Tuesday, December 8, 2009

Menilai tragedi KB Mall-Kegagalan Urus Tadbir (Good Governance) dan Keceluparan Manusia Menyalahkan Allah

Memang dari segi Good Governance banyak aspek yang boleh dibangkitkan seperti berikut:-

Bagi orang yang bergelumang dalam bidang pembinaan atau terlibat dalam pentadbiran sebuah PBT, memang ramai yang akan mengaitkan dengan bahan binaan yang sub-standard, pembinaan yang tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan dan bagaimana bangunan tersebut boleh mendapat Sijil Kelayan Menduduki (CF) dan lesen perniagaan?

Apakah PKINK sebuah subsidiary Kerajaan Negeri Kelantan tidak mengikut arahan yang jelas tertera dan telah direzabkan sekian lama di Parlimen iaitu Akta Parit, Jalan dan Bangunan ?

Bagaimana pula peranan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang boleh membenarkan bangunan tersebut diduduki (maksudnya digunakan) sedangkan spesifikasi sub-standard tersebut tentunya GAGAL untuk diluluskan di peringkat perancangan?

Bagaimana pula pemaju iaitu PKINK boleh mendapat kelulusan lesen perniagaan sedangkan jelas defect bangunan tersebut dapat dikesan jauh lebih awal dengan plan submission (pelan submission ) semasa dalam peringkat perancangan dan pembangunan KB Mall?

Adakah kontraktor yang dianugerahkan kerja-kerja membangunkan struktur bangunan tersebut dibuat melalui proses tender? Apakah BEnar kontraktor tersebut Kontraktor Berdaftar dan TIDAK DISENARAI- HITAMKAN oleh CIDB dan subkontraktor kelas F pula berdaftar dan TIDAK DISENARAI- HITAMKAN oleh PKK? Apakah telus proses menyenaraikan KONTRAKTOR BERDAFTAR dengan CIDB cawangan Negeri Kelantan?

Dari segi Kewangan pula apakah Pekeliling Pembendaharaan Kerajaan Malaysia mengenai Perolehan dan prosedur tender dipatuhi? Adakah Penganugerahan Tender diberikan kepada Syarikat Yang Berjaya atau ada permainan wayang kulit di belakang?

Namun walau apapun alasan logika bahawasanya "dinding tersebut tidak menggunakan jeriji besi bagi memperkuatkan struktur dinding " dan "terlepas pandang" pula dari semakan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu, saya merasakan ada pihak lain yang perlu dipertangungjawabkan disini.............

Ya, ramai yang akan mengerti selepas hujah di atas bahawa walau apapon hasil sisasatan, tanggungjawab membenarkan orang awam menduduki dan menggunakan bangunan yang tidak selamat perlu diletakkan atas bahu mereka agensi/pihak yang bertanggungjawab. Sebelum siasatan dimulai, mungkin elok kiranya mereka yang terlibat dalam merancang, membangun, menilai dan menganugerahkan teder, mengeluarkan CF dan meluluskan lesen perniagaan dipertanggungjawabkan:-

1- Pemaju dan kontraktor- membina banguanan yang tidak mengikut kehendak peraturan dalam AKTA PARIT, JALAN DAN BANGUNAN

2-Pemaju- kerana (mungkin) Menganugerahkan Tender kepada kontraktor yang tidak berwibawa atau tidak mengikut prosedur dalam Pekeliling Perbendaharaan (Perolehan)

3-Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana memberikan CF dan lesen perniagaan kepada bangunan yang TIDAK SELAMAT DIDUDUKI

4-Exco yang terlibat dan Kerajaan Negeri sendiri

Hari ini exco terlibat mengistiharkan KB Mall satu Bangunan yang selamat diduduki di sini http://www.mysinchew.com/node/32509

Soalnya, mampukan orang awam dibohongi? Adakah semangat jumud cintakan parti yang keterlaluan mampu menutup kecuaian manusia dan kegagalan urus -tadbir (bad governance) sesebuah Kerajaan Negeri?

.......................................................................................................

Act Of God atau Menyalahkan Allah atas kecuaian manusia/ kegagalan urus - tadbir Kerajaan Negeri?-Nauzubillah Hi Min Dzalik!

Ada pula yang mengatakan bahawa kemalangan "pelik" dan kematian yang menyusuli di KB Mall adalah ACT OF GOD!

Bagi saya ini manusia ini jelas lantang menyalahkan Allah sedangkan kemalangan ini boleh dielakkan jika semua langkah semasa perancangan dan pembinaan sebelum ianya diberikan sijil layak menduduki dan lesen perniagaan dititikberatkan!

Kitab Minhajul Abidin -Jalan Para Abid, karya Imam Abi Hamid Mohammad Al Ghazali (Imam Ghazali) mukasurat 100 - 106,

Dinyatakan antara 5 dosa sesama manusia adalah seperti berikut:-

1- mengambil harta orang

2-membunuh,walaupun secara tidak sengaja

3-menjatuhkan maruah orang

4-menjatuhkan kehormatan / merogol/ berzina/ meliwat sesama manusia

5-Menghukum seseorang kafir/kufur/bidaah

Apapun jika berlaku dosa yang 5 di atas, maka jalan untuk menebusnya adalah mengembalikan harta, memohon ampun dan bersedia menerima hukuman dari warisnya (qisas).

Sekali lalu di atas 5 perkara di atas, saya percaya pemimpin yang terlibat ini pernah melakukankan kesalahan tersebut atas sebab politik (political mileage)

Maka rayuan saya kepada pemimpin tersebut adalah untuk memohon ampun dan maaf ke atas ramai orang Islam yang telah cap kufur/kafir dan Bidaah. Adapun jika orang tersebut telah meninggal dunia dipohon sangat semua pemimpin dan pengikut parti berkenaan memohon ampun dan maaf dari warisnya (banyaknya satu Malaya)

Maaf jika saya katakan bahawa ngeri saya melihat apa yang berlaku adalah pembalikan tuduhan-tuduhan Tok Guru ke atas kesalahan sesama manusia.

Maaf sekali lagi jika kata kata ini menguris hati pemimpin berkenaan tapi sebagai orang Islam saya juga ingin mengingatkan para pemimpin dan penyokong taksub bahawa janganlah menyalahkan Allah dalam perkara ini.

Sebaiknya, ikutilah amalan dan keperibadian mulia Nabi-nabi silam hatta...........moyang kita Nabi Adam pun bertaubat 40 tahun lamanya kerana termakan hasutan memakan buah khuldi di syurga sehingga Baginda dan Saiyidah Hawa tercampak ke bumi ini, sedangkan kejadian tersebut sudah tertulis dalam Luh Mahfuz (takdir) Baginda dan isteri ditempatkan di bumi ini untuk melahirkan keturunan bagi menjadi khalifah di dunia................Pernahkan kita mendengar riwayat Nabi Adam menyalahkan Allah dengan "Act Of God"? Jawapannya tentu TIDAK!

Perkara paling akhir yang akan dilupuskan bagi mencapai tahap insan yang kamil adalah Ego. Pun begitu saya berdoa agar Semua orang, termasuklah diri saya ini bermuhasabah diri...................ingatlah siapalah kita berbanding ulama tersohor., apatah lagi betapa picisan ilmu kita dibandingkan dengan para nabi ..............kerdillah amalan ibadah kita di samping Nabi Muhammad, insan yang amat dicintai Allah.

Kembalilah kita menjadi insan yang diredhai! Bertaubatlah. Sesungguhnya kemalangan itu mungkin petunjuk dari Allah agar manusia yang angkuh sesama beringat, agar jangan lagi berbuat salah sesama manusia , apatah lagi mengecop seseorang kafir kerana berbeda pendapat pada perkara yang furuk ( cabang kecil dalam ugama Islam)








2 comments:

Anonymous said...

ada satu lagi kompleks membeli belah paling ngeri kat kota bharu iaitu PAKSON GRAND..

Cuba naik park kat atas...

Anonymous said...

memang betul..parking parkson amat bahaya..mcm tak ikut spect,terlampau curam.Siasat bangunan ni ada CF atau x. Tangan2 kat belakang yang memainkan peranan.samalah mcm bangunan KB mall 2. memang ada retak merata2.dari luar pon ada nampak retak tu..kerajaan mane?..pas