Penerangan isu AIR dari pakar- engineer, akauntan, lawyer, IT pegawai serta mantan pegawai kerajaan yg terlibat dalam projek infrastruktur berskala besar di Malaysia telah bersatu untuk menerangkan isu air dari perspektif profesional.
Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH. Menurut penerangan video ini Tawaran tersebut tidak boleh dibuat kerana ia menyalahi Perjanjian Konsesi yang ditandatangani oleh 4 Syarikat berkenaan.
Malah Tawaran Selangor itu bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan (Undang Undang Induk Negara) kerana Urusan bekalan air adalah di dalam Senarai Bersama Jadual 9 (pindaan drpd senarai negeri).. Jadi kalau semua syarikat konsesi diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor di manakah peranan Kerajaan Pusat berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan? Kerana sudah tentu PAAB & MOF Inc (Golden Share) akan menarik diri! Apakah Regulatory and Financial Framework Selangor selepas Pengambilalihan ini?
Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia dan lain lain lagi.
Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)
Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.