Thursday, December 30, 2010

Antara 2 Fahmi, Piala Suzuki vs Piala SPRM

Nama kedua duanya hampir  sama sahaja. Khairul Fahmi penjaga gol  Fahmi yang "seksi" bagi Malaysia dalam Perlawanan Bolasepak Piala AFF Suzuki dan Arif Fahmi, Al Menantu Nik Aziz aka MB paling lama bertakhta di Malaya.

Pemain politik yang licik

Berkenaan lantikan Fahmi Al Menantunya, saya petik dari Pisau. Net PISAU - PIALA ARIFFAHMI SPRM

" Berita tentang perlantikan haram ini telah sampai ke SPRM. Keadaan menjadi kelam kabut selepas penulis blog, Kickdefella dipecat dari PMBK. Semasa hari Kickdefella mengadakan sidang media berhubung pemecatannya, 11 November 2009, exco-exco Kelantan telah bermesyuarat bagi membincangkan bagaimana cara untuk menyelamatkan Nik Aziz dari SPRM kerana telah melantik menantunya secara haram.Selanjutnya klik     GELOMBANG MERAH- LANTIKAN HARAM "

Saya berharap SPRM dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil untuk semua kerana rakyat melihat dan menilai. Bukan kes yang melibatkan parti pembangkang disorokkan atas sebab double standard dan faktor sabotaj dalaman di kalangan pegawai agensi kerajaan termasuklah SPRM sendiri.

Berkenaan bukti, berikut adalah sedutan catatan minit mesyuarat bertulis tangan


Arahan  mesyuarat-"upgrade jawatan COO kepada CEO, dengan elaun mengikut skim"


Berkenaan pertemuan sulit selanjutnya dan Legal Advisor Kerajaan Negeri Kelantan yang sanggup dikambinghitamkan (ingat lagi Nik Aziz pernah mendakwa dia diberikan nasehat yang salah oleh pegawainya?) lihat catatan blog  KICKDEFELLA

“Husam berkata, tidak mengapa dan mengajak Hj Sabri pergi berjumpa dengan Nik Aziz. Setibanya di pejabat MB, Husam memberitahu Nik Aziz yang SPRM telah mengetahui segala-segalanya dari Hj Sabri dan rancangan untuk menipu SPRM dengan meminda minit mesyuarat PMBK tidak boleh dipakai lagi. Jika diteruskan juga keadaan akan menjadi lebih parah.


Kami difahamkan Husam mencadangkan idea lain kepada Nik Aziz. Patutlah Nik Aziz sayang kepada Husam kerana beliau banyak berkorban untuk menyelamatkan Nik Aziz.

Tiba-tiba Pegawai Undang-Undang Negeri (LA) dipanggil ke pejabat MB. Dalam pejabat MB pada masa itu hanya ada mereka bertiga, Nik Aziz, Husam dan LA. Semua setiausaha MB diminta keluar kerana perbincangan sulit.

Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan daun pisang, perkara buruk akan diketahui juga walaupun mereka bertiga sahaja berada dalam bilik itu.

Dalam perbincangan tiga orang itu, kami difahamkan Husam telah mencadangkan agar LA dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Nik Aziz. Dan kami difahamkan LA setuju dengan perkara itu. Dalam soal untuk dijadikan kambing hitam kebiasaannya pak sanggup tidak akan sanggup buta-buta tanpa sebarang habuan. Kami tidak mahu menuduh, tetapi kami bercakap atas dasar kebiasaan.”

 Sesungguhnya ini bukti Illahi bahawa dunia sekarang dah menjadi sempit.  Catatan minit mesyuarat, skrip drama belakang tabir sesebuah negeri serta kepincangan pentadbirannya yang cuba disorok, luahan perasaan dalam facebook dan twitter boleh tersebar ke seluruh dunia dalam sekelip mata. Oleh itu, nasehat saya, berhati hatilah bila menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kita melalui jawatan. Ingat wahai wakil rakyat, bila anda dipilih dalam pilihanraya, anda diberikan AMANAH!

Pemain Bola Yang seksi

Berkenaan gelaran seksi kepada Fahmi Piala Suzuki datangnya dari peminat yang teruja mencatat di facebook dalam keadaan euphoria kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam. Lihat catatan di bawah"-

Terima kasih Khairul Fahmi kerana "kembalikan keseksian bola sepak M'sia" - peminat-BERNAMA - about 7 hours 19 minutes ago


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.


Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.


Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.


Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.


Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.


"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.


Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.


Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.


Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.


Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.


"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.


Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna.




No comments: