Sunday, October 10, 2010

Dari UTP Sri Iskandar ke Toronto

Hari ini heboh mengatakan pelajar University Teknologi Petronas menipu Utusan Malaysia dalam ruang Khabar Dari Perantauan.

Gambar yang diedit dengan latar belakang taman di luar negara dihantar ke Utusan sebagai memberi salam kepada ibu bapa.

Mungkin ada yang mengutuk perbuatan pelajar tersebut. Tetapi ingatlah bahawa jika kita tak handle isu ini dengan baik maka omongan nakal pelajar ini akan menjadi kebencian.

Sebagai bekas pelajar luar negara yang belajar di Kanada dan juga sebagai ibu yang kebetulan mempunyai anak yang belajar di UTP saya dapat selami apa yang berlaku.

Saya juga sebenarnya jelek dengan salam dan gambar yang saya agak membanggakan diri dikirim lewat dada akhbar. Seingat saya, kami pelajar di Kanada lewat tahun 1980-an tak pernah hantar gambar ucapan Selamat Hari Raya ke mana mana dada akhbar semasa belajar di luar negara dulu. Jadi saya faham jika pelajar UTP jelek dengan tingkah laku kawan mereka yang belajar di luar negara.

Selain itu, perlu diingatkan, kemasukan pelajar ke UTP adalah melalui saringan. Keputusan SPM yang baik belum tentu meluluskan pelajar ke UTP jika tak disaring melalui ujian IQ, EQ dan interview- entrance exam sepertimana university ivy league negara luar.

Malah ada diantara kawan mereka di sekolah berasrama penuh yang gagal ke  UTP dapat pula biasiswa lain terutamanya JPA untuk belajar ke luar negara, sedangkan mereka ini dapat biasiswa Petronas dan syarikat minyak lain, kekal belajar di UTP, IPT terbaik negara ini.

Malah kalau ikut ranking bersama kawan mereka yang kebanyakannnya dari sekolah berasrama penuh, mereka ini lebih handal dari segi akademik berbanding kawan yang ke luar negara atas biasiswa agensi lain.

Bukan menjadi rahsia lagi di kalangan ibu bapa pilihan utama ialah ke  UTP di kalangan pelajar terbaik berbanding pilihan ke luar negara.Ini kerana pada tahun 3 dan 4, berbondon syarikat minyak menemuduga mereka untuk pengambilan pekerja.

Dengan itu mereka memberi momokan kpd pelajar luar negara yang pada mereka adalah lebih inferior dari segi akademik berbanding mereka.

Jadi jika kita tidak handle dengan baik cream of the cream pelajar Bumiputera ini, maka kita akan kehilangan mereka. Pelajar UTP juga mis-informed dengan apa yang berlaku dalam politik negara. Ada baiknya penceramah BTN di bawa ke UTP untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Saya juga dah biasa menjawab soalan yang diutarakan oleh kawan anak saya yang berasal dari luar negara mengenai Malaysia.
Mungkin mereka mahir dalam sains dan teknologi tapi mereka kurang ilmu dari segi sejarah, perlembagaan negara dan kenapa wujudnya Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.Mereka tak tahu bahawa ianya perlu dibaca bersama artikel 3, 4 ,11, 157,159  serta artikel lain yang menekankan Islam sebagai ugama rasmi,Bahasa Melayu bahasa rasmi negara, peranan Raja Raja Melayu, Jus Soli dan pengorbanan Melayu terima lebih 1 juta rakyat China dan India pada 12 malam 1957 , 53 tahun yang lalu dan implikasi ke atas populasi Malaysia.

Sejarah perlu dibacakan dan difahamkan kepada mereka.
























3 comments:

Anonymous said...

Maaflah tp gambar tu tidak pernah di edit pon....mungkin teknik tangkap gambar yg hebat kot menyebabkan gambar tu mcm kat oversea...

Anonymous said...

hmm jika ikut populasi UTP terdapat banyak juga pelajar dari negara luar di sana-Indonesia, Thailand, Mesir, Turkmenistan, Turkey,China dll.

Jadi Salam di Perantauan maseh relevant cuma banyak budak Melayu sahaja.

Dan lagi taman di negara kita dah cantek macam taman di luar negara-mana tahu mereka tangkap gambar tu di Lost World Of Tambun yang tak jauh dari situ.

Apapon harap kontroversi ini berakhir dengan baik. Ada hikmah disebaliknya.

Anonymous said...

yes. gambar tu bukan gambar yg di edit. it was the original picture :D