Thursday, May 28, 2009

Puasa Sunat Hari Khamis Dan Gerhana Matahari 28 Mei 2009

PUASA SUNAT HARI KHAMIS DAN GERHANA MATAHARI 28 MEI 2009

Langkah Datuk Seri Dr. Zambry mengajak semua orang Islam (tak kira di mana saja) berpuasa sunat pada hari Khamis adalah langkah yang tepat, bijak dan matang. Bukan sahaja ianya dapat meredakan suasana panassss di Perak, malah DS Dr. Zambry juga mengajak ummah Islam close rank, dan mengingatkan ummat Islam bagi mengutamakan beribadah dalam kehidupan seharian (ibadah juga boleh diintegrasikan dalam pekerjaan kita seharian,supaya bertambah keberkahan usaha).

Puasa hari Khamis memang amalan sunat yang digalakkan, dan beribadah sambil berdoa kesejahteraan, keamanan dan kebaikan negeri dan Negara serta keseluruhan ummah Islam pada masa yang baik dan mustajab untuk berdoa iaitu pada malam dan hari Jumaat amat amat digalakkan. Semoga usaha murni Datuk Seri Dr. Zambry dan rakan-rakan semua mendapat keberkatan dan doa kita semua dimakbulkan Allah. Amin.

Berikut adalah rujukan yang saya dapati dari Brunei Post http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Pada 28 Mei setiap tahun, jam 5.26 petang, kedudukan matahari akan betul-betul berada tepat di atas kaabah, Mekah. Fenomena astronomi yang lebih dikenali sebagai peristiwa adzam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hampir seluruh dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat ketika waktu tadi.

Lazimnya, dalam setahun matahari akan berada tepat di atas kaabah sebanyak dua kali iaitu apabila nilai sudut deklinasinya bersamaan dengan latitud Mekah (21.421 darjah Utara) pada setiap 28hb Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16hb Julai pukul 5.28 petang waktu Brunei (sama dengan waktu Malaysia)

Ikuti cara-cara berikut untuk menyemak arah kiblat dari kawasan awda(anda):1. Awda (anda) perlu menggunakan objek-objek yang lurus seperti sebatang tiang atau sisi-sisi rumah. Ia juga mestilah tegak dengan memeriksa menggunakan pemberat yang diikat ke benang (plumbline).2. Objek tadi mestilah berada di sebuah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari misalnya jangan diletak di bawah pokok atau di dalam rumah. Akan tetapi hendaklah diletakkan di kawasan yang menerima terus cahaya matahari misalnya di halaman rumah yang lapang.3. Tepat pada jam 5.16 petang 28 Mei, garisan bayang objek yang dihasilkan oleh matahari adalah arah kiblat iaitu menghadap ke arah matahari.

Rujukan peta adalah di link ini http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Peta di atas menunjukkan kawasan (bercahaya) yang boleh menggunakan kaedah bayang matahari. Semua bayang objek menuju ke arah matahari adalah arah kiblat.

Amalan sunat yang boleh dibuat pada hari Khamis 28 Mei 2009, setelah habis bersolat Asar:

(Saya bukanlah ahli dalam hal ini, tetapi telah mendapat rujukan dari ustaz yang arif mengenai perkara ini )

Setidak-tidaknya untuk orang yang busy macam kita, bolehlah diamalkan berdzikir

3 x istigfar
100 x salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
313 X La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimin (doa yang dibaca oleh nabi Yunus dalam perut ikan Nun)

Doalah supaya ummat Islam di Perak, Malaysia dan seluruh dunia dapat hidup aman tenteram, selamat sejahtera, dikeluarkan dari segala mara bahaya, diselesaikan segala masalah dengan cara yang terbaik yang hanya Allah mengetahuiNya, dan doalah juga untuk semua penyelesaian yang terbaik dan memberi manfaat yang terbaik , dunia dan akhirat, kepada masalah peribadi kita. Amin

Selain itu di sebelah malamnya , buatlah amalan ibadah yang selalu dibuat sewaktu malam Jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah jua. Amin.

http://anakbukitgantang.blogspot.com/

No comments: