Wednesday, January 25, 2012

Tan Sri KSN atau mantan Tan Sri KSN tolong jawab!

Isu ini berkenaan salahlaku seorang Pengarah yang  menjaga hal hal sewa kedai, penguatkuasaan dan urusan komuniti dalam kawasan pembandaran di Putrajaya.

Pengarah yang dimaksudkan ini sudah acapkali ditegur mantan Tan Sri KSN yang juga President Perbadanan dalam mesyuarat berkenaan performance dan tingkah lakunya (terkini aduan kegiatan gelapnya  menggunakan kenderaan pejabat  dengan seorang pegawai wanita sambilan di pejabatnya telah dihantar ke Tan Sri KSN).

Menurut si pemberi maklumat yang juga orang dalam di Perbadanan perkara ini  telah disalurkankan termasuklah  segala bil dan bukti salah laku lain  kepada Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)

Padanlah sekarang perkhidmatan perbandaran tak serupa akujanji. Terkini penduduk Presint 9A di Putrajaya telah terkena panahan kemelut di mana segala pokok buah ditebang-kononnya menggau laluan awam-apakah pampasan tidak layak diberikan kerana pokok buah termasuk dalam perkara yang layak diberikan pampasan berdasarkan Kanun Tanah Negara.

Apakah pengarah tersebut yang memulakan kerjaya sebagai akauntan di Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak belajar perkara ini atau perkara dibuat kerana mahukan repercussion ke atas Perbadanan yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan Di Putrajaya dan Kerajaan Pusat?

Pengarah ini juga perlu menjelaskan layanan istimewa kepada kroninya contoh- gerai Awatiff gerai No 1 Medan Selera Presint 8 tak bayar sewa dan bil elektrik berbulan bulan. Apakah penggerai ada IMUNITI  berbanding pengerai lain kerana dia Ketua Pesuruhjaya PAS di Putrajaya??? .Selain itu keluhan gerai lain ialah penggerai Awatif dapat layanan istimewa kerana dibenarkan menjual air- Dalam Perjanjian Asal Sewaan Gerai dengan Perbadanan Putrajaya , penggerai DITAWARKAN menjual nasi Arab sahaja. Bagaimanapon penggerai telah didapati menjual makanan lain seperti lauk pauk tengah hari dan air yang mana menyebabkan gangguan jualan ke atas penggerai lain.

Tan Sri KSN dan mantan Tans Sri KSN dipohon dengan segala tertinnya untuk  menjelaskan kemelut Pengarah ini.

3 comments:

Anonymous said...

Ahli PAS juga manusia macam kita. Jadi maksudnya jangan mengata orang lain jika kita pun tak sempurna.

Jangan cakap tapi tak serupa bikin.

Anonymous said...

Isunya ialah ahli PAS ini telah mengganggu lubuk rezeki orang lain-boleh ditanya keluhan penggerai yang lain-apakah mereka ini manusia maksum sampai tak boleh ditegur dan apakah budaya PAS bila soal rezeki semua di depan mata dirembat tapa memikirkan HAK orang lain seperti TERMAKTIUB dalam PERJANJIAN SEWA antara Perbadanan dan Penggerai??

Anonymous said...

eh isu pasal salah laku pengarah-apasal pulak nak bela ahlul PAS? Ada yang terasa ker