Friday, April 2, 2010

Uitm...kes saman 32.4 juta?



video pendedahan Datuk  Zainal Sakom mengenai kekejaman MB Khalid terhadap YBK dan tapak Uitm -ceramah di Kelantan


Ada apa yang tak kena dengan  Uitm?


Apa yang menyebabkan university ini kena saman oleh syarikat IT? Mungkin juga kali ini SPRM kena masuk siasat..jangan lepaskan lagi mereka yang buat onar sebegini.


Kenapa Uitm tiba-tiba menggunakan laman web lain sedangkan perjanjian masih berjalan? Kenapa ada breach of  contract? Apakah mungkin Uitm nak ubah polisi? Adakah ini melibatkan perubahan kriteria kemasukan pelajar baru? Adakah berita kerjasama Uitm dan UTAR dalam pelbagai bidang  dari BERNAMA/Utusan Online ini mempunyai kaitan ? Berjayakah impian MB Khalid satu masa dulu pada tahun 2008 untuk membuka Uitm kepada bangsa asing ?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Baca petikan BERNAMA/Utusan Online dibawah:-

Syarikat IT saman UiTM RM32.4 juta

01/04/2010 6:41pm

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat yang mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana perlanggaran kontrak oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung perkhidmatan sistem permohonan kemasukan penuntut secara dalam talian, hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu.


Trius Computers Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners.


Dalam pernyataan tuntutannya, Trius Computer mendakwa pihaknya telah dilantik oleh UiTM bagi membangunkan satu sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian bertarikh 15 Jan 2004.




Plaintif mendakwa sistem itu bertujuan memproses sistem permohonan kemasukan penuntut di peringkat Sijil, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ph.D serta kursus-kursus profesional yang ditawarkan oleh defendan.

Trius Computer mendakwa rentetan daripada perjanjian itu pihaknya telah bersetuju untuk menjadi perunding dan membangun serta mengendalikan sistem permohonan kemasukan secara dalam talian itu bagi pihak UiTM selama 15 tahun bermula 21 Ogos 2001 sehingga 20 Ogos 2016.

Bagaimanapun plaintif mendakwa, pada 7 Mac lepas, UiTM didapati telah mengiklankan dalam akhbar Mingguan Malaysia berkaitan Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 melalui alamat laman web http://www.online.uitm.edu.my dan tindakan universiti itu didakwa telah melanggar perjanjian mereka kerana alamat laman web yang diiklankan bukanlah seperti yang dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.uitmonline.edu.my.


Trius Computer mendakwa tindakan UiTM mengiklankan alamat laman web yang lain selain daripada apa yang dijalankan oleh plaintif telah secara tersiratnya menunjukkan bahawa universiti itu telah menamatkan perjanjian mereka. - Bernama

2 comments:

pencinta kebenaran said...

mmm..mmg si vc tu pun najib kena check gak..apa pun syarikat IT tu pun la...ada hitam putih dr uitm baru la saman..ni dok assume2 sendri..nak je aku lempang!

anakbukitgantang said...

Ada yang tak kena di Uitm kot?

Kalau breach of contract selalunya Notice of Non Compliance kena keluar dulu. Jika tiada, maka syarikat IT tidak breach mana-mana terma kontrak perjanjian semasa tender.

Mungkin ada yang tak kena dengan VC tu.