Showing posts with label Akta Kerajaan Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Akta Kerajaan Tempatan. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Kempen Boikot barang tiruan dari China atau Kempen Boikot Undang Undang meh?

Semalam saya berdiskusi panjang lebar dengan rakan berbangsa Cina saya "PT". Ramai yang silap faham bila kita lancarkan kempen Boikot Barang Cina. Tak sepatutnya kita tujukan kempen Boikot Barang Cina (BCL) atas sebab rasis- Sepatutnya kempen wajar dijenamakan semula sebagai Kempen Boikot Barang Tiruan dari China atau Kempen Boikot Barang-barang  Berbahaya atau Kempen Boikot Kerja Merbahaya Kepada Keselamatan Awam!.

Umum mengetahui bahawa barangan dari China ialah barang tiruan dan barang yang tak menepati piawai antarabangsa dari segi piawaian keselamatan dan kesihatan. Rujuk  kes susu tercemar dengan melamine dan beras tiruan di Internet untuk mengetahui barang tiruan dari China sudah mencapai tahap kritikal!
 
. 
 
 3 cawan beras yang dimakan boleh disamakan dengan memakan sejumlah plastic yang besar!

 

Berkenaan isu Jonker Walk tidak sekali kali  premis tersebut mahu ditutup oleh Kerajaan Melaka kerana rasis. Jonker Walk ditutup kerana menghalang laluan awam dan menjual barang tiruan.

Oleh itu saya sarankan juga Menteri Perlancongan terlibat supaya jangan cepat melatah  kerana kesalahan utama  Jonker Walk (Melaka) dan Petaling Street kerana ianya menjadi tempat menjual barangan tiruan dari China. Sewajarnya premis di atas di tutup atas sebab sebab kesalahan di bawah  Akta Perihal Dagangan 1972 . Rujuk DI SINI





Sehubungan dengan itu, saya minta Nazri Aziz Menteri Perlancongan untuk lihat balik Undang Undang. Datuk  Ketua Menteri Melaka hanya melaksanakan undang undnag seperti yang diperuntukkan untuk melebarkan, mengelokkan dan memperindahkan  jalan serta menghalang peniaga dari menutup laluan kepada orang ramai . Sebanyak 1000 komplen telah diterima oleh Majlis Bandaraya  Melaka SINI

Malah tindakan Datuk Ketua Menteri juga disokong oleh peruntukan perundangan dalam Akta Kerajaan Tempatan  seperti berikut:-











Boikot barangan tiruan dah lama saya lakukan. Bokot produk berbahaya seperti gula yang diluntur (bleached sugar), tepung yang diluntur (bleached flour) pon lama saya lakukan. Kini saya berkira kira untuk boikot mana mana tempat perlancongan yang tidak mengikut piawaian keselamatan.

Jika peniaga barang tiruan maseh menutup jalan di Jonker Street dan menghalang laluan trafik serta menyebabkan masalah kesesakan yang juga masalah keselamatan, maka saya akan lancarkan kempen boikot Jonker Street kerana ia tidak melepasi piawaian keselamatan Health Safety Environment (HSE). Apa macam Nazri? Sudikah industri perlancongan menanggung risiko dan terjejas jika berlaku kebakaran besar dan tiada laluan selamat di Jonker Street?

Yang penting kami tak ketepikan  undang undang  yang ada kerana tahu risiko lebih besar menunggu Industry Perlancongan Negara jika aspek HSE tak dijaga ! Cukup cukuplah dengan pemasaran ideology politik neo liberalisme yang cuba di bawa Nazir dan boss nya!

Thursday, October 7, 2010

Siapa bersalah dalam kes kematian 2 bayi di taska di Putrajaya


Jabatan Kebajikan Masyarakat dah berlepas diri dari diberikan tanggungjawab dalam kes kematian bayi, bukan sekali tapi 2 kali di Putrajaya (rujuk petikan di bawah)

Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah sebuah bandar terancang. Maksudnya segala kemudahan termasuk kemudahan penjagaan bayi dan kanak kanak telah dirancang. Semua kemudahan tersebut telah ada diperingkat perancangan namun dari segi pelaksanaan maseh banyak taska untuk tujuan komuniti belum dibina.

Setakat ini telah ada 3 taska untuk komuniti dibina oleh pemaju, beroperasi secara berlesen. Namun  sebab taska ini ditender oleh pemaju maka kos yang dikenakan pegusaha agak mahal bagi golongan berpendapatan sederhana di Putrajaya. Perkara ini diseimbangkan dengan wujudnya pusat asuhan dan taska di semua jabatan kerajaan yang mengenakan bayaran minima bagi kos penjagaan bayi dan kanak kanak.

Kewujudan taska dan pusat asuhan di kawasan perumahan di Putrajaya tidak pernah dirancang dalam Pelan Awal Putrajaya. Pun begitu kerana desakan pengusaha taska (yang merupakan masyarakat peniaga) dan juga kekangan taska dan pusat asuhan untuk komuniti yang kurang dan lambat dibina pemaju, maka Perbadanan Putarajaya selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan kebenaran sementara /langkah interim. Dengan itu pengeluaran lesen bagi taska dibuat dibawah Undang undang Kecil Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya 1999). Pon begitu, sepertimana PBT lain di Lembah Kelang, Perbadanan Putrajaya menetapkan Undang-undang dan Syarat seperti berikut :


Operasi pusat-pusat ini adalah tertakluk kepada pematuhan beberapa undang-undang yang berkuatkuasa di Putrajaya dan di Malaysia. Antaranya :


i. Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.

ii. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi Tadika yang mengguna pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

iii. Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi Taska.

Kebenaran bersyarat yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya ke atas Taska antara lainnya memerlukan pengusaha taska perlu  mematuhi  SYARAT DAN GARIS PANDUAN seperti berikut:

a- Pengusaha perlu mendapatkan sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengesahkan bahawa ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh jabatan tersebut telah dipatuhi.

b- Mempunyai lesen pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Perniagaan atau Syarikat.

c- Didaftarkan di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Seksyen 4.

d- Mematuhi syarat dan terma yang digariskan di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan.

e- Mendapatkan kebenaran (jika perlu) dari penghuni-penghuni rumah berhampiran jika premis yang dicadangkan untuk dijadikan pusat asuhan adalah dari jenis rumah berangkai.

f- Tidak dibenarkan membuat perubahan pada warna rumah atau premis bagi pengusaha yang menjadikan rumah persendirian atau kedai sebagai pusat asuhan.

g- Tidak dibenarkan mempamer apa-apa iklan perniagaan tanpa lesen iklan. Jika lesen iklan diberikan, syarat-syarat lesen hendaklah dipatuhi.

h - Membenarkan mana-mana pegawai Perbadanan Putrajaya yang diberi kuasa untuk memasuki premis perniagaan merika bagi tujuan pemeriksaan.

i - Mematuhi peruntukan Seksyen 78 dan dibaca bersama Seksyen 79 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berhubung kapasiti penghuni rumah.

j- Memastikan tidak berlaku kacau ganggu ke atas jiran terdekat. Kacau ganggu yang dimaksudkan termasuklah bunyi bising, kotoran dan sampah sarap dan halangan-halangan kepada lalulintas.

Kesemua syarat tersebut menjadi garispanduan kepada pelesenan tadika dan taska di Putrajaya melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan tahun 2006 dan diwartakan oleh Perbadanan Putrajaya dalam Rancangan Struktur (Bagi Kerajaan Tempatan Putrajaya) pada tahun 2009 (Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa).

Dari segi perancangan dan peruntukan perundangan, PBT sebagai agensi penguatkuasa boleh menutup taska dan mengarahkan ianya dipindahkan ke tempat lain jika didapti kawasan yang dipilih kurang sesuai dan menimbulkan kacauganggu kepada jiran /atau gagal mematuhi mana mana syarat dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.

Bagaimana pula dari segi penguatkuasaan taska dan memastikan semua taska yang beroperasi di Putrajaya mematuhi kesemua syarat di atas? Pemantauan berjadual oleh PBT  dulunya sering dilakukan. Tapi tak tahulah sekarang sebab lain padang lain belalang, lain dulu lain sekarang.

p/s Harap selepas ini jangan ada Timbalan Pengarah Perbadanan Putrajaya yang dikambing hitamkan sebab Pengarah berkenaan nak selamatkan diri . Sewajarnya kesemua komplen dan keresahan masyarakat peniaga di Putrajaya dijawab dan tindakan sama rata diberikan. Kejadian malang ini takkan berlaku jika tindakan dan pemantauan/penguatkuasaan dibuat atas dasar sama rata dan bukan pilih kaseh- Begitu juga pemberian lesen! Dengarnya peniaga kecil dari luar Putrajaya diutamakan dalam pemberian lesen penjaja sementara.....

---------------------------------------------------------------------------
"PUTRAJAYA 6 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.

Meme berkata, JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan.

"Oleh itu ibu bapa perlu lebih prihatin dan peka dengan memastikan menghantar anak-anak di Taska berdaftar bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ini memandangkan sejumlah 2,077 Taska di seluruh negara dikesan masih gagal untuk mendaftar tetapi masih mendapat perhatian daripada ibu bapa. – Bernama "







































Friday, August 7, 2009

hati hati gerakan menyahsensitifkan isu isu sensitif

Lewat ini terlalu banyak usaha menyahsensititifkan isu -isu sensitif. Antara isu yang cuba dinyahsensitifkan adalah isu penjualan arak dan penguatkuasaan undang-undang Kerajaan Tempatan oleh MBSA.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, keharmonian adalah berteraskan tanggungjawab. Rasa tanggungjawab lahir melalui undang undang dan apa yang kita pegang dalam norma norma kehidupan seharian.

Oleh itu, apabila ugama rasmi Malaysia adalah ugama Islam, maka norma norma yang kita pegang adalah berpaksikan ugama Islam. Ianya direfleksikan dalam Perlembagaan Malaysia, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) iaitu undang undang yang dibuat secara formal dan bertulis, sementara Rukunegara adalah nilai bersama yang rakyat Malaysia pegang. Manakala satu lagi undang undang Thot (Thot Law yang mana lebih kurang sama dengan The English Common Law) menggunapakai common sense dan norma yang tak bertulis yang sedia digunapakai dalam sesuatu masyarakat.

Jadi telah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjaga kepentingan sosial, ekonomi dan keharmonian peduduk dalam sesuatu majlis Kerajaan Tempatan.

Atas dasar itu juga kesemua premis premis yang menjual arak untuk diminum (premis selling liquor ready for consumption) perlu mempunyai permit , kerana ianya hanya dibenarkan hanya setelah beberapa kondisi khas DIPENUHI. Permit ini juga mengawal penjualan arak secara berluasa.

Pihak Berkuasa Tempatan bertindak untuk meluluskan kebenaran premis menjual arak setelah bersidang. Di DBKL, beberapa wakil lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, wakil Kastan dan Eksais serta lain lain badan berkepentingan dipanggil dalam mesyuarat meluluskan premis menjual arak.

Terdapat loophole dalam undang undang sedia ada dimana premis yang tiada permit menjual arak didapati menjual arak. Dalam kes ini kedai serbaguna/ convenience store didapati telah menjual arak tanpa permit. Perkara ini dan lophole dalam undang undang sedia ada memeningkan kepala semua Pihak Berkuasa Tempatan.

Dalam perkara ini salahkan kalau kita menggunakan pakai common sense, dimana kedai kedai yang menjual arak diperlukan untuk mendapatkan permit khas bagi menjual arak?

Janganlah hanya kerana terdapat kedai serbaguna yang menjual arak di negara barat, maka Malaysia mengikuti. English Common Law dan Thot Law juga menggunakan common sense!

Sudah tiba masanya jika premis ini berkeras nak jual arak, maka premis sedemikian perlu memohon permit khas menjual arak. Dalam kes ini, premis tersebut tidak layak lagi menggunapakai nama kedai serbaguna. Premis tersebut layak dipanggil kedai arak dan tak sepatutnya berada dalam kawasan perumahan , mahupun kawasan sekolah atau kampus dan rumah ibadat dalam radius 100- 200 meter. Perkara loophole ini boleh diatasi jika MBSA dan semua PBT terbabit menyemak semula Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan masing-masing mengenai perletakan premis menjual arak, tempat-tempat hiburan dan sebagainya ( polisi ini boleh dibuat oleh PBT dibawah kuasa yang diberikan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa )


Yang paling penting, hormatilah ugama Islam , ugama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.