Showing posts with label #Pengkalan Kubor. Show all posts
Showing posts with label #Pengkalan Kubor. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

#PRK Pengkalan Kubor-Doa laknat Nik Aziz akan berbalik kepada tuannya

Rumah Adik Nik Aziz terbakar secara misteri setelah doa "KO UMNO" berkumandang di stadium


Sekali lagi Nik Aziz mengutuk sesama umat Islam kerana ideology politik yang berbeda. Di usia emas sebegini sedih bila Nik Aziz maseh tak dapat hidayah.

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
Rujukan seterusnya di Larangan Rasulullah SAW
Tapi bagi Nik Aziz perkara ini dipandang enteng . Berapa banyak ulama telah menegur Nik Aziz di Teguran Ikhlas ke atas Nik Aziz dan fikrah wahhabinya di SINISINISINI

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.
"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.
Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah."
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.  Rujuk di SINI

Mungkin juga Nik Aziz lupa apa jadi pada rumah adiknya beberapa hari selepas doa KO UMNO di stadium tahun lepas.