Monday, May 25, 2009

Air Kitar Semula dan Ke Arah Hidup Sihat




Air Kitar Semula dan ke arah hidup yang sihat.


Ehmm orang sibuk pasal politik, tetapi blog anakbukitgantang lebih kepada isu kesihatan? Apa kena mengena dengan isu semasa?


Oh yer, tak lupa nak beritahu baru-baru ini ABG terbaca isu penduduk Kelantan yang terpaksa mengali telaga untuk mendapatkan air.


ABG kurang pasti sama ada penduduk Kelantan gali telaga air sebab tergangu bekalan air atau sebab nak berjimat.


Apapun ABG nasihatkan penduduk yang dah gali telaga untuk mendapatkan semakan kandungan mineral dalam air telaga tersebut. Manalah tahu ada kandungan mineral yang berat dan boleh merosakkan buah pinggang. Lagi satu, ABG bimbang sebab air tersebut mungkin tercemar dengan bakteria dari sistem kumbahan yang tidak terkawal. Jika air limbah (feacal material) tidak disalurkan ke sistem pembetungan yang baik tentu, air tersebut bercampur dengan air bawah tanah yang dijadikan sumber kepada air telaga tersebut. Jadi, mungkin pencemaran air telah berlaku kerana akan terdapat beberapa bakteria dalam kuantiti yang berasal dari najis / tinja seperti E coli dan Salmonella.
Dan penduduk Kota Bahru, mungkin tertanya masih selamatkah air tersebut untuk dijadikan sumber minuman? Apapun, kemungkinan pencemaran air ini serius hanya boleh terjawab melalui kajian makmal.


Bercakap pasal pencemaran sumber air, ABG teringat usaha yang dibuat oleh sebuah township di Utara Adelaide, Australia yang merawat air limbah untuk digunakan semula..ala kitar semula air tersebut.


Perkara ini dibuat kerana Ausralia adalah sebuah benua kecil yang kering, dan air adalah komoditi yang amat berharga. Air yang dirawat dan dikitar semula itu digunakan untuk penduduk di township berkenaan menyiram pokok tanam tanaman. Oleh itu, penduduk di township ini dibenarkan untuk menggunakan air tersebut setiap hari berbanding penduduk di kawasan lain, yang mana bekalan airnya dicatu. Catuan air disini bermaksud penduduk hanya dibenarkan menyiram pokok dan membasuh kereta seminggu sekali.


Jangan ketawa yer. Malaysia sebuah negara yang bertuah, tetapi berapa ramai penduduknya diajar tidak membazir air? Berapa banyak pula penduduknya diajar agar menghargai sumber air dan memelihara sungai? Begitu juga ABG berpendapat sudah tiba masanya sumber air bawah tanah juga dijaga agar ia tak tercemar dengan najis atau sisa kimia (dari kilang yang menggunakan bahan mineral/ logam berat)


Disertakan gambar-gambar yang diambil dari township bekrkenaan sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia, pulihara sumber air sebelum sungai-sungai dan air bawah tanah (water table) kita tercemar atau kering.





2 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM....
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MEMBINA BLOGG ANAK BUKIT GANTANG INI.
HE HE HE
GOMO AKAN LINK KAN DALAM LIST YANG TERHANGAT
TAKPA...PELAN-PELAN KAYUH, LAMA-LAMA PANDAI LAH TU...

TANHIAH

Anakbukitgantang said...

Thank you atas sokongan, barulah kini ada masa untuk berblogging.