Dewasa ini banyak orang mempertikaikan Wahhabi, ektremis ugama . Malang apa yang tidak diketahui orang ialah hubung-kait antara PAS, partai yang "berjenama Islam" dan mempunyai pemimpin yang terpengaruh dengan fahaman Syeikh Qutb dan ekstremist ugama.
Hari ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.
Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS, melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa menolak sedikitpun syar’ait Allah seringkali kedengaran di ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.
Antara yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai fikrah perjuangan PAS.
Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul Hadi mengajar buku 'Ma’allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu juga Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.
FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG
Di sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;
Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
beri’tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i’tikod Jahmiyah).
menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
menghina dan mencela Nabi Musa ‘Alayhissalam.
menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-’Aziz.
Mengkafirkan Nabi Ibrahim ‘Alayhissalam.
menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.
Ke semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah syar’iyyah.
GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB
As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah mengatakan ;
إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغول بالكتابة.
“ Sesungguhnya aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; “ Mari sembahyang wahai Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku].” Intaha.
Selain beliau, ramai lagi alim ulama’ yang mentahzir umat Islam daripada Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan, antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh ‘Ayyih. Beliau berkata ;
وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا
Maknanya ;
“ dia (Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang ethies [ملحد]”. Intaha.
KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN
Hizb Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam. Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema’ah mereka sebagai jema’ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir [keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan tidak mempraktikkan hukum syar’iah.
Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya, guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.
Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain, tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.
TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI “JEMAAH ISLAMIYAH”
Ulama’-Ulama’ Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama “Islamiyah”, sebaliknya menamakan mereka sebagai “kumpulan yang mendakwa sebagai Islam”. Ini adalah kerana mereka amat bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah itu adalah ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur), mereka mempercayai Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama manusia dengan zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama’ tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai ”Jema’ah Islamiyah” sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka sebagai ”Al-Ikhwan Al-Muslimun” tetapi kita dibenarkan menyebut golongan ini sebagai ” kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai Ikhwan Al-Muslimin”. ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada itu.
ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;
Golongan Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup ‘islamik’ adalah di antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan perjuangan.
-----------------
Rujukan http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html-
-Syed Quthb, “Al-Islam Musykilatul Hadharah” , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.
1 comment:
Heran juga Pak Karamu, jika baca quran maka kita dapati apa yang terdapat didalamnya adalah bertentangan dengan amalab bangsa arab sekarang, ertinya bangsa arab pada keseluruhannya telah diracumi oleh Yahudi dan Nasrani sama ada mereka itu ustaz atau orang kuat agama ertinya islam sekular sebab itu kebanyakan negara arab berfahaman assobiyah yang nabi tidak akui sebagai umatnya
Post a Comment