Assalamualaikum,
Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,
Sahabatku sekalian,
Saya dimaklumkan bahawa ada hamba Allah yang begitu berani melagakan insan -insan dengan menggunakan identiti orang lain di dunia maya.
Saya sedar bahawa identiti "anakbukitgantang" tidak di patentkan dan tiada hak cipta terpelihara. Apapon, jika ianya digunakan untuk melaga-lagakan dan merosakkan perjuangan serta memecahbelahkan umat Islam, maka ianya tetap salah dari segi moral.
Untuk makluman sahabat sekalian, di dunia Fb saya dikenali sebagai Lily Hashim. Walaupon berbeda nama tapi ianya tetap mempunyai intisari perjuangan saya, Islam, Ugama dan Bangsa.
Saya memperjuangkan Islam dan menentang pemesongan akidah oleh agen Wahhabi di Malaysia. Lihat posting saya mengenai Wahhabi, penentangan ulama pondok ke atas PAS, pendedahan pemesongan dan kepincangan PAS dan lain-lain.
Saya menegur secara berhemah dan tidak pernah sekali menggunakan bahasa yang kasar apatah lagi mencarut. Dan lagi saya "restrain" diri ini dari memasuki wall fb yang terlalu jumud politik - saya juga tiada akaun fb / atau menjadi kawan kepada Fb Anwar Ibrahim kerana kandungannya serta tingkah laku pengunjungnya tidak sesuai dengan matlamat perjuangan saya.
Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya memohon petunjuk dari Allah Ya Rabbiul Alamin- iaitu Tuhan Sekalian Alam.
Semoga manusia yang menggunakan identiti anakbukitgantang di Fb dan pembaca semua sedar bahawa blogger anakbukitgantang tidak sama dengan Fb anakbukitgantang dan perjuangan kita berbeda.
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada bangsa MIM/Mala/Jawi untuk bersatu memperjuangkan Islam dan bersatu di bawah UMNO. Wassalam.
1 comment:
Anda harus melindungi identiti anda dari disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Members of Illuminati.
Post a Comment