Saturday, November 21, 2009

rezeki dari Allah hendaklah ditadbir urus dengan sebaik mungkin

Isu minyak di luar persisiran pantai Kelantan terus menghantui orang orang yang tamak haloba

Petronas sebagai sebuah syarikat minyak negara telah mentadbir urus dengan sebaik mungkin sumber minyak negara.

Petronas telah berlaku adil dengan memberikan royalti minyak kepada negeri negeri yang berhak mendapat royalti iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana di Sarawak, telaga minyak digali pada persisiran pantai iaitu di Baram Delta ( di Miri) dan Bintulu . Malah seluruh dunia mengetahui bahawa Baram Delta adalah pengeluar minyak utama di dunia. Begitu juga dunia mengenali Bintulu Light Oil yang digunakan dalam engin jet kapalterbang kerana minyaknya amat berkualiti tinggi akibat kandungan sulfurnya amat rendah.....

Begitu juga sejajar dengan dasar dasar Akta Petroleum Negara, bagi negeri negeri yang telaga minyaknya tersasar jauh dari persisiran pantai dan tak layak dapat wang royalty, diberi juga wang ehsan..untuk memajukan negeri. Negeri yang jatuh dalam kategori ini adalah Terengganu dan baru baru ini Kelantan


Negeri ini diberikan juga wang ehsan walaupon telaga minyaknya didapati melebihi 3 batu nautika dari pesisiran pantai
....................................................................................................................

Kewajiban menguruskan dengan baik amanah rezeki yang dikurniakan Allah.

Baru baru ini heboh mengenai Kelantan yang mahukan wang royalty bukannya wang ehsan. Soalan utama layakkah Kelantan dapat wang royalty?

Jika ditanya pakar undang undang sekalipon Kelantan tak layak dapat wang royalty berdasarkan faktor di atas

Mungkin yang jadi kemarahan beberapa pihak pentadbiran tertinggi negeri Kelantan adalah kerana wang ehsan tersebut tidak dapat terus ke dalam poket mereka.

Umum mengetahui bahawa wang ehsan tersebut disalurkan melalui Kementerian Luar Bandar dan Desa untuk memajukan kemudahan infrastruktur (bazaar, rumah rakyat termiskin, jalan, klinik, sekolah ) dan pembangunan modal insan rakyat negeri Kelantan (program tadika KEMAS, program kesihatan rakyat menentang HIV/AIDS, penagihan dadah, keruntuhan moral, perbelanjaan asrama untuk anak yatim, program ibu tunggal, program pemulihan pelajar bermasalah, program bagi siswazah menganggur) dapat dilaksanakan dan dinikmati rakyat Kelantan secara terus.

Sudah cukuplah amanah rezeki yang diberikan melalui hasil balak Kelantan dipunggah dan dinikmati oleh kroni tertentu kepimpinan tertinggi negeri Kelantan. Kini sudah tiba giliran rakyat termiskin menikmati rezeki yang datangnya dari rahmat Allah.

Langkah pemberian wang ehsan untuk disampaikan secara terus kepada rakyat ini adalah langkah bijak kerana wang ehsan diberikan kerana rahmat Allah dan dizahirkan secara fizikal melalui ehsan kepimpinan DS Najib. Oleh itu wajar ianya ditadbir urus secara amanah dan jujur oleh setiap yang bergelar "insan".

Oleh itu saya amat berharap rakyat Kelantan nampak kewajaran memberikan wang ehsan ini melalui kementerian terbabit.

...........................................................................................................................................

seterusnya saya akan sambung dengan cerita sedeh dari Petronas dan kewajaran menghargai wang ehsan dan rezeki Allah ini kerana ianya pengorbanan pegawai -pegawai Petronas....Al Fatehah untuk rakan saya Allahyarham Mohamad Bin Mohamad Aris, pegawai Petronas yang meninggal dunia di Eritria dan pegawai Petronas lain yang meninggal dunia dalam menjalankan tugas untuk ugama, bangsa dan negara.

2 comments:

Pemerhati said...

PAS kedah memang dah pun mentadbirkan harta tuhan dgn baik sekali iaitu menghabiskan kayu balaknya bersama kroni2 PAS. Azizan MB hanya boleh berkata"Saya tak tahu"!

Anakbukitgantang said...

Salam,

Sedeh bilamana sumber hutan yang tak diurus dengan betul menyebabkan kawasan tadahan hujan berkurangan..akibatnya hujan lebat tidak dapat disalurkan ke kolam dan kawasan tadahan semulajadi kerana hutan sudah ditebang.

Yang merana adalah rakyat jelata kerana terjadinya banjir kilat DAN MENGAKIBATKAN KESUSAHAN KEPADA RAKYAT