Showing posts with label Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Hudud. Show all posts
Showing posts with label Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Hudud. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Jom dengar syarah Syeikh Nuruddin Al Banjari dan sertai Perhimpunan I juta umat Islam di Shah Alam 22 Okt!

Merah itu tanda qalbu, putih itu tanda suci. Itulah warna bendera perang sang saka merah puteh yang diabadikan dalam bendera 2 negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.
 
Solat Sunat Tasbih, Dzikir Munajat dan kelas Tafaqquh akan di adakan dari 8.45- 11.45 pagi 22 Okt 2011 di Masjid Shah Alam

Seolah diaturkan pada 22 Okt 2011 akan diadakan 2 majlis yang meraikan ummah Islam di Shah Alam.

Pertamanya ialah syarah Al Azhar kedua iaitu Al Fadhil Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki di Masjid Negeri Shah Alam dari jam 0845-1145 pagi.

Keduanya ialah Perhimpunan 1 Juta Ummat Islam menentang MURTAD di Stadium Negeri Shah Alam dari jam 1400 (2 petang) hingga 1700 (5 petang) pada hari yang sama.

Menarik juga kalau dilihat 2 negara serumpun ini berkongsi budaya yang sama. Merah itu tanda qalbu, putih itu tanda suci. Itulah warna bendera perang "sang saka merah puteh" yang diabadikan dalam bendera Malaysia dan Indonesia.

Seolah diatur juga kali ini setiap pelusuk umat Islam bersatu dalam menentang MURTAD. Bagi saya ini satu PETUNJUK ILLAHI di mana pada 22 oktober, kita diberikan rezeki untuk bersama sama  Syeikh Nuruddin Al Banjari dari Indonesia yang gigih berdakwah menentang kufur kerana fahaman Wahhabi di sebelah pagi di masjid negeri . Malah tindakan tegas Syeikh menegur Nik Aziz menyebabkan beliau di larang dari memberi syarah di Kelantan.

Bagi saya umat Islam tak perlu gentar menyatakan yang Haq dan wajar ke depan mempertahankan Islam sebagai Ugama Rasmi Negara.

Selamat mendengar syarah Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki dan selamat berHIMPUN secara AMAN.

Monday, September 26, 2011

Tegakkan Daulah Islamiyah dulu sebelum laksanakan HUDUD- Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki

Semalam Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ditanya lagi berkenaan HUDUD di Masjid Al Adzim Pandan Indah Selangor walaupon tajuk asal ceramah adalah Menangani Krisis Ketandusan Ulama

Artikel ini pernah disiarkan di blog ini pada 16 September 2011

"Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari al-Makki juga ada menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh hadirin iaitu,

"Bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan"

Jawab Tuan Guru Sheikh Nuruddin di Masjid As Salam Bukit Sentosa yang lalu,

"Ingat balik pesanan al-Imam Hasan al-Banna, "bina Islam pada hati kamu, pada jiwa kamu, pada jasad kamu, maka Islam akan menerangi di sekitarnya"..

Apabila seseorang itu memahami Islam, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam..kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam..

Setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah..

Tuan Guru Sheikh Nuruddin menambah lagi, "ketika di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan, hal ini menujukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya"

Maka, fahamilah kepada kita semua, negara Islam tidak akan tertubuh melainkan ia bermula dari setiap tubuh muslim itu..

Maka, usahlah bertelagah tentang hal-hal yang membawa kepada kehancuran umat Islam, binalah tubuh kita dengan Islam, kemudian masyarakat kita..wallahua'lam..

Catatan dan sumber

Muhammad Tajuddin Al -Jawiy: https://www.facebook.com/Abdullah.mukmin...
.....................................
Catatan penulis = Hukum Islam itu dinamakan Hudud- dan ia terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu Hudud, Qisas (hukuman setimpal dgn kesalahan seperti bunuh) dan Qiyas (Denda)
Berkenaan Qisas dan Qiyas -ianya sudahpon di laksanakan di Malaysia

Tuesday, September 6, 2011

Daulah Islamiyah vs Hudud

.              "