Monday, July 13, 2009

MENILAI KPI PEMBANGKANG A.K.A PAS DI KELANTAN BAHAGIAN 2


Dari bukit yang gondol ditarah, dan balak yang ditebang tanpa pengurusan yang betul kpd.........





Motosikal berkuasa tinggi, ehmmm tengok harga boleh jadi dalam lingkungan melepasi RM 100,000.........untuk yang berpendapatan sederhana boleh beli satu rumah teres 2 tingkat dipinggir bandar



Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Assalamualaikum.


Perjuangan ku ini belum selesai selagi umat Islam masih belum sedar, yang mana perjuangan Islam sejati, yang mana perjuangan yang mengkomersilkan Islam untuk tujuan politik!


Menilai KPI Pembangkang /a.ka. Pas bahagian 2, merujuk kepada KPI no 3 yang saya utarakan dalam post saya tempoh hari iaitu HARGA yang telah dibayar oleh pengundi di Kelantan semenjak memilih PAS menerajui politik di negeri Cik Siti Wan Kembang.


Dalam membuat artikel ini, penulis bukan sekadar melihat dari jauh, kerana nun jauh di Pasir Mas, bersemadi insan yang penulis kasihi, iaitu datuk penulis yang telah bernikah dengan nenek penulis, orang Pasir Mas, Kelantan. Jadi penulis memang mempunyai first hand experience apa yang penulis luahkan dalam artikel ini.


Dari bukit yang gondol dan balak yang ditebang , ke kereta dan motorsikal berkuasa tinggi, siapa yang untung di Kelantan?? Untuk menilai, pemerintahan PAS hampir 20 tahun di Kelantan, paling tepat adalah artikel Tun Faizal Dot Com.


Harga yang terpaksa dibayar oleh pengundi Kelantan No 1- dimana perginya hasil pengorbanan dan kesetiaan pengundi PAS ...?


Mek Nah, seorang penduduk di Manek Urai selalu mengundi PAS di setiap kali pilihan raya. Baginya, pembangunan yang ingin dibawa oleh tidak penting kerana memilih PAS serupa dengan memilih Islam dan tempatnya pasti di syurga. Bagi Mek Nah, pemimpin PAS adalah mereka yang zuhud, yang tidak mementingkan kebendaan. Bagaimanapun kali ini, undi Mek Nah mungkin berubah.
Anaknya Dik Mat yang balik dari Kuala Lumpur menyedarkan dirinya bahawa pemimpin PAS hanya manusia. Kalau dulu mereka mengata UMNO, hari ini mereka lebih teruk dari pihak yang mereka kata. Di Perak, katanya bekas Menteri Besar PAS, Nizar telah menyatakan dengan jelas bahawa perjuangan menegakkan negara Islam tidak pernah disebut dalam memorandum, transkrip dan perlembagaan PAS; dan secara tidak langsung difahami oleh Dik Mat sebagai Nizar telah menolak perjuangan Islam.
Menurut Dik Mat lagi, di Perak dan Pulau Pinang, PAS terlalu lemah kerana tidak boleh membuat apa-apa pun untuk menegakkan Islam. PAS hanya menjadi alat DAP dan fenomena ini, fikir Dik Mat jika berlaku dalam negara selepas Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan akan memudaratkan perjuangan Islam. Paling Dik Mat tidak faham, mengapa dalam keadaan lemah dan diperkudakan begini, PAS masih keras kepala menolak perpaduan sesama Islam.
Lebih memedihkan hati Dik Mat adalah apabila sampai di Manek Urai, Dik Mat lihat pemimpin PAS sudah berbeza. Motor besar, kereta besar, baju dari kain yang mahal dan macam-macam lagi.
Selama ini Dik Mat dan Mek Nah ingat PAS ini parti orang kampung yang serba kekurangan. Disebabkan itu mereka sanggup menderma di tabung-tabung yang dikutip pada setiap kali ceramah. Selama ini mereka juga menolak BN walaupun BN menjanjikan pembangunan untuk rakyat. Demi PAS, mereka sanggup berumah papan dan melihat kampung halaman terus tidak terbangun pesat.
Dik Mat ada mendengar cerita tentang kawasan balak yang hampir habis ditebas. Soal Dik Mat, "balok demo tebe, tapi pembangune tok nampak" (balak mereka tebang, tetapi pembangunan tidak kelihatan). Hari ini, pemimpin PAS sibuk hendak menuntut royalti minyak. Soal Dik Mat, 'untuk apa dan untuk siapa?' sebab selama ini tidak jelas ke mana hasil balak dibelanjakan untuk pembangunan rakyat Kelantan.
Kata seorang rakyat Kelantan dari daerah lain, "actually, rakyat kelantan tak tolak pembangunan. Cuma rakyat kelantan dah biasa dengan keadaan pembangunan sekarang dan dah mula tak kisah. Alasannya, dah kerajaan negeri tak dapat bagi, nak buat camna."

Katanya, "rakyat kelantan, kurang lebih 700,000 berhijrah keluar negeri cari makan ... kalau kat KL, berebut2 dengan orang Indonesia & Bangla... pastu tiap bulan hantar duit ke kampung... jadi orang kat kampung tak terasa perit sangat. Rakyat kelantan merasa lebih penting kalau di beri peluang kerja, sedangkan mereka tak sedar yang pembangunan tu (kalau berlaku di negeri sendiri) boleh menjana jauh lebih banyak peluang pekerjaan."

Kita berharap Dik Mat, Mek Nah dan pengundi di Manek Urai sudah memahami realiti PAS masa kini. Jangan biarkan `mata' mereka terus dibutakan, 'telinga' mereka ditulikan, 'hati' mereka dimatikan dan `akal' mereka diperbodohkan akibat 'candu' PAS yang amat melalaikan.

Mudah-mudahan mereka memberi peluang kepada Tuan Aziz Tuan Mat, seorang anak muda Kelantan, membuktikan yang beliau mampu membawa sinar baru kepada pengundi Manek Urai berbekalkan latar belakang pendidikan; pengalaman dan kebolehan; sikap mesra rakyat serta bukti khidmat dan jasa beliau kepada penduduk Manek Urai selama ini. Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz at
2:42 PM

Harga yang terpaksa dibayar oleh orang Kelantan No 2- Pengurusan dan agihan air yang telh dirawat/air paip yang bersih.


Penulis kerap balik ke Pasir Mas .... Satu perkara yang penulis perhatikan ialah penduduk Kelantan lebih senang menggunakan sumber air dari telaga yang digali sendiri. Mulanya penulis tidak perasan, sebab datuk telah menyambungkan pam dan paip, jadi bila buka air paip, penulis ingatkan air yang mengalir keluar adalah air yang telah dirawat...rupanya air dari telaga yang digali.


Penulis pernah menulis mengenai pengurusan sumber air di Kelantan dalam post penulis yang pertama rujuk disini .....http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/05/air-kitar-semula-dan-ke-arah-hidup-yang.html

Penulis ingin bertanya, dimanakan perginya wang hasil balak ? Jika satu lembaga audit khas ditubuhkan untuk menyiasat aliran wang hasil pembalakan, adakah mereka akan dapati hasil balak tadi masuk ke poket -poket individu?


Adakah sumber balak negeri telah diurus dengan telus, makna ada tender terbuka yang dikeluarkan, ada pemilihan oleh Lembaga Penilai Tender yang bersikap neutral , dan berasaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi memilih Pembida Yang Berjaya?


Nota Kaki

Penulis juga tahu sudah menjadi amalan PAS untuk mengutip derma dan mengenakan potongan beberapa peratus pendapatan bulanan anggota PAS untuk tujuan menggerakkan parti. Ini terjadi kepada bapa mertua adik penulis yang menyumbang 40% pendapatannya untuk parti PAS. Dengan lebihan wang sebanyak RM 600, memang bapa mertua adik penulis tidak mampu menyara bil perubatan isterinya yang menderita sakit kronik, dan 5 anak lain yang sedang bersekolah dan masuk universiti. Kesemua kos pelajaran anaknya ditanggung dengan wang biasiswa, pinjaman PTPN hasil usaha Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan BN...jadi penulis nak tanya, sebab kejadian ini bukan localised, dan lumrah penyokong PAS memaki hamum dan mencerca BN tetapi menerima nikmat yang diberikan Allah melalui usaha proaktif BN.

Sepatutnya orang sebegini bersyukur. Jika ada alim ulama yang menjengok blog penulis, apa hukumnya orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah, sebab kesemuanya dari bil perubatan isteri sehingga biasiswa anak ditanggung kerjaan BN tetapi masih mengundi PAS? Kepada pennyokong PAS, berbaloikan pengorbananmu selama ini?









2 comments:

Lin said...

salam sdr ABG

penulisan dan fakta yang baik...

cuma nak links sebagai follower dgn blog sdr tak boleh sebab tak ada kolum follower...

mungkin dgn buat kolum itu ramai kawan dalam BPN akan menyokong tulisan sdr ini

salam

Anakbukitgantang said...

Wa'alaikumussalam sdr Tunggak Langit, terima kasih atas kunjungan dan komen.

Setakat ini alhamdulillah, dah ada link "anakbukitgantang says" di blog rakan rakan (ikut kronologi)GOMO, GAP, NOBLE (NORTHERN BLOGGERS LEAGUE) dan Abang Tuah.