Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Kapal terbang remote Boeing

Sebelum ini isu  kehilangan MH 370 menjadi sangat hebuh dan timbul pelbagai teori .

Agak menarek bahawa MH 370 membawa sejumlah besar penumpang negara China dan dilaporkan hilang tanpa berita hampir 2 bulan.

Minggu lepas pula Boeing telah berjaya mendapatkan patent rights ke atas  sejenis alat yang membolehkan kapal terbang dikawal, diterbangkan ke destinasi dan didarat ke destinasi tertentu melalui sejenis alat yang boleh diaktifkan oleh pilot, crew atau sensor jarak jauh (remote sensors)



Justifikasi patent rights untuk alat itu ialah "demi menghalang individu atau kumpulan yang tak dikehendaki dari mengancam keselamatan penumpang di dalam kapal".

Bagi saya  ia juga satu petanda bahwa dunia teknologi sedang cuba dikuasai oleh satu kuasa besar .....apakah kehilangan MH 370 boleh dikaitkan dengan teknologi itu?


Sumber 

sini

Monday, March 10, 2014

#PrayFor MH370-serpihan bukan bangkai kapalterbang MH 370

BiQ
Bukan bangkai pesawat

SEPANG: Serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
 
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.
 
“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.
Beliau memberitahu sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MAS di sini, sebentar tadi. -BH/Mstar.