Tuesday, January 24, 2012

Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia

Perak yakin UNESCO senarai Lembah Lenggong tapak warisan

Penemuan Perak Man dan penempatan manusia purba tertua di dunia dan tapak penanaman padi (pertanian tertua yang ditemui  di dunia) di tepi tasek purba menjadikan Lenggong tercatat dalam peta arkeologi -tamadun dunia lama

Kepada ahli politik yang mengatakan Melayu sebagai Pendatang- harus berhati hati kerana bukti akeology, geology, genetik, lingua franca dan budaya sudah membuktikan bahawa manusia tertua yang bertamadun migrasi dari Sundaland ! Sundaland adalah Nusantara di zaman purba yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu-Sumatera-Jawa dan Borneo -kini yang tinggal hanyalah kepingan tektonik  di mana negara Malaysia, Indonesia, Brunei  dan Singapura diapungkan.



IPOH 24 Jan. - Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Hamidah Osman berkata, penyenaraian tersebut akan menambah nilai kepada promosi Tahun Melawat Perak 2012 sekarang.

"Kita yakin surat cadangan, penemuan artifak dan penyelidikan di Lembah Lenggong diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak UNESCO bagi pencalonan Malaysia itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan duta Tahun Melawat Perak 2012 dan 3,000 Duta Kecil di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.


Hamidah berkata, keputusan mungkin diketahui tidak lama lagi selepas satu persidangan dan pembentangan pencalonan tersebut dibuat di Afrika.

Dokumen pencalonan dan pelan pengurusan pemeliharaan telah dihantar oleh Jabatan Warisan Negara ke World Heritage Centre di UNESCO pada 31 Januari tahun lepas, katanya. - BERNAMA

No comments: