" Penonton Indonesia membenci dan mencemuh Malaysia secara terang terangan. Bila kebencian itu dikumpulkan di dalam sebuah stadium maka kebencian itu bertukar menjadi energy negatif yang berpusat . Tambahan lagi pasukan Malaysia di zalimi. Doa pasukan Malaysia dan penyokong yang dizalimi itu dimakbulkan Allah. Akhirnya faktor energy negatif dan doa pihak yang dizalimi (dengan izin Allah) menyebabkan pasukan bola Malaysia menang besar dalam perlawanan tersebut"
Sudah lama saya ingin memberi komentar yang sama ke atas dunia politik Malaysia. Suasana politik di Malaysia pasca PRU12 juga banyak mengeluarkan energy negatif. Dan jangan terkejut jika analisa mata kasar saya mengatakan bahawa pehak yang menang banyak kerusi dan merampas beberapa negeri memenangi PRU12 atas dasar fitnah.
Pengundi semasa PRU12 dihidangkan dengan kesah Linggam-gate video yang ternyata tidak benar. Begitu juga beberapa kes yang melibatkan personaliti besar dalam dunia politik di taraf Menteri (Isa Samad dan kes pembunuhan Altantuya kemudiannya didapati tidak benar setelah dibicarakan di mahkamah).
UMNO kini berada pada tahap yang selesa kerana bebebrapa fitnah besar yang menghantui pemimpinnya terbukti tidak benar. Begitu juga masyarakat sudah pandai menilai kesahehan berita yang dikeluarkan oleh Harakah, Sinar Harian, Malaysiakini, Malaysian Insider yang mana telah terbukti membawa unsur fitnah dan kalah dalam kes saman mahkamah.
Ummi Hafilda menang saman ke atas Harakah |
Pada masa yang sama blog pro establishment pula menyokong pendapat mereka dengan sokongan dokumen yang sahih. Oleh yang demikian blog pro establishment terhindar dari bahaya fitnah.
Energy negatif yang akhbar dan lidah rasmi pembangkang ini akhirnya mengheret Pakatan Rakyat dalam keadaan negative energy whirlpool yang terus menenggelamkan mereka.
Amatan dan mood semasa menunjukkan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan menyesal mengundi pembangkang. Ini ditunjukkan dengan jelas dalam popularity polls semasa yang melonjakkan DS Najib melebihi pemimpin party politik lain.
Oleh itu sayugia saya mengajak semua blog pro establishment agar menghindari bibit energy negatif dan mengelak memberikan fitnah supaya kita tidak terperangkap dalam energy negatif yang memusnahkan pembangkang sekarang.
2 comments:
saya menghirup 'energy yg begitu positif' dalam perhimpunan agung umno baru2 ini ie fitnah, maki hamun & kata2 nista. teruskanlah jika itu yg membahagiakan..
Saya petik kata kata tuan "fitnah, maki hamun & kata2 nista."-jika itu yang dijadikan benchmark sila lihat statistik mahkamah dan kes saman yang dimenangi oleh kedua dua belah pehak dan buatlah inferens dari situ.
Saya bercakap dari segi fakta dan bukti tanpa sebarang prejudis-harap maklum.
Post a Comment