Showing posts with label sheryl stothart. Show all posts
Showing posts with label sheryl stothart. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Kontroversi Tengku Zafrul: Maybank tak melateh orang seperti ini

Maybank-singa yang sedang disembelih kerana keceluparan mulut "sleeper"
Maybank adalah sebuah Government Linked Company yang mempunyai ekuiti agensi Kerajaan sebanyak 51%. Walaupon dikendalikan oleh pengurusan yang berasingan Maybank maseh membawa kepentingan dan agenda Kerajaan Malaysia.

Lewat ini heboh kempen boikot Maybank. Saya pernah berkhidmat di Maybank pada awal tahun 2000-an. Sebagai bekas Maybanker saya dapat katakan kenyataan Tengku Zafrul bukanlah refleksi sebenar Maybanker.

Sebelum itu saya pernah menulis mengenai Tengku Zafrul dan bagaimana orang yang penuh kontroversi dengan kes Tune Money-Avenue Capital  dan rapat dengan Kalimullah di zaman Tun Lah  diletakkan di GLC berkepentingan umum seperti Maybank  di tengku-zafrul-who?

Persoalannya apakah tindakan Tengku Zafrul sudah dibuat calculated risk untuk memusnahkan satu lagi GLC Kerajaan Malaysia?

Apakah Tengku Zafrul juga seorang sleeper musuh yang dimasukkan ke dalam GLC untuk memusnahkan GLC tersebut dari dalam seperti kes Sheryl Stothart di Petronas tidak lama dulu?

Jika Tengku Zafrul dinaikkan pangkat secara rank and file di Maybank tentu Tengku Zafrul sendiri dapat merasai spirit dan essence Maybank.

Maybank melatih tenaga pakar untuk industri. Maybank sentiasa meletakkan asas benchmark yang tinggi untuk industri pembankan di Malaysia. Malah Maybank selamat dalam krisis kewangan 1998 kerana sikap konservatif dan berhati hati dalam pelaburan. Dan sikap ini direfleksi oleh semua kakitangan Maybank yang dilatih untuk mementingkan pelanggan!

Dan jika benar Tengku Zafrul seorang Maybanker, sila undur diri kerana anda telah memalukan Maybank!