latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Thursday, April 1, 2010
Sidang DUN Perak- siapa yang hipokrit?
Gambar menceritakan perangai sebenar. Ada blog pembangkang kata bahawa ADUN BN yang samseng- link http://politikbanjar.blogspot.com/2010/03/4-sidang-dun-perak-kejutan-jamal.html. tapi gambar ini menggambarkan cerita tersebut tak benar. Malah pihak yang jelas memprovokasi adalah PR. Dan jelas dalam gambar ini seorang lelaki PAS yang buat onar! Dalam Islam bolehkan seseorang Islam yang lain menjatuhkan aib dan maruah saudara seIslamnya?
Mungkin Al Banjari lupa atau cuba tersalah pesong fakta. Jamaluddin ADUN Behrang adalah ahli BEBAS
Dalam sibuk berpolitik mungkin juga kita terlupa apa agenda tersembunyi mereka? Bolehkan Kerajaan Perak fokus kepada tugas jika dikacau ganggu sebegini? Siapa yang memprovokasi siapa?
Begitulah perangai hipokrit pembangkang. Mungkin mereka juga lupa janji yang mereka siarkan melalui kenyataan akhbar bahawa mereka bahawa PR akan jadi pembangkang berwibawa di DUN Perak sejurus selepas keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 9 Februari 2010 mengesahkan Datuk Seri Zambry A Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah.
HARAPAN untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung dalam suasana aman dan tenteram masih lagi menjadi satu impian.
Segalanya kerana sikap kebudak-budakan pakatan pembangkang di negeri itu yang terus berusaha melakukan pelbagai perbuatan dan tingkah laku yang memualkan ketika persidangan berlangsung.
Jika kelmarin, mereka agak bersopan berikutan perasmian persidangan dilakukan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah tetapi semalam perangai buruk wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang berulang kembali.
Mereka terpekik terlolong di dalam dewan, membawa poster yang menghina wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan bertindak keluar dari persidangan.
Semua itu mereka lakukan dengan satu matlamat iaitu ingin menarik perhatian dan cuba menganggu perjalanan mesyuarat supaya perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat tidak dapat dibincangkan.
Inilah sikap buruk pakatan pembangkang yang belum lagi menampakkan tanda-tanda untuk menerima hakikat bahawa mereka kini adalah pembangkang bukanlah kerajaan negeri yang berkuasa di Perak.
Tidak cukup dengan berperangai buruk di dalam dewan, di luar dewan pula mereka mempertikaikan kehadiran anggota polis sehingga ada antara mereka sanggup mengeluarkan perkataan yang berniat jahat.
Menuduh pihak polis akan menembak mati mereka atas andaian ada polis tidak suka kepada mereka adalah satu perkataan jahat yang tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.
Tetapi itulah sikap pembangkang, mereka terlalu angkuh dengan kekuatan yang dimiliki di dalam DUN. Mereka sengaja melupakan bahawa kekuatan mereka sudah luntur berikutan kehilangan sokongan majoriti sehingga kuasa pemerintahan kerajaan negeri berpindah tangan.
Cukuplah! rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah muak menyaksikan adegan bagaikan 'sarkas' yang cuba ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang di negeri itu.
Kalaulah mereka begitu yakin mempunyai kekuatan sendiri untuk terus meraih sokongan rakyat, maka bersabarlah sehingga pilihan raya umum nanti. Biarlah rakyat menentukan siapa yang mereka mahu.
Sementara menanti detik itu, pembangkang sepatutnya menunjukkan kematangan dan bukannya berperangai seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gulanya.
Jika benar mereka memperjuangkan demokrasi dan berjuang demi kepentingan rakyat, maka hadirlah ke sidang DUN sebagai insan yang bertamadun. Jangan jadikan sidang DUN bagaikan tadika kanak-kanak. Sampai bilakah rakyat harus dihidangkan dengan perbuatan tidak matang pembangkang itu sehingga akhirnya ia hanya membazirkan wang rakyat.
Sidang DUN adalah mesyuarat penting bagi membangunkan sesebuah negeri dan bukannya medan untuk menunjukkan kekuatan politik mana-mana pihak.
Kalau mahu berpolitik, di situ bukanlah tempatnya. Cukuplah selama ini pembangkang sudah menyebarkan pelbagai fitnah dan tohmahan serta gelagat memualkan di pentas politik, takkanlah perangai buruk itu hendak pula diteruskan di sidang DUN?
Namun kita yakin, rakyat sedang memerhati gelagat pembangkang tersebut. Mungkin suatu ketika mereka berasa sangsi membenarkan pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja dan membuat perangai yang tidak setanding dengan gelaran Yang Berhormat yang disandang.
Tetapi kini dengan apa yang mereka saksikan di sidang DUN Perak, jelaslah itulah perangai pembangkang sebenar-benarnya, segala yang mereka katakan selama ini terutamanya dalam soal berjuang untuk rakyat hanyalah hipokrit!
.-petikan dari Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment