Salam Ramadhan,
Facebook vs. Blog
Sudah agak lama ABG tidak kemaskinikan blog. Beban tugas baru yang semakin berat dan Facebook yang sentiasa memerlukan senggaraan membuatkan ABG tertinggal mengemaskinikan blog.
Pon begitu, keperluan blog maseh ada kerana Facebook ternyata lebih berkesan untuk informasi dan bertukar fikiran dalam jangka pendek. "Status" dan pergerakan artikel yang mempunyai pusingan yang cepat menyukarkan pembaca mengakses informasi yang sudah di arkibkan dalam dinding Facebook kita dan rakan-rakan.
Untuk rujukan di hari kemudian lebih senang dibuat jika sumber ilmu diletakkan dalam ruang siber yang mempunyai kerangka masa yang boleh diakses dalam jangkamasa yang lebih lama. Tambahan pula dengan ledakan informasi yang banyak di Facebook, anak muda memerlukan masa untuk memahami dan mencerna sebelum menjadi ilmu yang boleh dimanfaatkan. Di sinilah blog memainkan peranan sebagai library ilmu kepada hujah dan segala dapatan informasi di Facebook kita.
.............................................
Memuliakan Ramadhan
Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga semata-mata. Alangkah ruginya jika kita bersusah payah menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menjaga tingkah laku kita.
Semuanya perlulah dijaga; dari tutur kata yang tak menyakiti orang lain, amal ibadah wajib yang tidak ditinggalkan, permandangan mata yang tidak meliar dan fikiran yang berangan yang bukan bukan, tidak ....dan banyak lagi. Puasa dalam ertikata yang sebenarnya mengajar kita mendisiplinkan diri dan mengawal nafsu (An Nafs).
Sedeh sebab melihat dalam bulan Ramadhan maseh ada kawan Facebook yang melontarkan kata kata fitnah baik dari segi ugama sehinggalah kepada berita kematian bekas ADUN di Selangor. Apapon biarlah kita tinggalkan perkara dan perbuatan yang sia sia kerana ianya akan mengurangkan pahala puasa kita.
Sekali lagi ABG mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah silap selama ini. Salam Ramadhan dari ABG.
No comments:
Post a Comment