Showing posts with label puasa sunat. Show all posts
Showing posts with label puasa sunat. Show all posts

Friday, August 25, 2017

Ganjaran puasa di bulan Zulhijjah



Bulan dzulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan dalam islam. Al-Quran sendiri menyebutnya sebagai syahrul harom (bulan harom). Dimana pada bulan-bulan yang termasuk syahrul harom ini, yaitu bulan Zulkaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab, umat muslim dilarang untuk berperang kecuali dalam keadaan membela diri dan benar-benar terpaksa.
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram …” (QS. Al Maidah (5): 2).
Oleh karenanya, dalam bulan ini kita disunnahkan untuk memperbanyak amal ibadah seperti berpuasa 10 hari Dzulhijjah, puasa arofah, solat idul adha, menyembelih hewan qurban, memperbanyak dzikir dan shodaqoh.
أَرْبَعٌ لَمْ يَكُنْ يَدَعُهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامَ عَاشُورَاءَ وَالْعَشْرَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْغَدَاةِ

“Ada empat hal yang Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam belum pernah meninggalkannya: puasa ‘Asyura, Al ‘Asyr (puasa 10 hari Dzulhijjah), puasa tiga hari tiap bulan, dan dua rakaat sebelum subuh.” (HR. An Nasa’i)
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Nabi ditanya tentang puasa hari ‘Arafah, beliau menjawab: “Menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun kemudian.” (HR. Muslim)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.” (QS. Al Kautsar: 2)
 
Lalu, peristiwa besar apa sajakah yang terjadi pada bulan ini sehingga al-Qur’an pun turut memuliakan bulan ini?...Dalam kitab Durrotun Nasihin dijelaskan bahwa ada 10 kelebihan pada 10 hari pertama bulan dzulhijjah.
 
Hari pertama, hari diampuninya nabi Adam. Barangsiapa berpuasa di hari itu akan diampuni segala dosanya.
 
Hari kedua, hari diterimanya doa nabi Yunus dan dikeluarkannya dari dalam perut ikan. “Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka akan dapat pahala selama 1 tahun tanpa mendurhakai Allah walaupun sekejap mata.
 
Hari ketiga, Allah mengabulkan do’anya nabi Zakaria. Barangsiapa yang berpuasa, maka do’anya akan dikabulkan oleh Allah.
 
Hari keempat, hari dilahirkannya nabi Isa. Barangsiapa pada puasa hari itu, maka Allah akan menghilangkan kesusahan dan kekafirannya dan pada hari kiamat kelak akan dikumpulkan dengan orang yang baik – baik dan mulia.
 
Hari kelima, hari dilahirkannya nabi Musa. Barangsiapa yang berpuasa, maka akan terhindar dari sifat munafik dan siksa kubur.
 
Hari keenam, hari dimana Allah membuka pintu kebaikan pada nabi Muhammad Barangsiapa berpuasa pada hari itu, Allah memperhatikan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
 
Hari ketujuh, hari ditutupnya pintu-pintu jahannam dan tidak akan dibuka hingga berlalunya hari kesepuluh. Barangsiapa puasa pada hari itu, Allah menghindarkan dari pahalanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
 
Hari kedelapan, disebut hari Tarwiyah. Barangsiapa puasa pada hari itu, akan diberi pahala yang nilainya hanya Allah yang tahu.
 
Hari kesembilan, hari Arafah. Barang siapa puasa pada hari itu, Allah mengampuni dosa setahun yang lalu dan tahun yang akan datang.
 
Hari kesepuluh, hari Raya Idul Adha. Barang siapa berkurban dengan hewan kurban, maka mulai tetesan darah yang jatuh ke tanah Allah mengampuni dosanya dan dosa keluarganya. Dan siapa yang memberi makan orang mukmin atau bersodaqoh, maka Allah akan membangkitkan di hari kiamat dengan selamat dan timbangannya menjadi lebih berat dari gunung Uhud.

Demikian, semoga bermanfaat...

Thursday, May 28, 2009

Puasa Sunat Hari Khamis Dan Gerhana Matahari 28 Mei 2009

PUASA SUNAT HARI KHAMIS DAN GERHANA MATAHARI 28 MEI 2009

Langkah Datuk Seri Dr. Zambry mengajak semua orang Islam (tak kira di mana saja) berpuasa sunat pada hari Khamis adalah langkah yang tepat, bijak dan matang. Bukan sahaja ianya dapat meredakan suasana panassss di Perak, malah DS Dr. Zambry juga mengajak ummah Islam close rank, dan mengingatkan ummat Islam bagi mengutamakan beribadah dalam kehidupan seharian (ibadah juga boleh diintegrasikan dalam pekerjaan kita seharian,supaya bertambah keberkahan usaha).

Puasa hari Khamis memang amalan sunat yang digalakkan, dan beribadah sambil berdoa kesejahteraan, keamanan dan kebaikan negeri dan Negara serta keseluruhan ummah Islam pada masa yang baik dan mustajab untuk berdoa iaitu pada malam dan hari Jumaat amat amat digalakkan. Semoga usaha murni Datuk Seri Dr. Zambry dan rakan-rakan semua mendapat keberkatan dan doa kita semua dimakbulkan Allah. Amin.

Berikut adalah rujukan yang saya dapati dari Brunei Post http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Pada 28 Mei setiap tahun, jam 5.26 petang, kedudukan matahari akan betul-betul berada tepat di atas kaabah, Mekah. Fenomena astronomi yang lebih dikenali sebagai peristiwa adzam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hampir seluruh dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat ketika waktu tadi.

Lazimnya, dalam setahun matahari akan berada tepat di atas kaabah sebanyak dua kali iaitu apabila nilai sudut deklinasinya bersamaan dengan latitud Mekah (21.421 darjah Utara) pada setiap 28hb Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16hb Julai pukul 5.28 petang waktu Brunei (sama dengan waktu Malaysia)

Ikuti cara-cara berikut untuk menyemak arah kiblat dari kawasan awda(anda):1. Awda (anda) perlu menggunakan objek-objek yang lurus seperti sebatang tiang atau sisi-sisi rumah. Ia juga mestilah tegak dengan memeriksa menggunakan pemberat yang diikat ke benang (plumbline).2. Objek tadi mestilah berada di sebuah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari misalnya jangan diletak di bawah pokok atau di dalam rumah. Akan tetapi hendaklah diletakkan di kawasan yang menerima terus cahaya matahari misalnya di halaman rumah yang lapang.3. Tepat pada jam 5.16 petang 28 Mei, garisan bayang objek yang dihasilkan oleh matahari adalah arah kiblat iaitu menghadap ke arah matahari.

Rujukan peta adalah di link ini http://www.bruneiastronomy.org/php/modules.php?name=News&file=article&sid=126


Peta di atas menunjukkan kawasan (bercahaya) yang boleh menggunakan kaedah bayang matahari. Semua bayang objek menuju ke arah matahari adalah arah kiblat.

Amalan sunat yang boleh dibuat pada hari Khamis 28 Mei 2009, setelah habis bersolat Asar:

(Saya bukanlah ahli dalam hal ini, tetapi telah mendapat rujukan dari ustaz yang arif mengenai perkara ini )

Setidak-tidaknya untuk orang yang busy macam kita, bolehlah diamalkan berdzikir

3 x istigfar
100 x salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
313 X La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimin (doa yang dibaca oleh nabi Yunus dalam perut ikan Nun)

Doalah supaya ummat Islam di Perak, Malaysia dan seluruh dunia dapat hidup aman tenteram, selamat sejahtera, dikeluarkan dari segala mara bahaya, diselesaikan segala masalah dengan cara yang terbaik yang hanya Allah mengetahuiNya, dan doalah juga untuk semua penyelesaian yang terbaik dan memberi manfaat yang terbaik , dunia dan akhirat, kepada masalah peribadi kita. Amin

Selain itu di sebelah malamnya , buatlah amalan ibadah yang selalu dibuat sewaktu malam Jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah jua. Amin.

http://anakbukitgantang.blogspot.com/