Tuesday, January 5, 2010

Tandatangani petisyen ini!


Masa untuk menuding jari sudah tamat! Umat Islam wajar bersatu segera.

Sudah banyak kerosakan yang dibuat sejak PRU12 pada 8 Mac 2009.

Sekarang masa untuk bertindak! Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara. Penganut ugama Lain boleh amalkan ugama mereka "dalam keadaan aman dan damai" Tapi usaha mereka untuk memurtadkan penganut ugama Islam wajar dihalang berdasarkan artikel 11(4) Perlembagaan yang sama!

Sewajarnya kedudukan ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara tidak dicabar. Penggunaan nama Allah yang membawa maksud selain dari Allah Yang Esa (Satu) wajar dihentikan kerana ianya bercanggah dengan fahaman ugama Islam. Apatah lagi menyamakan Allah sebagai Allah Tiga Berangkai (Konsep Tuhan Trinity dalam Kristian yang mengatakan Tuhan-Ruh Kudus-Anak Tuhan) hukumnya Kufur!

Sewajarnya juga semua yang alim ugama bangkit berjuang tanpa memikirkan fahaman parti! Saya sedeh sebab diberitahu oleh rakan saya dikementerian terlibat bahawa permintaan mereka untuk mendapatkan penjelasan JAKIM mengenai penggunaan nama Allah menghadapi laluan yang sukar. Mungkin Orang JAKIM takut nak bersuara walaupun punyai degree berjela-jela sebab takutkan ulama cum politician PAS. Kepada PAS pula jadikan ini satu pengajaran penting- bahawasanya Islam bukan untuk dijual hanya kerana nak meraih UNDI= KUASA PANGKAT + HARTA DUNIA + WANITA!

Bila berlaku policy U Turn dalam kepimpinan tertinggi PAS maka berlaku juga political casualty di kalangan politician PAS terutamanya Khalid Samad (MP PAS Shah Alam) dan Zulkifli (ADUN PAS Selangor), namun pengajaran paling penting ialah akidah dan ugama Islam tidak wajar dijadikan taruhan!


Kepada umat Islam , fikirlah sebaik-baiknya wajaran membenarkan ulama masuk politik dan memutarbelitkan kenyataan berdasarkan fahaman politik atau fahaman Wahhabiyah adakah berbaloi dengan harga kesucian Islam?


Sila tandatangani petisyen Menentang Penggunaan Nama Allah oleh bukan Islam atau klik di link sini atau klik di GAP atau disini

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/




Allah Hu Akbar!

No comments: