Solat Sunat Tasbih, Dzikir Munajat dan kelas Tafaqquh akan di adakan dari 8.45- 11.45 pagi 22 Okt 2011 di Masjid Shah Alam
Seolah diaturkan pada 22 Okt 2011 akan diadakan 2 majlis yang meraikan ummah Islam di Shah Alam.
Pertamanya ialah syarah Al Azhar kedua iaitu Al Fadhil Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki di Masjid Negeri Shah Alam dari jam 0845-1145 pagi.
Keduanya ialah Perhimpunan 1 Juta Ummat Islam menentang MURTAD di Stadium Negeri Shah Alam dari jam 1400 (2 petang) hingga 1700 (5 petang) pada hari yang sama.
Menarik juga kalau dilihat 2 negara serumpun ini berkongsi budaya yang sama. Merah itu tanda qalbu, putih itu tanda suci. Itulah warna bendera perang "sang saka merah puteh" yang diabadikan dalam bendera Malaysia dan Indonesia.
Seolah diatur juga kali ini setiap pelusuk umat Islam bersatu dalam menentang MURTAD. Bagi saya ini satu PETUNJUK ILLAHI di mana pada 22 oktober, kita diberikan rezeki untuk bersama sama Syeikh Nuruddin Al Banjari dari Indonesia yang gigih berdakwah menentang kufur kerana fahaman Wahhabi di sebelah pagi di masjid negeri . Malah tindakan tegas Syeikh menegur Nik Aziz menyebabkan beliau di larang dari memberi syarah di Kelantan.
Bagi saya umat Islam tak perlu gentar menyatakan yang Haq dan wajar ke depan mempertahankan Islam sebagai Ugama Rasmi Negara.
Selamat mendengar syarah Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki dan selamat berHIMPUN secara AMAN.
|
No comments:
Post a Comment