Rumah Adik Nik Aziz terbakar secara misteri setelah doa "KO UMNO" berkumandang di stadium |
Sekali lagi Nik Aziz mengutuk sesama umat Islam kerana ideology politik yang berbeda. Di usia emas sebegini sedih bila Nik Aziz maseh tak dapat hidayah.
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
Rujukan seterusnya di Larangan Rasulullah SAW
Tapi bagi Nik Aziz perkara ini dipandang enteng . Berapa banyak ulama telah menegur Nik Aziz di Teguran Ikhlas ke atas Nik Aziz dan fikrah wahhabinya di SINI, SINI, SINI
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.
"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.
Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah."
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin. Rujuk di SINI
Mungkin juga Nik Aziz lupa apa jadi pada rumah adiknya beberapa hari selepas doa KO UMNO di stadium tahun lepas.
6 comments:
nik aziz akan anggap kejadian itu sebagai cobaan, bukan ingatan. dia akan ingat Tuhan makin rapat dengannya sebab tu Tuhan beri cobaan dengan kebakaran itu.
Satu soalan.... knp x didoakan perkara yg sama terhdp pkr. Kan ke hadi ckp pkr sekular pragmatik.
Ramai jugak yg ngaminkan tu.
itu je yg PAS mampu buat..kerja malas, janji kosong, fitnah jadi mainan..islam di jual.. modal terakhir ialah DOA k.o!
Penyakit dlm hati masih belum dirawat, dan belum sembuh.
Sempat sembuhkah sebelum mati ?
Penyakit hati ni dibawa sampai ke Akhirat, dan yg ada penyakit ni nanti ditakuti tak layak ke Syurga, kerana Syurga tu tempat yg baik baik, semua sihat tidak berpenyakit lahir dan batin.
Dlm Syurga tak ada yg sombong, tidak ada yg angkuh, tidak ada yg ujub, tidak ada yg hasad, tidak ada yg taksub, tidak ada yg berdendam, tidak ada yg kasar, tidak ada yg keras kepala; semuanya bersopan, cakapnya baik baik sahaja, seruan dan doanya keselamatan dan kesejahteraan.
secara peribadi aku menganggap nik aziz amat sombong dan tak tahu adab. sebagai manusia yang mengaku ulama ternama, untuk berdoa, wajib tahu adab-adabnya. berdoa ialah memohon kepada yang baik2 belaka, bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain juga. apakah beradab namanya jika memohon kemusnahan dan kerosakan kepada orang Islam lain yang berlainan parti politik? sombongnya nik aziz ialah beliau menganggap Allah SWT hanya melayan doa pas sahaja. kasihan orang tua ini, semoga beliau insaf sebelum 'pergi' dan memahami bahawa masalah kesihatannya sekarang mungkin kifarah kepada semua perbuatannya sebelum ini.
Post a Comment