Friday, December 31, 2010

Utusan Malaysia melaporkan Haru Biru Pembangkang

Ada yang tak baca Utusan Malaysia sebab takut dengan label pro UMNO. Ahli PAS diwajibkan beli Harakah kerana disitu support dana kepada PAS dapat dipastikan. Untuk tujuan pemasaran, mereka cop Utusan Malaysia yang lebih banyak kredibility dari Harakah sebagai akhbar pembohong.

Orang kampung yang lurus percaya 100 peratus. Tapi kini Tok Guru Pondok dah bangkit. Apatahlagi bila baca Hrakah tak dapat gambaran sebenar suasana politik yang berlaku di Malaysia.Tok Guru Tuan Haji Abdullah Samaah misalnya membaca 5 akhbar yang berlainan setiap hari. Itu sebab beliau berfikiran dinamik dan pandangannnya tajam serta bernas.

Jom kita baca UTUSAN MALAYSIA hari ini

P/S Ada yang curi curi baca Utusan Malaysia Online sebab tak diketahui masyarakat sekeliling. Apapon Utusan Malaysia kekal sebagai akhbar pilihan rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara...cayalah!

Komen saya di dalam tulisan yang di highlight kuning

Haru-biru pembangkang



9 Jan. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Juara Rakyat di Hulu Selangor.


28 Mac - Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden MCA dengan majoriti tipis-menangnya golongan ultra Cina dalam MCA, tapi keras sama keras bolehkah bekerjasama?.


29 Mac - Majlis Syura Ulama Pas memutuskan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal sebagai Mursyidul Am.-satu hari yang malang untuk umat Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah


25 April - Calon BN, P. Kamalanathan menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor-angin perubahan bermula.

16 Mei - BN gagal pertahan kerusi Parlimen Sibu- ada baca ucapan Haji Hadi yang menyalahkan  UMNO sebab tak dapat pluralismekan kalimah Allah kepada bukan Islam dalam gereja?.

28 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP.-maseh percaya dengan mimpi 916 (16 September) mainan Anwar?


15 Jun - ADUN Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP dan memilih menjadi ADUN Bebas menyokong BN-satu lagi petunjuk DAP mulai goyah .


25 Jun - Seramai 40 terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO-pastikan mereka tak membawa ajaran Wahhabi ke dalam UMNO sebab UMNO adalah benteng terakhir umat Islam selepas PAS kalah kerana melantik mereka yang berfikrah Wahhabi jadi Murshidul dan Presidennya.

30 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat bagi 'menjernihkan' hubungan dalam isu APCO Worldwide- dah baca pendedahan YB Zul dalam blognya pasal pembohongan APCO?.


17 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan orang Melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu-Ulama Islam ASWJ sejati tidak dihormati oleh PAS yang Wahhabi

21 Julai - Jumlah terkini ahli berdaftar UMNO menjangkau 3.2 juta orang.

5 Ogos - Ali Ahmad Ariff, 63, atau Pak Ali menggemparkan Pulau Pinang apabila menepuk bahu kiri Lim Guan Eng.


20 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan dakwaan I'DA World, yang pihaknya telah beri 'hadiah' RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

26 Sept. - Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di beberapa kawasan kecoh malah tercetus insiden pergaduhan dan baling kerusi di Cabang Sabak Bernam


29 Sept. - Sekumpulan warga emas dan fakir miskin bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian-saheh fatwa yang berfikrah Wahhabi yang digunakan untuk menghalalkan wang judi sebagai wang derma.


4 Nov. - Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar, 6,359.


4 Nov. - Calon BN, Abdul Aziz Yusoff menang Pilihan Raya Kecil DUN Galas.


9 Nov. - Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub mendedahkan terdapat 162 aduan salah laku pemilihan PKR.


10 Nov. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 'naik angin' dengan media arus perdana berhubung isu bantuan banjir.-ayark bah  naik, dan tarif ayark pon naik-mana demo DAP/PKR dan PAS kat Penang dan Kedah pasal bil ayark naik?


16 Nov. - Pelbagai pihak membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa pengiktirafan negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap negara Islam moden adalah satu penghinaan.



19 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim akhirnya umum keluar PKR dan beliau kemudian menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).


19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam untuk memberi taklimat kepada pemimpin PKR disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti.


20 Nov. - Dewan Tertinggi BN meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN.


27 Nov. - Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'anugerah Tuhan'.


28 Nov. - Azmin Ali diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.



30 Nov. - UMNO membuat ketetapan pemilihan parti di semua peringkat ditangguhkan selama 18 bulan. Langkah itu diikuti beberapa parti lain.


5 Dis. - Konvensyen BN membincangkan tujuh agenda penting berkaitan hala tuju dan usaha pengukuhan parti.


6 Dis. - MIC menyaksikan peralihan kuasa selepas 31 tahun dipimpin Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila beliau menyerahkan jawatannya itu kepada pengganti yang juga timbalannya, Datuk G. Palanivel. -Padaiyapa thamby-apasat bila kalah baru mahu lepas jawatan?




12 Dis. - WikiLeaks mendedahkan agensi perisikan Singapura mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.- he he Tipah dah sedar Tipah  tertipu selama ini, Kak Jijah bagaimana?

1 comment:

Wake UP! said...

A hillarious one bro.