Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang baru dimasyurkan telah menarik balik darjah kebesaran Tengku Razaleight Hamzah, nenekanda saudaranya sendiri di TM
Untuk makluman YBM Tengku Razaleight Hamzah adalah ayahanda saudara ke bawah Duli YTM Tengku Anis iaitu bonda Sultan Muhammad V sendiri.
Pemasyuran Sultan Kelantan pula dibuat dengan jasa Dato' Syukri yang juga Anggota Majlis Perajaan Kelantan dan seorang Peguam UMNO yang meminda Undang undang Tubuh Negeri Kelantan bagi membolehkan Pemangku Raja menaiki takhta kerana DYMM Sultan Ismail gering berpanjangan.
Hikayat Sri Kelantan mengesahkan bahawa Kesultanan yang ada sekarang bermula setelah berlakunya Tragedi Kain Cindai dari Kota Melaka yang menyaksikan Permaisuri Kelantan yang tidak bersalah dan sepupu kepada Putera Raja Reman Long Ghafar dihukum bunuh akibat cemburu buta. Akibatnya Long Ghafar sebagai anggota keluarga Baginda Permaisuri telah menjalankan hukum hudud yang pertama ke atas Raja Jembal ketika itu. Anehnya juga keturunan Raja Jembal itu yang menjadi memanda menteri di Kelantan kala ini.
Long Ghafar membuka istana di Limbat dan mengajar rakyat jelata Kelantan atau "Negeri Yang Di Kerat Lintang" ugama Islam dengan memakai topeng muka. Negeri tersebut di bahagi dua dan hukum hudud dijalankan di seluruh negeri Kelantan oleh Long Ghafar dan keturunannya sahaja. Sahabatnya Long Yunus yang dianggap adiknya sendiri ditinggalkan di istana untuk acara ceremonial sahaja. Setelah pemberontakan Tok Janggut dipatahkan oleh British pada tahun 1940 dinasti Long Yunus memegang keseluruhan tampok pemerintahan di negeri Kelantan moden.
Hmm dari Tragedi berdarah Kain Cindai ke Tragedi Mahkota "berdarah" di istana Kelantan 2010...kenapa negeri Kelantan tidak pernah aman? Apakah ada rahsia dan wasiat tok wali yang tak ditunaikan lagi?
No comments:
Post a Comment