![]() |
| Bukan bangkai pesawat |
SEPANG: Serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.
“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.
Beliau memberitahu sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MAS di sini, sebentar tadi. -BH/Mstar.
