Sabtu)
Masa:
08:00 pagi – 01:00 tengah hari
Tempat:
Dewan Muktamar Pusat Islam
Jalan Perdana, Kuala Lumpur
(Depan Masjid Negara)
*****
Anjuran bersama:
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
dengan kerjasama:
Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
*****
Antara topik menarik yang akan didedahkan:
- Sejarah Penjajahan Kristian dan Gerakan Kristianisasi
- Agenda Tersirat dan Tersurat Evangelis Antarabangsa
- Politik Evangelis dan Agenda Rainbow Nation
- Helah dan Polemik Kalimah Allah
- Kupasan kajian terkini tentang Identiti “Sosio-Keagamaan dan Kehidupan Orang-orang Kristian Melayu Di Malaysia”
- Strategi Kontekstualisasi dan Gerakan Dalaman (Contextualization Strategy and The Insider Movement)
*****
TERBUKA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM
*****
Untuk maklumat lanjut ikuti perkembangan di laman sesawang ini [http://membelaislam.wordpress.com] atau hubungi Urus Setia Wacana/PEMBELA:
Tel: 03-4107-1025
SMS: 019-427-1025
Tuesday, January 15, 2013
Isu saman PM pasal dana sekolah Tamil - Hujah bekas hakim wajar diperdengarkan
Saya merujuk kepada isu terkini 2 peguam berhak saman Perdana Menteri kerana " tidak menyalurkan saluran dana yang sesuai " ke SRJK(T)
Rujuk ucapan bekas Hakim berkenaan keharmonian ugama, kaum dan dana ke atas sekolah vernakular termasuklah isu saman SRJK(T) kini.
Huraian Islam, Raja Raja Melayu dan hak orang Melayu dihuraikan dengan jelas oleh Yang Arif Mohd Noor bekas hakim semasa perhimpunan MUAFAKAT di minit 11 ke atas. Jelas beliau ada perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan membolehkan ugama dan bahasa lain diamalkan dan dipelajari tapi bukan untuk dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan! (komen penulis - Rujuk artikel 11 (1) (2) (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan)
Huraian Islam, Raja Raja Melayu dan hak orang Melayu dihuraikan dengan jelas oleh Yang Arif Mohd Noor bekas hakim semasa perhimpunan MUAFAKAT di minit 11 ke atas. Jelas beliau ada perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan membolehkan ugama dan bahasa lain diamalkan dan dipelajari tapi bukan untuk dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan! (komen penulis - Rujuk artikel 11 (1) (2) (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan)
Seminar MUAFAKAT berkenaan kedudukan Raja Raja Melayu, Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai paksi keutuhan negara. dibuat pada 4 Jan 2013 di Pusat Islam (Stesyen TV Al Hijrah), Kuala Lumpur baru baru ini
Dengar huraian Yang Arif Mohd Noor berkenaan kedudukan sekolah vernakular, Tanah Simpanan Melayu pada minit 11 ke atas
3 perkara penting yang perlukan tindakan segera seperti sarana Yanag Arif ialah seperti di bawah:-
1- wajib memperkasakan Majlis Raja Raja sebagai Excutive Council TERTINGGI di Malaysia-sebab keadaan politik sekarang memungkin kaum lain menuntuk hak yang bukan hak mereka seperti yang dinyatakan secara tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan
2- Tanah Reserve Melayu yg diambil utk pembangunan wajib diganti dgn Tanah Reserve lain dalam kawasan Bandar- macam Kpg Baru-dan jadikan ia banyak -ini boleh pecahkan undi kaum Yahudi Timur yg semakin mencabar hak hak Melayu dalam Perlembagaan.
Penulis cadangkan juga Ngah dan Ngeh , DAP dan PAS gantikan Tanah Reserve Maelyu yang diambil balik di Pulau Pinang (Pondok Upih untuk projek University Nanyang ) dan Gua Musang Kelantan (diambil untuk merasuah suoaya Nizar menjadi MB Perak) diganti dengan Tanah Reserve Melayu dalam kawasan Bandar untuk terus mempertahankan undi Melayu sebagai kaum majoriti dan Islam sebagai Ugama Negara-saya harap pemimpin UMNO yang ada dapat menjadikan ini sebagai manifesto pilihanraya nanti!
3- Sekolah Vernakular perlu diseliakawal KEWANGAN SENDIRI-tiada peruntiukan kewangan bagi sekolah vernakular dalam Perlembagaan-harap NGO dan Perkasa perlu perjelas kepada Melayu Islam dan jangan jadi apolegetik!
......................................................
Penghakiman tersebut boleh dirujuk di BERNAMA

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kota Alam Shah, M. Manoharan dan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan agar saman tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.
Monday, December 31, 2012
Kalimah Allah - Ismail Mina menyanggah
Ismail Minna President MUAFAKAT menyanggah kenyataan Gudwara Malaysia
Di bawah peruntukan 3(1),4(1), 11(4) Perlembagaan Malaysia, perkara perkara berkenaan ugama Islam hanya BERHAK ditentukan oleh orang Islam.
Malah dakwaan Gudwara bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam menyalahi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar. Ikuti penerangan Ismail Minna.
SHAH ALAM: Dakwaan pengharaman penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, disifatkan Ismail Mina Ahmad sebagai satu kenyataan palsu dan bermotifkan politik murahan.
Sebaliknya menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) itu, kenyataan tersebut yang dikeluarkan Persatuan Gurdwara Malaysia (MGC) sebenarnya yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.
Berpendapat Presiden MGC, Jagir Singh sebagai tidak memahami asas Perlembagaan, Ismail menegaskan bahawa di dalamnya dengan jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di mana segala urusan yang berkaitan dengan agama tersebut adalah hak mutlak penganut-penganutnya sahaja.
“Kenyataan Persatuan Gurdwara agama Sikh itu adalah satu kenyataan palsu. Mereka tiada memahami asas Perlembagaan kerana jelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia ini.
“Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Kenyataan Jagir kepada portal berita The Malaysian Insider itu jelas Ismail bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan, tetapi juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang turut mengiktiraf kedudukan Islam serta peranan Raja-raja Melayu dalam segala urusan yang berkaitan dengannya.
“Dan demikian juga ia mempunyai implikasi kepada kerajaan negeri-negeri yang mana semua undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai agama negeri yang berkenaan dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan yang berkaitan dengan ajaran dan agama dan umat Islam.
“Oleh yang demikian, pandangan Raja-raja Melayu sudah tentu melalui penasihat agama baginda masing-masing, adalah sesuatu yang berkaitan menurut Perlembagaan Negeri dan juga menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud di negara ini.
“Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak ‘tangan-tangan’ di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni,” gesa beliau.
Mengulas lanjut, Ismail mempertikaikan tujuan Jagir mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan pemimpin utama agama Sikh yang berpusat di Amritsar di Wilayah Punjab, India tidak pernah mengutarakan perkara sedemikian.
Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut agama Islam di negara ini.
“Kenyataan Persatuan Gurdwara itu mempunyai tujuan politik murahan kerana selama ini tidak pernah terjadi di Amritsar, iaitu pusat agama Sikh, yang meminta supaya kerajaan India mewajarkan penggunaan atau kalimah Allah di dalam kitab-kitab mereka seperti Kitab ‘Guru Granth Sahib’.
“Kenapa mereka mahu meminta penggunaan perkataan Allah sedangkan majlis agama mereka di Amritsar tidak berbuat demikian?
“Ini adalah satu konspirasi jahat mereka untuk mengelirukan orang Islam dalam isu kalimah yang cukup mulia bagi umat Islam,” tegasnya.
Sumber
Laman web rasmi MUAFAKAT
Sumber
Laman web rasmi MUAFAKAT
Wednesday, September 26, 2012
ilmuan Islam ASWJ bersatu-seminar Dakwah Islamiyyah di PWTC 8-9 Okt 2012
Thursday, March 22, 2012
Kongres Masa Depan Islam (KDMI)

25 Mac 2012 (Ahad)
Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor
8:00 pagi – 5:00 petang
Para Pembentangan Kertas Kerja:
- Ustaz Ismail Mina (Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT)
- Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA)
- Dr. Firdaus Hanapiah (Naib Presiden Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukhuwah Ummah – PRO-MUSLIM)
Forum : Kesatuan Menjamin Masa Depan Ummah
Tayangan video khas
Pendaftaran adalah PERCUMA
[Tempat TERHAD]
Sila daftar segera, hubungi:
Sdr. Nasrul: 012-650-6404
Sdr. Wan Burhan: 016-395-6497
layari website Muafakatmalaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)