Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Era Pengintipan Global 2-Facebook mendedahkan indentiti anda


 
 
Bacaan lanjut di Yakjud dan Makjud  
 
Dengan tegas Al-Qur'an mempersamakan Da jja l dengan bangsa-bangsa Kristen, dan lagi, Al-Qur'an menyatakan bahwaDa j ja l dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang berlainan, karena fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan bersama-sama.

Kami juga mempunyai bukti dari kitab Bible yang menerangkan, bahwaY a 'juj wa-Ma'juj adalah bangsa-bangsa Eropa. Dengan demikian teranglah bahwa Dajjalj uga berarti bangsa. Sebagaimana telah kami terangkan di muka, fitnahDa jja l itu bersumber pada menangnya agama Kristen. Ada sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahwaDa jja l itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Roma dan Persi yang diuraikan dalam Hadits itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadits itu berbunyi sbb:

"Rasulullah Sallallahu ’Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Persi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertampur dengan Roma, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu".


Di sini pertempuran denganDa jja l diuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Persi dan Roma. Ini menunjukkan bahwaDa jja l adalah bangsa, seperti halnya Arab, Persi dan Roma. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang. Namun satu hal sudah pasti, yakni bahwa menurut Hadits ini,Da j ja l berarti bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Persi atau Roma.
 
 
Huraian Yakjud Makjud oleh Syeikh Imran Hoesein :-
 



Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Facebook vs. Blog

Sudah agak lama ABG tidak kemaskinikan blog. Beban tugas baru yang semakin berat dan Facebook yang sentiasa memerlukan senggaraan membuatkan ABG tertinggal mengemaskinikan blog.

Pon begitu, keperluan blog maseh ada kerana Facebook ternyata lebih berkesan untuk informasi dan bertukar fikiran dalam jangka pendek. "Status" dan pergerakan artikel yang mempunyai pusingan yang cepat menyukarkan pembaca mengakses informasi yang sudah di arkibkan dalam dinding Facebook kita dan rakan-rakan.

Untuk rujukan di hari kemudian lebih senang dibuat jika sumber ilmu diletakkan dalam ruang siber yang mempunyai kerangka masa yang boleh diakses dalam jangkamasa yang lebih lama. Tambahan pula dengan ledakan informasi  yang banyak di Facebook, anak muda memerlukan masa untuk memahami dan mencerna sebelum menjadi ilmu yang boleh dimanfaatkan.  Di sinilah blog memainkan peranan sebagai library ilmu kepada hujah dan segala dapatan informasi di Facebook kita.
.............................................

Memuliakan Ramadhan

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga semata-mata. Alangkah ruginya jika kita bersusah payah menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menjaga tingkah laku kita.

Semuanya perlulah dijaga; dari tutur kata yang tak menyakiti orang lain, amal ibadah wajib yang tidak ditinggalkan, permandangan mata yang tidak meliar dan fikiran yang berangan yang  bukan bukan, tidak  ....dan banyak lagi. Puasa dalam ertikata yang sebenarnya mengajar kita mendisiplinkan diri dan mengawal nafsu (An Nafs).

Sedeh sebab melihat dalam bulan Ramadhan maseh ada kawan Facebook yang melontarkan kata kata fitnah baik dari segi ugama sehinggalah kepada berita kematian bekas ADUN di Selangor. Apapon biarlah kita tinggalkan perkara dan perbuatan yang sia sia kerana ianya akan mengurangkan pahala puasa kita.

Sekali lagi ABG mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah silap selama ini. Salam Ramadhan dari ABG.

Monday, May 24, 2010

kes kecurian identiti anakbukitgantang di Fb

Assalamualaikum,

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,

Sahabatku sekalian,

Saya dimaklumkan bahawa ada hamba Allah yang begitu berani  melagakan insan -insan dengan menggunakan identiti orang lain di dunia maya.

Saya sedar bahawa identiti "anakbukitgantang" tidak di patentkan dan tiada hak cipta terpelihara. Apapon, jika ianya digunakan untuk melaga-lagakan dan merosakkan perjuangan serta memecahbelahkan umat Islam, maka ianya tetap salah dari segi moral.

Untuk makluman sahabat sekalian, di dunia Fb saya dikenali sebagai Lily Hashim. Walaupon berbeda nama tapi ianya tetap mempunyai intisari perjuangan saya, Islam, Ugama dan Bangsa.

Saya memperjuangkan Islam dan menentang pemesongan akidah oleh agen Wahhabi di Malaysia. Lihat posting saya mengenai Wahhabi, penentangan ulama pondok ke atas PAS, pendedahan pemesongan dan kepincangan PAS dan lain-lain.

Saya menegur secara berhemah dan tidak pernah sekali  menggunakan bahasa yang kasar apatah lagi mencarut. Dan lagi saya "restrain" diri ini dari memasuki wall fb yang terlalu jumud politik - saya juga tiada akaun fb / atau menjadi kawan kepada Fb Anwar Ibrahim kerana kandungannya serta tingkah laku pengunjungnya tidak sesuai dengan matlamat perjuangan saya.

Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya memohon petunjuk dari Allah Ya  Rabbiul Alamin- iaitu Tuhan Sekalian Alam.

Semoga manusia  yang menggunakan identiti anakbukitgantang di Fb  dan pembaca semua sedar bahawa blogger anakbukitgantang tidak sama dengan Fb anakbukitgantang dan perjuangan kita berbeda.

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada bangsa MIM/Mala/Jawi  untuk bersatu memperjuangkan Islam dan bersatu di bawah UMNO. Wassalam.