Saturday, March 24, 2012

penerima dana "Democracy" yang menggalakkan campor tangan asing di Malaysia



Penerima Award National Endowment For Democracy bagi tahun 2011 ialah pemberontak yang merusuh dan menjatuhkan pemimpin Islam di Mesir dan Tunisia Democracy Award | National Endowment for Democracy


Dana untuk pluralisme ugama-lihat siapa donor dan siapa recipient- awas dgn perjuangan yg kononnya bertunjangkan DEMOKRASI, rupa2nya adalah mainan tangan tangan ghaib utk merosakkan ugama Allah yang SUCI, Malaysia yg AMAN. Penerimanya Syed Ahmad dr PAS, Omar Al Banziji Pembantu Peribadi kepada Anwar Ibrahim dan Theresa Kok- DAP.....demokrasi la sangat party ini sehingga sanggup menerima dana dari National Endowment For Democracy (NED) -rujuk url tertera! NED ialah covert operation utk CIA!
Hadis Sahih Bukhari mengharamkan pemberontakan ke atas Pemerintah Islam ...hanya Wahhabi dan Syiah sahaja yang menggalakkan pemberontakan ke atas Pemerintah Islam!.

Apabila kita mengetahui agama lain telah disadurkan dlm amalan seharian kita, tetapi masih kita degil turut serta, membawa erti kita juga mengiktiraf agama selain dari Islam. Implikasinya walau pun kita tidak mengakui tuhan mereka tetapi berkerjasama dgn mereka dlm hal-hal keagamaan akan membawa maksud, kita mengakui tuhan mereka.
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
- Surah: Al-i- 'Imran:19.

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
- Surah: Al-i-' Imran 28.


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?"
- Surah An-Nissa : 144.

Link kepada original article dah dibuangkan-setelah pembongkaran dibuat mereka lebih berhati hati tak release nama participants-

- SAMA SAMALAH KITA BERDOA AGAR MALAYSIA BEBAS DARI CENGKAMAN PENJAJAH DAN PELAJAR KITA TIDAK BODOH UNTUK MENYOKONG PERGERAKAN YANG MEMBAWA MASUK PENJAJAHAN BENTUK BARU DI BUMI JAWI INI.


Disedut dari perbincangan ilmiah di  Facebooker 1Malaysia

2 comments:

PenganutPAS said...

salam ....
Boleh tahu siapakah Syed Ahmad dari PAS . Adakah tim. Setiausaha Agung Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ????

Anonymous said...

adei- carilah dalam senarai penama ahli PAS-Syed Ahmad mungkin proksi untuk pemimpin PAS yang lain