Garis masa Tamadun Lembah Bujang - Sungai Batu |
Penemuan kajian di Lembah Bujang yang menunjukkan bahawa bumi tua ini pernah didiami melewati tahun 487 Sebelum Masehi (admin menyatakan ralat dan memaklumkan ianya 487 Sebelum Masehi) menunjukkan bahawa Malaysia ini Tanah Tua.
Tamadun Lembah Bujang ini berdekatan dengan garis masa Tamadun Rom.
Kedudukan batu batu purba yang dulunya merupakan tapak pentadbiran |
Adakah sebarang perbezaan di hati dan kendiri pembaca bilamana mengetahui yang asal bangsa Melayu ini pada satu ketika dahulu sangat hebat?
Pada era ini, negara yang menjalankan aktiviti peleburan besi diikhtiraf negara maju kerana proses pembuatan ini adalah yang paling tinggi dalam teknologi pembuatan. Bijih-bijih besi perlu dileburkan dalam suhu yang paling tinggi iaitu 1600' celcius.
Di Sungai Batu ditemui 7 pusat peleburan besi yang digunakan beratus tahun dan yang terawal adalah sebelum masehi. Juga dijumpai kilang -kilang berikut:
Pada era ini, negara yang menjalankan aktiviti peleburan besi diikhtiraf negara maju kerana proses pembuatan ini adalah yang paling tinggi dalam teknologi pembuatan. Bijih-bijih besi perlu dileburkan dalam suhu yang paling tinggi iaitu 1600' celcius.
Di Sungai Batu ditemui 7 pusat peleburan besi yang digunakan beratus tahun dan yang terawal adalah sebelum masehi. Juga dijumpai kilang -kilang berikut:
Yang dipercayai wujud adalah :
1) kilang pembaikan kapal
2) kilang penghasilan bata-bata bergred A
3) kilang penghasilan atap genting
4) kilang penghasilan tuyere
5) universiti-universiti
6) dewan perdagangan
7) pusat penempatan / hotel purba dan sebagainya.
Semuanya ini dulunya adalah tapak peleburan besi-kata Dr Muktar Saidin yang mengetuai team research |
Sekarang telah ditemui pusat peleburan besi yang berusia lebih awal dari tarikh penemuan candi-candi iaitu 300 tahun sebelum masehi. Adakah benar rumusan mereka terhadap sebuah negeri di Nusantara Melayu?
Tahukah pembaca bahawa tapak yang digali ini digunakan selama 300 tahun berturut-turut? Lapisan yang ditandai dengan penanda abad ke 3 selepas masehi (sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW) adalah permulaan tapak ini sebagai tempat peleburan besi. Kemudian terjadi peningkatan kandungan tanah selepas berlakunya peleburan selama 100 tahun ditandai pula dengan abad ke 4. Berlaku lagi penambahan paras tanah berikutan proses yang berterusan sehingga ke abad 5 masehi.
Secara kasarnya 300 tahun berturut-turut industri peleburan besi ini berjalan belum mengambil kira tarikh awal aktoviti peleburan besi di Sungai Batu Merbok Kedah ini dikesan pada 500 tahun sebelum masehi dan berakhir pd 400 tahun yang lepas.
Bandingkan usia kita. Industri kereta Malaysia berlangsung 30 tahun. Peleburan besi di Malaysia berlangsung 2200 tahun dan menjadi gudang besi dunia. Berakhir 400 tahun yang lepas. Kita baru sedarkah yang bangsa dan negara kita sebenarnya hebat? Ya Allah...bantulah kami dalam mencari sejarah bangsa Melayu.
Timbunan abu dari gunung merapi dan dari banjir menimbus tamadun terdahulu. Di dalam gambar ditunjukkan bahawa tapak ini telah dijadikan tempat peleburan besi selama 300 tahun. Bersambung...........j |
1 comment:
rencana ni pernah keluar majalah 3. unit arkeologi USM yang buat kajian. dan diorang masih kat sana. kilang besi tu dikatakan sezaman dengan Mohenjodaro Harappa.
tapi .... melayu baru dan 'bijaksana' kata. kita ni pendatang. mana ada tamadun. itu semua tamadun jin dan ifrit bro.
percaya cina tu semua. research malas. janji bunyi liberal.
Post a Comment