Sunday, August 24, 2014

Hukum berkabung # MH 17

Terlalu ramai ulama mee maggi segera yang muncul di fb dan whatsapp memberikan fatwa tentang hukum berkabung sempena tragedi MH 17.

Malah dalam keterujaan mereka memberikan fatwa "HARAM" mereka lupa bahawa suatu masa dulu geng mereka kufur kerana meniru upacara ugama kuffar dengan menyalakan lilin dalam candle light vigil.

Baca penerangan dari blog ugama Tahu, Faham dan Amal  tentang hukum berkabung yg DIHARUSKAN (dibenarkan) dalam ugama Islam VS.  hukum HARAM menyertai candle light vigil kerana ianya menyalahi hukum hakam ugama.


Candle Light Vigil Haram disertai umat Islam.   Umat Islam yang menyertai Candle Light Vigil wajib memperbaharui dua kalimah  syahadah.

ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur
sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan
 berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang
 dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati.
 Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai
 apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan,
 manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati
 orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan 
yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang
 menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan
 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan
 kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain
seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari
 dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Ingat yer Candle Ligit Vigil HARAM disertai umat Islam!

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati
 jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan
 kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada
 Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan
 menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah,
Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan
 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah
untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah,
 termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang
 terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan
 mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang
 meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian
 berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur 
atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Lilit kepada  pada songkok atau pakaian hitam semasa Perak Berkabung bagi kemangkatan
Sultan Perak TIDAK BERTENTANGAN dengan syarak



Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang
dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad
 yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan,
 celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh
dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti
 dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah
 termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa
Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai
 pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Wallahu a'lam.

Jawapan Dr Mohd Farid Mohd Shahran :

Isu berkabung dan tafakkur. Tiada nas yang boleh sabitkan haram. Hatta berkabung pakai hitam untuk
dikatakan sbagai tasyabbuh pun tidak tepat sebab kata Dr Wahbah Az Zuhaili menyatakan 4 mazhab
setuju wanita berkabung digalakkan pakai hitam. Qiyaslah.

Jawapan Ustaz Ayman Al Akiti : 

Fatwa Bahtsul Masa'il fmmp NU tahun 2008 pun memutuskan berkabung dengan trend yang ada
sekarang ini tiada masalah. Bahkan mazhab Hanafi mensunatkan pakaian hitam. Masalah tasyabbuh
 bil kuffar pun ada batas-batasnya, selagi tidak redha kufur tiada masalah. Dalam Durr al Muhtar,
 ada sebut yang Nabi sendiri pernah pakai selipar rahib-rahib yahudi di Madinah. Sebab itu Ibn Hajar
 membahagikan pembahagian tasyabbuh kepada tafashil.

Jawapan Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim : 

Isu Berkabung

Kalau mengikut pandangan mereka yg mentafsirkan bahawa apa-apa yang Nabi SAW tidak buat,
 sesat dan masuk neraka, maka 'Berkabung Negara' akan termasuk dalam perkara yang bid'ah yang sesat.

Kalau kita mentafsirkannya berdasarkan bagaimana ulama-ulama Ahlussunnah yang
 melihat sesuatu itu berdasarkan 5 hukum, dan hukum kias, mereka berpegang bahawa 
sesuatu yang Nabi SAW buat boleh diklasifikasikan perkara yang wajib dan mustahab dan harus.

Dalam ertikata, ada yang kita mesti ikut Nabi, iaitu perkara wajib, kalau tak buat tak sah sesuatu itu.
Pada kedudukan tersebut, haram meninggalkan perbuatan tersebut jika dilakukan dengan sengaja.

Manakala perkara mustahab atau sunat ialah perbuatan yang berpahala kalau diikut, tapi tak berdosa
kalau tidak lakukan. Kalu melakukan secara bertentangan, termasuk 'mukhalafah al-sunnah', maka
hukumnya makruh.

Manakala perkara harus, tiada dalil menyuruh, dan tiada juga dalil pula melarang dan mengharamkannya.
Sebab tiadanya dalil bukan melambangkan haram sesuatu perkara itu. Untuk haramkan perlu kepada dalil.

Jadi, bila berkabung sudah menjadi 'adat' yang diterima bagi semua negara, maka 
perlaksanaannya itu yang perlu diperhatikan dengan asas-asas berikut:

1. Tidak mengamalkan amalan agama lain.
2. Tidak berupa tasyabbuh kepada amalan agama.

Oleh itu;

I. amalan bendera separuh tiang adalah harus sebab bukan amalan agama. Tetapi adat 

semasa sesuatu negara menunjukkan kesedihan.

Ii. Manakala tafakur di dalam Islam dibenarkan untuk mengingati kebesaran Allah dan 

pengajaran sesuatu peristiwa. Tapi tafakur yang dianjurkan, saya syorkan gantikan dengan
 bacaan al-fatihah dan sedekahkan kpd si mati.

Iii. Pakai baju gelap, dalam kes isteri kematian suami, digalakkan pakai baju gelap. 

Dalam konteks negara kita, pakai hitam bukan budaya kita berkabung, tetapi budaya 
majlis berkabung raja-raja Melayu yang sudah diterima. 

Apapun maksud umum berkabung, makruh memanjangkan tempoh berkabung. Sebab itu,
sunnahnya ucapan takziah sekitar 3 hari selepas kematian, kecuali kalau seseorang bermusafir.
 Jadi, meletakkan sehari sahaja hari berkabung sudah memadai memandangkan peristiwa ini sudah
 lama berlaku.

Wallahu ta'ala a'lam.

Sumber : https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/711158358951891

Jawapan Dr Luqman : 

Isu berkabung bagi saya tidak lebih dari adat istiadat. Selama mana tiada tasyabbuh dengan kafir adalah harus.
Jika melawani apa-apa sunnah yang hukumnya sunat, jatuh jadi makruh, sebagaimana juga adat istiadat yang
biasa dilakukan di istana dan sebagainya.

Jawapan Ustaz Salman al Maskuri : 

Rujuk :  http://darulilmi.org/2014/08/22/hukum-diam-bertafakur-sebentar-utk-menghormati-jenazah/


Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:
قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

Nabi saw berdiri utk jenazah:
مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw
 menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

“اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه



“ Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya
kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam
 dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka
 ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Wallahua'lam bissowab.

3 comments:

Anonymous said...

Orang melayu terutama yang datang dari PAS memang minat kepada perkara yang remeh dan paling minat bila nak bincang kawin 4 ,Tapi yang sebenarnya mereka lah yang banyak membuat mungkar tampa sedar.

Anonymous said...

Ikut puak puak wahabi, salam mak ayah cium tangan, jln depan org tua sambil tundukkan kepala pun bid'ah sesat yg boleh menybbkan masuk neraka.
Puak puak wahabi ni jenis perasan alim ni mmg bnyk dlm PAS, cuma tak ngaku wahabi je, tp cara pikir, cara cakap sebijik wahabi.

Anonymous said...

Aku syak ini PENYAMAQ Islam (tengok tiga betina yg. pakai tudung pegang lilin tu - MO biasa si KAPIRDAJAL pakai pakaian Islam/menyamaq masuk Islam utk. berkahwin dgn. Raja-Raja/pemimpin penting Islam/Melayu utk. merosakkan mereka jadi si Liberal), sengaja nak MENCEMARkan dan MENGHINA Islam! Mana MAIN - jalankanlah tanggungjawab; keluarkan kenyataan tentang isu lilin ini. Bahkan'api' disimbolkan dari lilin itu sebenaqnya adalah berasal dari budaya pemujaan EL (Is-Ra-EL)/BAAL/NIMROD, Raja Babylon yg. dijadikan 'tuhan' mewakili IBLIS (yg. dicipta dari api) di mukabumi ini – yg. juga ingin mengembalikan budaya “Sodom-Gomorrah“ dgn. meluas, yg. berasal dari the ‘Levant‘ yg. telah dihancurkan oleh Allah SWT, serta mengamalkan tradisi Canniba(a)lism dan Vampirism! Sebab itu puak Zionis sedang membunuh dgn. amat rakus anak-anak kecil Islam, termasuk Bumiputera Islam Palestin – sbg. ‘Sacrifice‘ kpd. ‘tuhan’ IBLIS mereka –lihat di http://www.ancientdestructions.com/baalbek-temple-human-sacrifice-worship-baal/, Baalbek Temple and Human Sacrifice worship to Baal: Human Sacrifice including child Sacrifice as worship to the God Baal at the Baalbek Temple, July 18, 2012!

Itulah sebabnya kumpulan Freemason yg. diketuai Zionis memuja Nimrod dan dgn. menubukan pengganas ‘Islam’ kononnya, yg. dinamakan ISIS/ISIL, ingin menawan Iraq dan seluruh 'Levant' yg. kaya minyak-gas. sp. Palestin, Syria, Lebanon, Iran, Jordan, Turki, Cyprus dan Greece (tengok Greece dan Cyprus yg. telah dibankrapkan dan K’jaannya terpaksa berhutang amat besar pd. EU/IMF yg. dikuasai Zionis ) – lihat di http://www.raqs.co.nz/me/levant.html; di -http://futurestorm.blogspot.com/2009/12/freemasonry-and-oath-of-nimrod-masonic.html , Freemasonry And The Oath Of Nimrod: The Masonic Connection To The Ancient Babylonian Mystery Religion, Posted by Shattered Paradigm, December 05, 2009; dan di - http://www.globalresearch.ca/isis-leader-abu-bakr-al-baghdadi-trained-by-israeli-mossad-nsa-documents-reveal/5391593, ISIS Leader Abu Bakr Al Baghdadi Trained by Israeli Mossad, NSA Documents Reveal, By Gulf Daily News, Global Research, July 16, 2014!

Makcik Sambal Belacan.