Showing posts with label LGE. Show all posts
Showing posts with label LGE. Show all posts

Tuesday, September 4, 2018

tahun ini banyak rasuah

Saya dah bangkitkan ramalan tentang awal muharram dan terjadinya banyak rasuah pada tahun 1440H di negara kita

Rujuk link artikel tersebut di bawah muharram

Belum pon masuk tahun1440H sudah berlaku acquittal ke atas tertuduh rasuah

Kes discharge with acquittal ini sangat besar impak ke atas perkhidmatan awam Malaysia dan pentadbiran negara

Rujuk huraian peguam ini

DUA PERKARA PELIK PEMBEBASAN LIM GUAN ENG DARIPADA KES RASUAH
1. Saya telah mendapat maklum bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah membuat keputusan untuk melepaskan YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian banglonya.

2. Menurut hakim, pelepasan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan. Ini bermaksud tertuduh iaitu YB Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini lantas dibebaskan. Ini juga bermakna YB Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah ini dan kes ini tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.
3. Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang pelik di sini: Perkara pertama, pihak pendakwaraya hanya memohon “discharge not amounting to acquittal” atau “pelepasan yang tidak bermaksud tertuduh dibebaskan” iaitu permohonan supaya YB Lim Guan Eng dilepaskan namun bukan dibebaskan. Jika ini berlaku kes ini boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaraya daripada Pejabat Peguam Negara juga telah menyarankan untuk pertuduhan digugurkan terus, dan berdasarkan saranan pendakwaraya ini hakim mahkamah telah membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng dan kes ini ditutup justeru tidak akan dibawa ke mahkamah semula.
4. Perkara kedua, penghakiman hakim dan saranan Pejabat Peguam Negara dan pembebaskan Lim Guan Eng seperti di atas berlaku pada peringkat proses perbicaraan yang terlalu awal di mahkamah. Ini seolah-olah saranan pendakwaraya di atas dan keputusan mahkamah untuk membebaskan Lim Guan Eng dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa perbicaraan lanjut yang mana sekurang-kurangnya 20 orang saksi lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Ini berbanding dengan kes 1MDB bekas Perdana Menteri dan kes banglo bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang mana proses pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah berlaku dengan panjang lebar.
5. Jika sesiapapun yang bertaraf Menteri melakukan rasuah namun terlepas dan bebas daripada kesalahan tersebut oleh kerana beliau kenal Peguam Negara dan adalah bekas anak guam kepada Peguam Negara dalam kesnya, maka suatu kesongsangan undang-undang telah berlaku. Ini bukanlah “Rule of Law” namun adalah suatu ketidakadilan dan masalah etika dan moral yang amat membimbangkan. Ia juga akan menyebabkan krisis kepercayaan kepada institusi Undang-undang Negara.
6. Dan lebih buruk lagi ia akan menggalakkan lebih ramai lagi perasuah dan ahli politik berjawatan tinggi dalam Kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah kerana mereka tahu mereka boleh terlepas dengan mudah.
ISHAM JALIL
3 September 2018

Wednesday, April 11, 2012

Hutang negara dah langsai- tak percaya?

Kerajaan sudah melangsaikan pinjaman yang dibuat dari Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  berkata, pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011.

UTUSAN-Hutang negara dilunaskan 

Bukti dari World Bank mengenai hutang Malaysia ialah 0.0 di     World Bank /EXTERNAL/PROJECTS/

Bukti Malaysia tak pernah berhutang dengan International Monetary Fund  di IMF dan kenyataan rasmi IMF di sini :

"Malaysia: History of Lending Arrangements
from May 01, 1984 to March 31, 2012 [ No record was found for the specified search criteria
].....dalam bahasa yang mudah Malaysia tak pernah berhutang sejak 1984!


Penerangan sejumlah besar hutang Asian Development Bank dilangsaikan dan Kerajaan Malaysia BERHENTI dari mengambil hutang dari ADB sejak tahun 1997  di ADB-Malaysia

Malaysia is an upper middle-income country with a record of strong economic performance and poverty reduction and a goal of transforming itself into a high-income and developed nation by 2020. The government largely stopped borrowing from multilateral sources after the Asian financial crisis. ADB's last operational strategy for the country was prepared in 1997. ADB and Malaysia are working on a new interim country partnership strategy, 2011-2013, which ADB expects to finalize before the end of 2011. -ADB "


Penerangan mengenai pengurusan  ekonomi Malaysia pula di Malaysia Institute of Economic Reasearch  MIER

Untuk memahami Pengurusan Hutang Negara rujuk Perbendaharaan

Sebenarnya dalam TAMAK nakkan kuasa Pakatan Rakyat  telah spin banyak isu sebenar- dalam kegilaan mereka spin memfitnah Malaysia mempunyai hutang luar negara yang besar jumlahnya mereka seolah mempamerkan diri mereka amat bodoh atau seolah olah  mereka tak faham aspek asas kewangan, perakaunan, ekonomi malah ugama Islam sendiri-.

Contoh
1-  isu Rafizi dan Zuraida spin National Feedlot Corp vs NFC yang dimiliki Kerajaan seolah dia tak pernah belajar finance dan perundangan, dan tak tahu membeda antara Tender terbuka, Letter Of Award dan terma di dalam Perjanjian setelah Penender Berjaya menandatanganinya.
2- isu Pembangkang iaitu  ketua dalam Pakatan Rakyat;  DAP spin hutang Malaysia yang besar di Bank Dunia dan Asia Development Bank menunjukkan seolah -olah Tuan Besar DAP (LGE) tak pernah lulus satu pon subjek perakauanan semasa peperiksaan perakaunan  di Monash University.
3- isu PAS dan PKR spin kes liwat dan qazaf seolah mereka tak ada ahli ugama yang ahli untuk menasehati hal hal syariah (perundangan Islam)
4- isu Nik Aziz dan Hadi Awang membenarkan penggunaan  kalimah Allah di kalangan kuffar menyerlahkan PAS sebuah party politik yang dipengaruhi fikrah Wahhabi di perengkat kepimpinan tertinggi .
Maka inilah  dimaksudkan dalam HADIS  Sahih Bukhari  "bila diserahkan urusan pada yg bukan ahlinya(bukan expert) maka tunggulah kemusnahan mendatang"
Perlu diingatkan bahawa "pemimpin expert" juga bermaksud pemimpin yang menjaga AMANAH dan IKHLAS berkhidmat untuk rakyat-bukan semata mata menabur fitnah kerana tamakkan kuasa!
Sesungguhnya inilah RAHSIA ulul amri/pemimpin Islam zaman dulu -akibat kepimpinan mereka yang IKHLAS dan AMANAH maka Allah berikan keberkahan sehingga mereka dapat membina empayar besar seperti  Empayar Uthmaniyah di Konstantinople/Turkey dan hampir 1/3 dunia Arab di bawah jajahan takluk Utmaniyah ,  Cardoba dan Granada di Andalusia/Sepanyol serta Melaka ,Aceh dan Pattani di Timur Jauh
Golongan profesional tak dapat ditipu dengan tohmahan dari Pakatan Rakyat kerana semau data boleh didapati di Bank Dunia, Asia Development Bank dan IMF diperengkat antarabangsa, dan di Malaysia dari MIER dan Perbendaharaan.
Maka benarlah kajian dan risikan bahawa golongan profesional sudah kembali menyokong Barisan Nasional kerana tohmahan dan propaganda Pakatan Rakyat yang tak masuk akal. Ketamakan Pakatan Rakyat nak menggapai kuasa menyebabkan kebodohan mereka terserlah dan rakyat sudah sedar mereka selama ini telah tertipu.