Showing posts with label mengurus risiko. Show all posts
Showing posts with label mengurus risiko. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Pilihanraya dan pengurusan risiko- di kalangan komuniti perniagaan Cina


Selesai posting saya berkenaan Analisa Pakar Pelaburan JP Morgan mengenai Pilihanraya 13 dan impaknya ke atas ekonomi Malaysia  Barisan-memenangi-hati-kelas Menengah Malaysia   saya ingin kongsikan beberapa perkara di sini.
Di pihak Kerajaan yang memerintah beberapa aset yang menjadi tulang belakang ekonomi negara serta kesinambungan polisi Kerajaan Berkebajikan (Ya Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terlebih dulu melaksanakan KEBAJIKAN kepada rakyat dari pendidikan, perumahan, subsidi petrol, subsidi harga makanan asas dan lain lain) telah pon disandarkan amanahnya kepada pihak yang amanah. Contoh yang jelas ialah Proton kembali diuruskan oleh DRB Hicom, aset AIR negara diuruskan oleh SPAN (untuk mengelakkan politik), sampah diuruskan oleh Perbadanan Sisa Pepejal (Kecuali negeri negeri yang dikuasai Pakatan) , BERNAS menguruskan Gardenia dan terkini Felda diuruskan konsortium bagi mengelakkan aset tersebut dipecah pecahan dan dijual kepada entiti luar. Saya berharap agar polisi Kerajaan Barisan sedia ada iaitu pemegang equity majoriti  perlu sentiasa dimiliki oleh Khazanah Nasional atau agensi Kerajaan lain bagi mengelakkan hostile takeover dari syarikat luar negara yang berniat jahat.
Di pihak konglomerat dan komuniti perniagaan Cina pula kita lihat pergerakan tersirat tanpa tersurat. Konglomerat Cina ini sedang mengambil pengurusan risiko menampan sebarang perubahan mendadak ke atas Kerajaan jika Pakatan dengan polisi tidak menentunya   (meminjam kata kata juruanalisa  JP Morgan di artikel di atas) ditakdirkan menang pilihanraya ini.
Beberapa syarikat telah delisted  iaitu tidak menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Saham Kuala Lumpur untuk mengurangkan risiko Hostile Take Over . Ataupon syarikat tersebut sedang membuat pencairan ke atas aset yang terdedah ke pasaran saham (  They are either delisting their companies from the stock market or diluting i.e issuing 2 for 1.)
Simptom ini dapat dilihat jelas sejak komuniti perniagaan Cina menyoal Lim Guan Eng tentang dasar bertubi tubi dalam lawatannya ke Lembah Klang  dan Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng.  Selama beberapa minggu beberapa siri ceramah telah diadakan cross section di kalangan komuniti perniagaan Cina tanpa mengira warna party. Dan komuniti perniagaan Cina telah sepakat untuk MENYOKONG kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai menjaga kepentingan perniagaan mereka.
Jika tokoh konglomerat komuniti Cina telah bersuara, signalnya cukup jelas. Mereka percaya kerajaan yang dipimpin oleh Barisan berbanding kerajaan impian Anwar Ibrahim dan Pakatan!. 
Komuniti perniagaan Cina menjangka risiko besar akan berlaku di mana  ketidaktentuan dalam politik dan polisi yang dicerna  Pakatan jika mereka memerintah akan menjejaskan perniagaan mereka.
Dengan tahap pertumbuhan ekonomi dunia yang sedang perlahan dan beberapa negara yang dulunya memgambil hutang IMF sedang dan telah bankrup (seperti Greece dan Sepanyol) maka satu satunya cara ialah menjana ekonomi dalaman (Malaysia's internal market) yang MAMPAN tanpa terdedah kepada pasaran luar.
Komuniti perniagaan Cina telah bersatu hati demi masa depan.  Bagaimana dengan bangsa kita Bani Jawi  mengurus masa depan kita agaknya?