Sunday, November 22, 2009

Pengorbanan Pegawai Petronas yang Dilupakan

Artikel ni adalah sebenarnya sambungan kepada artikel saya yang terdahulu iaitu Rezeki Dari Allah Hendaklah Ditadbir Urus Dengan Sebaik Mungkin



Dalam bahagian ini saya ini menyentuh secara "first hand news" , dan pengalaman, beberapa rakan rapat dan saudara-mara terdekat yang berada dalam Petronas.



Saya faham dilema mereka tidak boleh bersuara hatta membuat kenyataan akhbar kerana tidak mahu terbabit dalam "storm in a tea cup."...apapun kebenaran harus diketahui oleh orang ramai supaya tohmahan pegawai Petronas hidup "mewah dan glamour" boleh dibetulkan serta "harta rakyat" yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak dan kononnya "hak mereka sejak lahir " atau dalam bahasa Inggeris "their birth rights" dapat dibetulkan.




Tujuan saya menulis tidak lain hanya untuk menyedarkan masyarakat umum bahawa-sanya hasil minyak Petronas bukan untuk "dilantak" begitu sahaja oleh " rakyat negeri" yang kononnya berhak tanpa mengetahui pengorbanan rezeki, termasuk ahli keluarga ahli Petronas malahan pengorbanan nyawa yang di buat oleh para pegawai Petronas dalam menjalankan tugas untuk negara Malaysia -dan sepatutnya ianya didedahkan kepada umum agar pengorbanan mereka selama ini dihargai!



Dalam kajian yang dibuat pada tahun 1995-1996 setiap bulan, seramai 25 orang engineer Petronas meletakkan jawatan kerana menerima tawaran yang lebih besar dari syarikat lain



Kebanyakan mereka yang meletakkan jawatan berada dalam lingkungan 2-5 tahun pengalaman kerja. Mereka dalam dilema kerana bebanan kewangan yang banyak sedangkan gaji yang diterima adalah rendah berbanding dengan upah gaji bagi pekerjaan yang sama dalam industri minyak dan gas.



Dalam satu kajian lain didapati bahawa upah gaji yang diterima oleh para petrophysicist, petroleum engineer, geologist dan seatara dengannya adalah dibawah aras pasaran pekerjaan mereka (below market rate)...serendah 40% ..........ya saya ulang 40% dari pasaran pekerjaan yang sama dalam industri minyak dan gas.

Hatta nak minta kenaikan gajipun Petronas perlu melalui kelulusan kabinet! Sudah beberapa kali masuk kabinet, malangnya rayuan kenaikan gaji pegawai Petronas tidak diluluskan..........sedangkan pegawai kerajaan dinaikkan gajinya

Dalam satu insiden lain, para pegawai Petronas tidak mendapat privilege seperti pegawai kerajaan lainnya bila mana nak membeli rumah di Putrajaya. Umum mengetahui bahawa para pegawai kerajaan mendapat treatment first class dan potongan 25% bila harga rumah bila nak beli rumah di Putrajaya. Salahkah memberikan potongan harga sebanyak 25% kepada para pegawai Petronas yang mana wang Petronas, melalui Putrajaya Holdings iaitu anak syarikat Petronas, telah digunakan untuk membangunkan Putrajaya?

Begitu juga, para ahli keluarga pegawai Petronas terpaksa memberi laluan kareer kepada pasangan masing-masing dan mengorbankan kareer mereka untuk Petronas.

Jadi wang upah gaji yang tak seberapa yang diterima oleh ketua keluarga atau single breadwinner para pegawai Petronas itulah yang selalunya digunakan untuk menanggung kos hidup keluarga!Maknanya rata-rata pegawai Petronas terpaksa buat pilihan, sama ada nak berkorban kerjaya pasangan masing-masing atau sanggup hidup terpisah suami isteri hatta nak maintain kareer masing-masing....umumnya mereka akan memilihi untuk mengorbankan kareer si isteri bagi menyatukan keluarga di bawah satu bumbung.

Semasa saya bertugas jadi guru di ibukota saya terkejut bila mana didapati seorang anak yang lemah dalam pelajaran rupanya mempunyai bapa seorang engineer Petronas! Malah siibu, seorang surirumah mengakui bahawa si suami sebagai ketua keluarga duduk di Johor, dan dia tidak mengikut suaminya kerana tak mahu berpindah randah dan merosakkan lagi prestasi pelajaran anak-anaknya!

..................................................................................

Pegawai Petronas terpaksa masuk ke negara dunia ketiga yang tak mahu dimasuki oleh negara lain / syarikat minyak lain untuk cari rezeki bagi Malaysia

Dalam pada itu, umum tidak mengetahui bahawa Malaysia tidak mempunyai simpanan gas yang banyak. Untuk terus mendatangkan hasil kepada negara, Petronas terpaksa mencarigali minyak di negara negara yang masih mempunyai simpanan minyak yang banyak- iaitu yang belum diterokai lagi . Kebanyakan simpanan minyak dunia yang belum diterokai pula berada di negara negara bekas blok komunis seperti Vietnam, di Afrika seperti Sudan, Eritrea dan negara bekas jajahan Soviet di Laut Caspian seperti Turmenistan,Kazakhkhan dan Uzbezkistan dan lain lainnya.

Perlu diingat bahawa kondisi politik negara ini tidak aman dan sedang bergolak dengan perang saudara (Sudan), politik tidak stabil dan kawasan yang amat sensitif kepada gempa bumi (Turkmenistan,Pakistan) atau amat dhaif (Eritrea).

Salah seorang rakan saya yang bertugas di Sudan memaklumkan bahawa mereka duduk di hotel , tiada rumah yg selamat untuk didiadami, dan keadaan pasarnya begitu jijik dan kotor (tiada supermarket). Malah satu ketika ada siege dan pegawai Petronas yang bertugas terpaksa berkurung dalam bilik hotel masing-masing - ini amat membimbangkan ahli keluarga pegawai petronas yang bertugas di sana !

Begitu juga di Vietnam, arwah kawan saya Mohamad pernah bertugas di sana semasa negara tersebut baru dibuka kepada dunia luar (economic embargo Amerika Syarikat berakhir selepas Vietnam mengaggotai ASEAN) kira kira 15 tahun dulu. Vietnam tidak semewah sekarang dan mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang susah dan terdedah kepada bahaya jangkitan hepatitis dan lain lain penyakit seperti disentery (cirit birit keterlaluan kerana adanya protozoa dalam air paip-rawatan air paip adalah sub standard berbanding Malaysia).

Selain itu ada di antara isteri pegawai Petronas yang mengikut suami tak tahan dengan adverse condition tersebut, dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dan mendapat kemurungan...dan akhirnya meruntuhkan rumah tangga yang mereka bina selama 20 tahun! IA BUKAN BERLAKU KEPADA ORANG BIASA KERANA SI ISTERI ADALAH LULUSAN DISIPLIN ENGINEERING DARI SEBUAH UNIVERSITY DI AMERIKA SYARIKAT! Perkara ini pernah terjadi kepada rakan kenalan saya yang mengikut suaminya di Vietnam.

Begitu juga kesah sedeh yang terjadi kepada rakan satu university dengan saya semasa saya menuntut di Kanada. Aruah Mohamad yang bertugas di Eritrea, sebuah negara di benua Afrika telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan udara (freak air accident) semasa dalam perjalanan pulang ke tanah air. Aruah telah mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang parah...malangnya disebabkan tempat berlaku kemalangan jauh, aruah tidak sempat di terbangkan ke Mesir untuk rawatan lanjut.

Cerita yang saya bawa untuk menyedarkan umum ,...juga sebagai menghargai usaha Petronas menjaga kebajikan pegawainya- yang telah banyak kali membuat emergency air flight untuk membawa pegawai yang sakit mendapat rawatan yang terbaik untuk mereka, hatta merentasi negara ....cerita ini sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia yang bertuah tinggal di bumi bertuah ini. Saya harap, bagi mereka yang masih tamak haloba nak " hak kelahiran atau kononnya sharing" rezeki Petronas sila utamakan perkara ini dahulu:-

1- kos operasi mencarigali minyak Petronas amat tinggi, mencecah jutaan bilion dollar Amerika Syarikat.........oleh itu pastikan modal pusingan untuk mencarigali minyak tidak diusik

2-kos menjaga pegawai Petronas (pembangunan modal insan dan merawat mereka ) sepatutnya setimpal dengan sumbangan mereka kepada negara

3- kos upah gaji dan benefit kepada para pegawai Petronas perlu setimpal atau hampir sama dengan harga upah mereka di pasaran minyak dan gas supaya tidak berlaku Brain Drain dalam Petronas

4-Kos membangunkan modal insan dalam Petronas perlu diutamakan supaya Petronas kekal menjadi memberikan pulangan yang baik untuk negara dan menjadi nadi penggerak ekonomi negara (do not kill the goose that lay the golden eggs)

Kepada mereka yang masih nakkan "hak" mereka dalam royalty minyak, saya nak tanya satu soalan, adakah anda sanggup berganti tempat dan berganti susah atau nyawa dengan para pegawai Petronas yang terpaksa mengharungi kegetiran hidup di negara asing yang mana tahap keselamatan dan kestabilan sosio-politiknya jauh lebih rendah dari Malaysia?

Hargailah sumbangan pegawai Petronas.....sedekahkan Al Fatehah kepada wira negara yang terkorban kerana menjalankan tugas kepada negara, ugama dan bangsa. Al Fatehah untuk Allahyarham Mohamad Mohamad Aris dan semua yang terkorban semasa menjalankan tugas.

...................................................................................

seterusnya Hassan Merican, kepimpinannya, style hard nose corporate dan kebimbangan terhadap Omar Ong......


1 comment:

Anonymous said...

saudara..dalam dunia ni susah kita hendak mencari orang yang tidak mementingkan diri...bila kita tahu kite mempunyai hak terhadap sesuatu yang membwa keuntungan..sedaya upaya kita pejuangkan hak tu tanpa fikir dalam-dalam setiap hal yang berkaitan...hal ini sama seperti ibu bapa mangsa tragedi kem di perak..saya tahu adalah amat sukar untuk memerima kehilangan anak..tetapi tidak dapatkah mereka fikir guru-guru tersebut bukan hanya melihat sahaja muridnya lemas..mereka tetap memberi pertolongan mana yang termampu..tidakkah mereka fikir betapa terkilannya hati seorang guru kerana terdapat beberapa anak muridnya yang mati semasa berada di bawah tanggungjawab diri mereka?...ditambah lagi dengan tekanan dari pihak keluarga mangsa...sesungguhnya sukar untuk seseorang itu fikir sedalam-dalamnya tentang sesuatu perkara sebelum mengambil tindakan..selalunya mereka hanya ambil di permukaan sahaja tetapi berjuang macamlah mereka fikir sampai ke dasar...pandangan saya

pelajar u