Monday, December 31, 2012

Kalimah Allah - Ismail Mina menyanggah

Ismail Minna President  MUAFAKAT menyanggah kenyataan Gudwara Malaysia
 
Di bawah peruntukan  3(1),4(1), 11(4) Perlembagaan Malaysia, perkara perkara berkenaan ugama Islam hanya BERHAK ditentukan oleh orang Islam.
 
Malah dakwaan Gudwara bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam menyalahi Perlembagaan Persekutuan adalah  tidak benar. Ikuti penerangan Ismail Minna.




SHAH ALAM: Dakwaan pengharaman penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, disifatkan Ismail Mina Ahmad sebagai satu kenyataan palsu dan bermotifkan politik murahan.
 
Sebaliknya menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) itu, kenyataan tersebut yang dikeluarkan Persatuan Gurdwara Malaysia (MGC) sebenarnya yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.
Berpendapat Presiden MGC, Jagir Singh sebagai tidak memahami asas Perlembagaan, Ismail menegaskan bahawa di dalamnya dengan jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di mana segala urusan yang berkaitan dengan agama tersebut adalah hak mutlak penganut-penganutnya sahaja.
 
“Kenyataan Persatuan Gurdwara agama Sikh itu adalah satu kenyataan palsu. Mereka tiada memahami asas Perlembagaan kerana jelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia ini.

Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Kenyataan Jagir kepada portal berita The Malaysian Insider itu jelas Ismail bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan, tetapi juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang turut mengiktiraf kedudukan Islam serta peranan Raja-raja Melayu dalam segala urusan yang berkaitan dengannya.
 
“Dan demikian juga ia mempunyai implikasi kepada kerajaan negeri-negeri yang mana semua undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai agama negeri yang berkenaan dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan yang berkaitan dengan ajaran dan agama dan umat Islam.

“Oleh yang demikian, pandangan Raja-raja Melayu sudah tentu melalui penasihat agama baginda masing-masing, adalah sesuatu yang berkaitan menurut Perlembagaan Negeri dan juga menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
 
Justeru, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud di negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak ‘tangan-tangan’ di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni,” gesa beliau.
Mengulas lanjut, Ismail mempertikaikan tujuan Jagir mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan pemimpin utama agama Sikh yang berpusat di Amritsar di Wilayah Punjab, India tidak pernah mengutarakan perkara sedemikian.
 
Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut agama Islam di negara ini.
 
“Kenyataan Persatuan Gurdwara itu mempunyai tujuan politik murahan kerana selama ini tidak pernah terjadi di Amritsar, iaitu pusat agama Sikh, yang meminta supaya kerajaan India mewajarkan penggunaan atau kalimah Allah di dalam kitab-kitab mereka seperti Kitab ‘Guru Granth Sahib’.
“Kenapa mereka mahu meminta penggunaan perkataan Allah sedangkan majlis agama mereka di Amritsar tidak berbuat demikian?

Ini adalah satu konspirasi jahat mereka untuk mengelirukan orang Islam dalam isu kalimah yang cukup mulia bagi umat Islam,” tegasnya.

Sumber
Laman web rasmi    MUAFAKAT

No comments: