Showing posts with label agenda anti Islam. Show all posts
Showing posts with label agenda anti Islam. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Hina Islam- bila pemimpin PAS tak ikut Al Quran dan Sunnah

Allah s.w.t. telah berfirman ….dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah: 36)….


Ayat ini merupakan satu order atau perintah daripada Allah s.w.t. Pada permulaan Islam, tiada perintah untuk memerangi mereka sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kafirun “Lakum Dii nukum wali yadeen”
 
 
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)


Akhirnya setelah umat Islam mempunyai kekuatan dan bilangan mereka mulai ramai. Allah s.w.t mengizinkan mereka memerangi golongan kafir yang memusuhi Islam.
 
 
Namun dalam memerangi kafir , umat Islam  tidak dibenarkan melampaui batas. Di masa dulu jika musuh sudah ditembak atau ditetak maka biarkanlah mereka mati dengan sendiri. Jangan ditambah tembakan supaya mereka cepat mati. Pada situasi hari ini-bila musuh Islam telah jelas memerangi Islam maka TINDAKAN TEGAS secara undang undang wajar diambil bagi menjaga kesucian ugama Islam!

              Wajib perangi musuh yang mengistiharkan perang ke atas Islam dan Ummatnya

Selain peperangan, Islam juga tidak menggalakkan kita melampaui batas dalam apa jua perkara termasuklah ibadah.

Tapi lihatlah kini keterlampuan batas mereka yang lebih berkiblatkan party politik (PAS) dan pada masa yang sama membelakangkan perentah Allah. Lihat kenyataan Hanipa Mydin MP PAS Sepang yg berfikrah Syiah (bukti SYIAHnya Hanipa Mydin)  yang diambil dari blog Ganyang Syiah, Din Turtle dan Milo Suam:


Dasar Syiah ialah menunjukkan belas kasihan atas kafir dan memerangi orang Islam. Kepada pengundi Sepang yang mengundi Hanipa Mydin bertaubatlah

Dalam akhbar Syiah abna turut menyatakan pendirian Mohamed Hanipa Maidin:

"Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah".

"Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu", menurut Hanipa Maidin lagi. ABNA

Baru-baru ini, dalam Harakah, Hanipa Maidin begitu gah memuji Ayatolol Khomeini di bawah tajuk: Penghinaan Nabi dan ketiadaan Imam Khomeini.



Jelas dasar Syiah ialah menunjukkan belas kasihan atas kafir dan memerangi orang Islam. Kepada pengundi Sepang yang mengundi Hanipa Mydin bertaubatlah !

Lihat pula kenyataan Ketua Penerangan Muslimat PAS Aiman Athirah yang saya screen shot dari laman facebook dan dikeluarkan di blog Terengganu Kini. Bukan sahaja dia menyetujui perbuatan menghina ugama Islam malah memfitnah pihak lain (UMNO)  di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Aiman Athirah ni baca dan faham tak firman Allah dalam Al Quran? Atau bagi dia politik adalah lebin penting dari  ugama

Semoga umat Islam lebih mendahulukan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas dari nafsu duniawi (party politik) mereka- Dalam hal ini Kerajaan Pusat telah bertindak tegas dengan menyumbatkan mereka dalam penjara tanpa jaminan bail (Rujuk artikel terdahulu   SINI ), namun tindakan PAS yang membelakangkan ugama Islam dalam menangani tindakan penghina ugama Islam  sangat dikesali.
 
Rujukan
 
 
Screen Shot dari Terengganu Today/ Aiman Athirah

 
 
 
 

Monday, December 3, 2012

Dunia Islam akan kehilangan suara lantang Malaysia jika Pakatan menang

Kita terkejut bila Bosnia negara Islam yang pernah ditolong Malaysia BERKECUALI semasa pengundian Palestine kepada status negara pemerhati di PBB. Perkara ini sebenarnya akan jadi di Malaysia jika Pakatan berkuasa. Ipoh Malay membahaskan dengan terperinci Persamaan Bosnia Dan Malaysia Dibawah Pakatan Rakyat


Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.

Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.

Hukum politik jenis bertiga ini cuba ditiru oleh Pakatan Rakyat di negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya Presiden Barisan Nasional.

Sebab itulah mereka hanya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de-facto. Ini kerana, jika mereka menang, hanya satu kerusi Perdana Menteri yang tersedia.

Oleh sebab itu, keterujaan mereka untuk merepublikkan negara ini sangat tinggi kerana dengan cara itulah sahaja, mereka dapat meletakkan ketua de-facto sebagai Presiden negara dengan dibantu oleh tiga Perdana Menteri dari ketiga-tiga aliran komponen parti yang berbeza, DAP, PAS dan PKR.

Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen dalam PRU12 2008.

Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.

Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.

Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden.

Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari ini tanpa mengira demografi.

Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang anti Islam akan membunuh pula bibit-bibit Islam yang sedang subur bercambah.

Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam kerana kebodohan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya adalah Muslim.

Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan Rakyat.