Thursday, December 2, 2010

Air dan politik, satu bargaining tools untuk pembangkang

Saya telah menulis pada 11 November 2010 dengan panjang lebar sejarah penubuhan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu PUAS dalam projek air  di Selangor, kenapa projek menaiktaraf  takungan air sedia ada perlu dibuat, kos besar yang terlibat untuk menaiktaraf logi tadahan air serta menyalurkan air mentag=h dari Sungai Pahang sehinggalah  penswastaan PUAS kepada SYABAS supaya projek menambah takungan air bagi keperluan penduduk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur menjelang 2014  di http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/11/apabila-bekalan-air-dipolitikkan-rakyat.html

Apa yang rakyat perlu tahu ialah dalam penswastaan, hanya syarikat yang benar benar layak dan ada kepakaran secara teknikal dan terbukti berpengalaman akan mendapat  award tender. Proses pemswastaan ini amat  payah dan memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan. Rakyat perlu tahu bahawa PUAS adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ayang ditubuh pada bagi mengelakkan berlakunya lagi krisis air seperti tahun 1998. Dan Syabas adalah PUAS yang diswastakan. Penswastaan ini berlaku kerana kos untuk menyediakan logi tadahan air, menaiktaraf logi tadahan sedia ada serta projek membekalkan saluran air mentah dari Sungai Pahang amat besar.

Sebagai bekas pegawai kerajaan yang pernah terlibat dalam projek penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Request For Proposal (RFP) bagi beberapa projek agensi kerajaan yang lain, saya amat faham banyak prosedur yang perlu dibuat bagi mendapatkan dana serta membuat kerja kerja perancangan dan sebagainya. Bagi membuat sesuatu projek secara fast track maka penswastaan adalah jalan yang terbaik. Apatah lagi bekalan air bagi seluruh Lembah Kelang iaitu Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur bergantung kepada suksesnya projek Langat 2 ini sebelum 2012!

Penduduk Lembah Klang dikejutkan dengan  permainan tarik tali  isu komoditi  utama kehidupan di mana  Kerajaan Negeri Selangor menjadikan isu air sebagai bahan political bargaining di  SETUJU DENGAN SYARAT

Akhbar Utusan pada 30 Novemner 2010 telah melaporkan bahawa projek Langat 2 untuk menyalurkan bekalan air mentah ke Lembah Klang bagi kegunaan 2014 telah dilengahkan kerana tindakan politik Kerajaan Pakatan Rakayt yang menguasai Selangor di SELANGOR LENGAHKAN LANGAT2 KERAJAAN PERSEKUTUAN RUGI

Untuk makluman rakyat juga, dalam award tender yang diberikan, setiap kelewatan projek yang disebabkan oleh  pihak yang memberikan tender maka compensation fee akan dinikmati oleh kontraktor yang dianugerah tender. Makanya rakyat perlu faham pembaziran kos yang berlaku kerana taktik melengah lengah hak menerima air  iaitu keperluan asas kehidupan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Akhir sekali saya menyeru agar semua hak mengurus-tadbir sumber asli negeri diberikan kepada Kerajaan Persekutuan agar AMANAH ini tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab!


Artikel asal saya

SYABAS tiada pilihan lain kecuali menyaman Kerajaan PR Selangor sebanyak RM471 juta!



Setiap rakyat mempunyai hak mendapatkan air bersih adalah satu hak yang termaktub dalam Perkara 5 - Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 dan Konvensyen PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.


Di Malaysia , tanggungjawab mengurus air negeri maseh di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebab itu Singapura mengadakan perjanjian bekalan air dengan Johor sehingga 2011 dan Kedah membekalkan air ke Pulau Pinang dengan harga yang amat murah atas dasar kerjasama.


Selain itu mengurus tadbir sumber sumber aset negeri dan prasarana berkaitan bekalan air juga menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. atau agensi Kerajaan Negeri yang diswastakan kini iaitu SYABAS.


Mengelak Berulangnya Krisis Air

Sejarah krisis air di Lembah Klang bermula pada tahun 1997-1998 bila kawasan tadahan air kering kerana masalah berikut-

1- Kemarau panjang kerana gelombang El Nino


2- Monsoon Timur Laut dan Monsoon Barat Daya yang membawa


hujan ke kawasan lain


3- pembalakan dan


4- pembangunan kawasan perumahan , termasuk kawasan setinggan di kawasan tadahan air semulajadi.

Bagi mengelakkan berulangnya krisis air di kawasan Lembah Klang yang berkepadatan tinggi, maka Lembaga Urus Air Selangor atau PUAS (sekarang diswastakan di bawah SYABAS) ditubuhkan pada 24 Mac 1999. PUAS telah ditugaskan untuk menyediakan prasarana berikut-

Projek pemindahan air dari Sungai Selangor ke Empangan Sungai Tinggi (RM75.6 juta), projek pengindahan air dari tasik ke Empangan Semenyih dan Loji Sungai Langat (RM80 juta) serta projek pengurangan air tidak berhasil (RM17.1 juta). Selain itu kerja kerja pengambilalihan tanah bagi kegunaan projek juga dijalankan.


Hak Rakyat Mendapat Bekalan Air Yang DiRawat Ditidakkan oleh Perubahan Landskap Politik Selangor


Konflik bermula bila pentadbiran negeri diambil alih pembangkang pasca PRU12 (8 Mac 2008). SYABAS yang ditugaskan menyiapkan Phasa Akhir bagi projek tadahan air bagi bekalan air sudah dirawat ke lembah Klang menjelang 2014 diganggu oleh polisi PR Selangor WATER CRISIS 2014

Malah Kerajaan PKR Negeri Selangor mengganggu keberlangsungan projek dengan tidak bekerjasama dalam isu pengambilan alihan tanah bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi merawat air mentah yang disalurkan dari Sungai Pahang PROJEK AIR MENTAH 2014 untuk kegunaan penduduk lembah Klang (KL, Selangor dan Putrajaya ) . Projek ini berkepentingan nasional, jadi dengan menidakkan bagi tujuan mengganggu gugat ketenteraman awam di kawasan terlibat iaitu Selangor, KL dan Putrajaya!.


In the following excerpt The Minister Of Energy Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin, saying Selangor is due for a water crisis by 2014 if the current state government under the Pakatan Rakyat continues to delay land approval for the Langat 2 treatment plant to be built. This plant is meant to treat raw water from Pahang.





Under the project which was approved by the federal government, the plant, costing RM8.65 billion, is to ensure supply for increasing water demand in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya until 2025. In a later statement, Chin said water usage was projected to grow by 2% to 3.5% annually, according to research by the Economic Planning Unit. He said demand for clean treated water would begin exceeding supply by the end of 2010. (Source: Delay in Langat plant: KL, Selangor, Putrajaya face water woes, -Bernama as quoted in The Star, 13 July 2010"


Siapa untung bila berlaku rusuhan ?

Bila rakyat ditidakkan hak mendapat air yang telah dirawat maka ianya melanggar Perkara 5 - Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 dan Konvensyen PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.


Malah rakyat yang kecewa akan mencetuskan huru hara, keamanan negara terancam dan memberi peluang musuh negara masuk dalam politik negara. Perasaan kecewa rakyat akan meluap kerana pada masa yang sama Kerajaan PR Negeri Selangor boleh pula meluluskan sejumlah 337.09 ekar hektar tanah untuk Projek Ladang Babi Mega, NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12),NO MTES : 2/18/2009 DOKUMEN LADANG BABI MEGA di Kuala Langat !

Artikel Utusan keluaran Ogos 2010 menjelaskan bahawa bila SYABAS dan Kerajaan Pusat dilihat "gagal" menangani masalah penting, walaupon ia sebenarnya kerana mainan politik Kerajaan Negeri PR seperti artikel BERNAMA/Star 13 Julai 2010, maka lebih banyak lagi dana, tenaga, masa dan sumber yang perlu digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk melawan persepsi negatif sehingga akhirnya kerajaan yang ada tumbang dan di ganti proksi kuasa asing PSYCH OPS


Sewajarnya mereka yang mengganggu projek bekalan air berseh ke atas penduduk Malaysia di cop sebagai pengkhianat negara dan disumbatkan di bawah Akta ISA. KRISIS AIR SUNGAI SEMENYIH



Bagi mengelakkan Pengurusan Air dan Tanah yang selama ini di bawah urustadbir Kerajaan Negeri dan telah dimanipulasikan demi tujuan politik oleh Pembangkang, wajar ianya diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Air Kebangsaan ditubuhkan.



Berita penuh SYABAS saman Kerajaan Selangor RM471 juta di sini


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.


Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama






Rujukan


- Utusan Malaysia-Projek Air Mentah 2014 , 10 Nov 2010, PROJEK AIR MENTAH 2014


-Krisis Air Sungai Semenyih, http://smeh.tripod.com/gesungai.htm, oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com


-BERNAMA/STAR 13 Julai 2010


-UTUSAN- 10 Nov 2010


-Utusan PSYCH OPS Ogos 2010


-http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/06/dokumen-ladang-babi-mega-selangor.html
.................................................
Kerajaan kerugian akibat Projek Langat 2 tidak selesai-30/11/2010 6:46pm


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kerajaan serta beberapa pihak lain bakal menanggung kerugian sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk bekalan air di Lembah Klang tidak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, keengganan kerajaan negeri Selangor untuk memberi persetujuan terhadap pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran Arahan Pembangunan telah menambah kos tanggungan kerana pembinaan loji itu sepatutnya bermula Ogos lepas.


"Projek ini sudah tender dan pihak kontraktor sedang membuat kerja-kerja mengikut jadual dan kalau terowong siap pada 2014 ikut jadual tetapi loji tidak siap maka kontraktor tak dapat komisen... projek-projek itu akan tergendala,” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chin berkata, kerajaan negeri Pahang yang telah memberi kerjasama untuk menyalurkan air kepada rakyat negeri Selangor turut terpaksa menanggung kerugian berikutan kelewatan itu.


"Memandangkan projek tak dapat dilaksanakan, royalti tak dapat dibayar kepada negeri Pahang dan mereka terpaksa menanggung kerugian kerana tak dapat menerima royalti seperti yang dijadualkan akibat projek tergendala itu,” katanya. - Bernama

No comments: