Dalam politik macam macam ada. Ada kesah cliche, kesah dalam kain yang mana kesemuanya dilondehkan bila "tepat" waktunya.
Seorang blogger PAS sudah menghubungi blogger UMNO dan kesah yang dilondehkan ialah kesah dalam kain pemimpin PAS. Blog ini sekali lagi memetik sumber dari kickdefella mengenai seorang pemimpin PAS yang telah menaikkan kemarahan Husam Musa kerana berjumpa Datuk Mustafa Mohamad berkenaan bantuan kepada kawasan DUN Bachok, Kelantan. Maka skandal ADUN Perupok tersebut pernah dilondehkan oleh blogger SINI dan SINI,
Tambah Kickdefella lagi, "Bagaimanapun di dalam kes blogger Husam mahu blogger superstar dari UMNO berkongsi maklumat tentang Dato’ Omar, saya kurang pasti sama ada Husam terlibat atau tidak. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, Husam yang bijak itu dan mampu memberi arahan dalam pelbagai bentuk tanpa dilihat sebagai satu arahan "
Komen saya hanya satu, apabila urus tadbir negeri lemah dan hasil negeri yang dijana kurang atau tiris kerana berlakunya rasuah dan kronisme, maka ADUN akan menjadi mangsa. Sebagai frontliner dalam pemberi perkhidmatan atas jenama party (dibaca di sini PAS) mereka tersepit kerana terpaksa terus memberi khidmat kepada rakyat.
Selain itu ADUN juga menjadi mangsa warlord sama ada di peringkat cawangan atau negeri. Dalam kes ini warlord yang dinyatakan jelas dalam petikan ayat dari blogger kickdefella.
Sama sama kita renungkan, mampukah sesebuah party mengurus tadbir negeri hanya dengan menjual janji?

2 comments:
sampai macam tu sekali, tak baik, politik kan suruh selesaikan masalah, bukan cari masalah, boleh buat, kecuali ada batu api
begitulah politik oprtunis dan machivillian...:)
Post a Comment