Ada dua peristiwa yang menarik perhatian saya lewat ini iaitu serangan navy Israel ke atas kapal bantuan kemanusian / Flotilla Turki dan satu lagi mengenai penyertaan Malaysia dalam misi bantuan kemanusian antarabangsa tersebut.
Ini kerana sesuatu peristiwa tersebut akan berlaku dengan izin Allah kerana semuanya telah tersurat dalam taqdir.
Begitu juga penyertaan Malaysia yang diketuai oleh Ayah Tun Dr Mahathir Mohamad dan anakandanya Mukriz Mahathir selaku Penasihat PGPO menarik perhatian kita kerana ianya bersesuaian dengan satu hadis bahawa Islam akhir zaman akan di bawa/diangkat oleh orang Islam yang asing (Bukan Arab)
Islam itu akan menjadi "asing" di negerinya sendiri (Bumi Hijaz) dan Islam akan dibawa kembali oleh orang "asing" ke negeri lahirnya (Bumi Hijaz)-Hadis
Pelik kerana Mesir adalah negara Islam...adakah Perjanjian Camp David menghalang Mesir menyalurkan bantuan sebelum ini melalui jalan daratnya?
Sama sama lah kita berdoa agar kapal Rachel Corrie yang membawa 6 orang rakyat Malaysia selamat berlabuh di perairan Gaza. Petikan berita diambil dari Yeop Parit.
Kapal utama tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) MV Rachel Corrie akan meneruskan perjalanan mereka ke Gaza dalam mencapai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Mahathir berkata walaupun sebuah kapal dari Turki, "Mavi Marmara" diserang oleh tentera Israel, PGPO masih bersemangat untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestine dan berharap kapal Rachel Corrie akan diberi laluan selamat dan semuanya akan berjalan lancar.
Beliau berkata demikian dalam rancangan wawancara di Astro Awani di sini Rabu malam. Turut menjadi tetamu rancangan itu ialah Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof dari Pusat Pengajian Politik, Sejarah & Strategi, Institut Kajian Rantau Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Solehuddin Shuib dari Haluan Palestin.
Muhkriz meminta orang ramai memberi pandangan dan sokongan mereka terhadap misi bantuan kemanusiaan itu dengan melayari laman web http://www.perdana4peace.org/.
Pada 30 Mei lepas, tiga kapal daripada PGPO berlepas ke Gaza dari Pelabuhan Malta dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Antara yang berada dalam kapal PGPO ialah Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria, wakil PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan dua petugas media daripada TV3.
Dua lagi kapal PGPO ialah 'Challenger 1' dan 'Challenger 2' akan bertolak dari Pelabuhan Cyprus.
Misi berkenaan turut disertai enam kapal dari kumpulan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang lain seperti 'Turkish Relief Foundation', 'European Campaign to End the Siege of Gaza' dan 'Swedish and Greek Boat to Gaza Initiatives'.-- BERNAMA
Peserta Malaysia (tiga wakil PGPO – Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang, Ahmad Faizal Azumu, Drs Mohd Nizar Zakaria MP Parit, Perak), dan seorang wartawan TV3 (Halim Mohamed) dan seorang jurukamera TV3 (Mohd Jufri Judin).
Lima peserta dari Ireland (Derek Graham dan isteri Jenny Graham - kedua-duanya wakil Free Gaza Movement), bekas penolong setiausaha agong PBB Denis J. Halliday yang juga ahli panel penasihat PGPO, pemenang Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) Mairead Maguire dan penerbit dokumentari Fiona Thompson
.........................................................
Pengislaman Bumi Jawi adakah secara kebetulan? Apakah ada amanat yang tersembunyi?
Di zaman dulu Bumi Jawi merangkumi Kerajaan Champa (Vietnam dan Kemboja), Pattani, Ayuthia dan Reman (Thailand) serta Myammar, Semenanjung Tanah Melayu, gugusan kepulauan rempah Sulawesi, Maluku dan Riau (Sebahagian dari Kerajaan Johor Lama) , Mindanao, Sumatera, Borneo dan Indonesia. Hanya setelah kemasukan British dan Belanda pada 1850 an maka kerajaan Melayu Islam ini dipecah-pecah kepada blok Belanda (Indonesia), British (Tanah Melayu dan Borneo), Thailand (Pattani , Reman dan Ayuthia) dan Sepanyol yang lebih awal menakluki kepulauan Filipina pada tahun 1600-an (Filipina termasuk Mindanao)
Apa maklumat yang tersembunyi dan apa amanat yang perlu dibawa oleh penduduk Bumi Jawi yang melangkau sempadan politik masakini?
Untuk mengetahui sebahagian dari jawapannya, baca petikan dari blog Kembara di Perjalanan ini
Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu memperihalkan kisah yang menarik mengenai pengislaman raja Samudera Pasai yang dikatakan sebagai kerajaan pertama yang memeluk Islam di Alam Nusantara.
Riwayatnya di dalam Sulalatus Salatin adalah seperti berikut;
Sebermula maka tersebutlah pada zaman RSAW, baginda bersabda pada segala sahabat :
"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu'tabari namanya (Malabar India), ialah kamu bawa beserta kamu"
Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari, adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.
Maka apabila kapal itu pun belayarlah, ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun raja di dalam negeri itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda pun bertanya, "Kapal ini dari mana" ? Maka sahut orang dalam kapal itu, "Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Samudera"
Adapun Sultan Muhammad itu daripada cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq RA. Maka ujar orang kapal itu "Kerana kami pergi dengan sabda Nabi SAW"
Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sabda RSAW itu, maka dirajakannya anaknya yang tua di negei Mutabari akan ganti kerajaannya, maka baginda dengan anakanda baginda yang muda memakai pakaian fakir, meninggalkan kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu, katanya " Kamu bawalah hamba ke negeri Samudera". Maka pada hati orang seisi kapal itu, bahawa "ini mudah-mudahan fakir seperti sabda RSAW itu". Maka fakir itupun dibawanya naik kapal lalu belayar.
Maka kapal itupun belayarlah ke Samudera. Maka fakir itupun naik ke darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang dipantai. Maka fakir itupun bertanya katanya, "Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama negeri ini Samudera". Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?" Sahut Merah Silu, "Hambalah pengetua sekalian mereka itu ". Maka oleh fakir itu diislamkannya dan diajari kalimah Syahadah. Setelah Merah Silu Islam maka Merah Silupun kembali ke rumahnya.
Shahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dgn RSAW. Maka sabda RSAW kepada Merah Silu, "ngangakan mulutmu". Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya, diludahi oleh RSAW mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga dari tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti narawastu. Telah siang hari maka fakirpun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada nakhoda kapal; "Inilah negeri Samudera seperti sabda RSAW itu".
Maka oleh Syeikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semua diturunkannya dari dalam kapal itu. Maka Merah Silu dirajakannya dinamai Sultan Malikus Saleh. Maka Syeikh Ismailpun belayarlah kembali ke Mekah, dan fakir itu (cucu kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq) itu tinggallah dinegeri Samudera akan menetapi Islam isi negeri Samudera itu.
Catatan :
Sultan Malikus Saleh menjadi Raja kesultanan Pasai yang pertama dan raja terawal menganut Islam di Alam Melayu. Makam baginda tercatat tarikh kemangkatannya dalam tahun 676 Hijrah (1297 Masihi).
Salalatus Salatin dikarang oleh Tun Seri Lanang yang merupakan keturunan dari bendahara Tun Perak. Beliau mangkat di Samalanga Acheh dan dikenali sebagai Dato Bendahara ke Acheh.
2 comments:
Alhamdulillah, saya sudah lama membaca mengenai kedatangan dan kebangkitan Islam ini. Sudah jenuh rasanya melihat kerosakan dalam dunia ini. Sampai kita tak mampu lagi nak mempertahankan lagi kebenaran. Adakah kita mampu untuk terus bertahan dalam keadaan yang sesat ini? Moga ALLAH menjaga Islam ini
ALLAH AKBAR
Aslkm.... meh le datang berziarah ke makam sheikh ismail sultanul ariffin pulau besar melaka sebagai mengingati jasa beliau membawa kalimah tauhid tu sehingga ke hari ini kita dapat nur islam dari hasil usha beliau.
Post a Comment