Thursday, March 10, 2011

Malam ini bloggers "BAKAR" jambatan

Malam ini blogger BAKAR jambatan sama Saifuddin Timbalan Menteri aka MP Temerloh. Turut menerima tempias ialah  UMB di bawah pimpinan Tun Faizal.

Blogger lapangan (field blogger)  yang banyak berjasa  dan sentiasa membawa berita panas dan terkini dari PRK seperti  PapaGomo, HousePK, RBF dan banyak lagi takkan menghadirkan diri dalam majlis memujuk bloggers yang akan di adakan di Restoran NZ depan KLCC.

Laporan penuh lentingan bloggers terhadap Timbalan Menteri  "Jangan sampai  I balun you bloggers" di sini Ipohmalay., gerakan-anti-pkr., medan-info-kita., Kedahtimes.

Mungkin juga Teori Kuda Trojan musuh ini melangkau seorang tapi beberapa orang dalam Kerajaan Pusat. Kuda- kuda trojan ini meresap dan melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat dalam saat genting seperti semasa Pilihan Raya Kecil.

Keluhan papagomo wajar di berikan perhatian ATAS KADAR SEGERA. Pengalaman saya  yang pernah terlibat merancang dan melaksanakan event di peringkat nasional menunjukkan PASS ALL ACCESS dan PAS MEDIA wajar diberikan kepada pengamal media termasuk media alternatif iaitu blogger lapangan!.

Rintihan PapaGomo di bawah

 "Hari penamaan Calon Gomo dan beberapa rakan Blogger awal awal pagi sudah sampai di Stadium Mini Temerloh bagi membuat liputan PRK Kerdau ini. Di sini lah berkumpul nya para penyokong BN dan juga Calon BN iaitu Yb Syed Ibra.


Dalam waktu ini kami masing masing sibuk bertanyakan Pas Penyokong Parti kepada Jentera BN Pahang malah Gomo sendiri ke hulu ke hilir cuba mendapatkan Pas Penyokong parti yang mana dengan adanya Pas ini maka boleh lah Gomo masuk ke dalam kawasan pusat Penamaan Calon dan membuat liputan secara langsung perjalanan PRK Kerdau pada pagi itu.


Seorang demi seorang Gomo temui dan memang tidak ada seorang pun yang mempunyai Pas Penyokong parti, kalau yang ada pun mereka sendiri hendak Gunakan nya bagi masuk ke dalam kawasan tersebut. Gomo juga bertemu seorang Pemuda yang di tugaskan menjaga Calon BN namun hampa juga kerana beliau tidak di peruntukkan Pas penyokong Parti.


Masing masing Blogger juga sama dengan Gomo yang berkeliaran cuba mendapatkan Pas Penyokong Parti dan semuanya hampa kerana tidak ada yang sanggup memberikan kami Pas Penyokong Parti.

Apa yang di fahamkan Gomo setiap PRK Pas Penyokong Parti akan di berikan kepada kedua dua belah pihak sebanyak 100 keping. Ini bermakna 100 Keping Pas penyokong parti di berikan kepada BN pada PRK Kerdau. Namun itulah hakikatnya apabila kami tidak memperolehi Pas tersebut.


Mesti ada yang bertanya kenapa kami tidak mempunyai PAS MEDIA. Itu lah yang sebenarnya Gomo nak sampaikan kepada semua bahawa isu Pas Media lah yang sebenarnya membuatkan Gomo dan juga rakan rakan Blogger Meluat dan menyampah dengan UMB ini.

UMB sudah Wujud sejak tahun 2009 lagi namun sehingga kini sekeping Pas Media pun mereka di bawah Pengerusi Tun Faisal tidak mampu membuatnya. Gomo dan rakan rakan Blogger berbuih memaklumkan hal PAS Media ini dan jawapan yang sama di berikan UMB masih dalam Proses..masih dalam Proses...masih dalam Proses...."




PASS MEDIA /ALL ACCESS PASS wajar diberikan kepada senarai bloggers yang sudah dikenalpasti sebagai blogger lapangan
Lukisan orang gua di Gua Badak sebagai peringatan kepada pemimpin peringkat tertinggi Kerajaan Pusat supaya menghargai blogger di zaman IT dalam cyber war

No comments: