Wednesday, May 19, 2010

PAS- hentikan bicara Wahhabi mu, kembalilah kepada perjuangan Islam sebenar



Berapa banyak persamaan kefahaman Wahhabi  dan kefahaman Islam Nik Aziz yang dibincangkan oleh Tuan Guru Abdullah Hj Sama'ah, AMK Persatuan Guru Pondok Kelantan?

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati

Baca Bicara Pasir Mas dengan lanjut di sini http://bicarakelantan.blogspot.com/2010/05/amanat-tok-guru-haji-lah-nik-aziz.html

Petikan Bicara Pasir Mas menulis..



Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.


Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.


Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.


Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.


Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.



Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.


Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.


Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.



4 comments:

Mohd said...

1. Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
2. Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
3. DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura. Orang Melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Spt di Singapura sekarang mana ada pembangkang? Jika ada akan dibawa ke mahkamah dgn tuduhan yg remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi Kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang pekerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh.
4. Contoh di Selangor, kita dah nampak bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN2 DAP yg dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kpd kroni2nya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti. Pada hal kita semua telah melihat voucher2 dan dokumen2 yg telah keluar dlm blog2.
5. Perhatikanlah walaupun DAP tahu Anwar memang bersalah, tetapi utk memperalatkannya, kes liwatnya akan dilengah2kan sehingga tetangguh sampai ke PRU13, dimana Anwar akan menjadi PM utk sementara waktu.
6. Lepas itu bolehlah Malaysia yg ada petroleum dibawa masuk ke Singapore dan menjadi boneka Amerika Syarikat. Ingat tak hari itu ada bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew datang berjumpa dgn TGNA? Buat apa ya?
7. Saya tak mahu cadangkan apa2 yg boleh dilakukan oleh kaum Melayu. Sememangnya kaum Melayu ni bodoh sombong. Pandai tak boleh diajar. Fikirkanlah sendiri. Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai.
Allah hu Akbar.

Anonymous said...

Masa nya dah samapi untuk Melayu dan Islam bersatu...... La ila ha illallah, Muhammad dar rasullullah. Allahuakbar.... Ya Allah ya rabb berilah kami kemenangan menentang musuh Islam dan petualang petualang yang hendak meruntuhkan agama mu yang engkau redhai dan yang mungkin terdiri dari kalangan kami.
Aminnn.... mari lah kita ramai ramai berdoa supaya kita terselamat dari hasutan iblis, syaitan dajjal dan pengikut nya sekali.

Semoga Allah memberkati segala usaha Tok guru Lah amin.

Wake UP! said...

Pendedahan tentang PAS Wahabi harus dipertingkatkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.

I support I.S.A.

pakcik said...

Quote:'Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas'.-ini something fishy.isi ceramah mmg lah dah dijangka-mnyerang Nik Aziz dgn label wahabi pula. isu baru ni..dulu UMNO guna Dr Asri (pendokong wahabi) utk serang PAS (melalui kolum Utusan Malaysia, Astro dll)

skrg Dr Asri dah ditendang. PAS pulak dilabel wahabi..he he..rasanya org kelantan lbh kenal siapa Nik Aziz..dan siapa Tok Guru Lah..