Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Pak Joko mahu karamkan bot pendatang tanpa izin Indonesia ya? Bagus banget nich !


Amaran Pak Joko untuk karamkan bot nelayan  Malaysia yang bawa PATI Indonesia ke Malaysia pintarkah?

Amaran Pak Joko Wododo untuk karamkan bot -bot nelayan Malaysia yang memasuki perairan Indonesia patutnya disambut dengan lega oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Marin yang selama ini bertungkus lumus menyekat kehadiran pendatang tanpa izin dari negara jiran itu.


Carian di internet menunjukkan bahawa terdapat  1,820,000 entri bagi carian bertajuk " Laut sebagai pintu masuk utama Pendatang Tanpa Izin  Indonesia ke Malaysia "

Tekong penyeludupan PATI Indonesia ialah  rakyat mereka sendiri

Carian mendapat entri yg banyak bagi kegiatan penyeludupan manusia terutama dari Indonesia


Lagi lagi PATI Indonesia ditemui karam ketikan menyeludup menggunkan bot nelayan

Kehilangan nyawa di kalangan pencari rezeki sepatutnya dapat dielakkan jika Indonesia prihatin pada kebajikan rakyatnya dan berusaha mengurangkan beban rakyat.


Oleh itu nasehat saya pada PM Najib, udah udahlah  tak perlu terikut ikut kenyataan bodoh Pak Joko yang mahu karamkan rakyat Indonesia sendiri . Dengan ekonomi Indonesia dijangka tambah memburuk dengan keputusan Pak Joko menaikkan Bahan Bakar Minyak Ron88 sebanyak 53 sen,  langkah Pak Joko mahu karamkan bot nelayan yang membawa pencari rezeki dari Indonesia hanya akan berbalik negatif ke atas kareer politiknya. SINI , SINI dan 


Kenyataan balas PM Najib nak gempur Pendatang Tanpa Izin di Cameron Highland tu seolah terikut ikut Pak Joko yang mulutnya lebih lancar dari otaknya. Sebaliknya perhatian lebih wajar   wajar diberikan kepada  gerak gempur besar besaran di Pusat-pusat pelacuran dan karaoke yang tumbuh bagai cendawan sejak PAKATAN memerintah beberapa negeri SELANGOR PULAU PINANG

Kenyataan balas PM Najib atas keceluparan mulut  Pak Joko mahu karamkan bot yang membawa rakyat Indonesia ke Malaysia 

Sejumlah 50,000 rakyat Cina (PRC) hilang di Malaysia setiap tahun. Mungkinkah mereka jadi pengundi hantu dalam PRU ?



Tindakan yang lebih baik ialah mengempur jenayah yang dilakukan di kawasan pantai


Jenayah di kawasan pantai, siapakah dalangnya?







Tuesday, October 19, 2010

Permintaan Tambah Hukuman Penjara

Dua peristiwa menarik, satu mengenai hukuman jenayah menghapus bukti pembunuhan  dan satu lagi hukuman denda RM 2000 ke atas remaja Cina yang melempar cat dan botol arak ke dalam surau di Seremban di bulan Ramadhan lepas. Bagi kesalahan  pertama, hukuman penjara 7 tahun bagi penjenayah yang menghapuskan bukti dan mayat mangsa bunuh Dato' Sosilawati dan 3 rakannya dianggap ringan dan permohonan telah dibuat oleh Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy supaya hukuman yang lebih berat dikenakan bagi menjadi penghalang kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan (Nampaknya kaum India pon sepakat dalam hal ini kerana banyak juga mangsa dari kalngan peguam kaum mereka dan ahli perniagaan Melayu). Bagaimanapon saya mencadangkan juga supaya mana mana NGO Islam menuntut hukuman yang lebih berat bagi 3 remaja Cina yang melempar cat dan botol minuman keras ke dalam sebuah surau semasa Ramadhan lepas, supaya jadi pengajaran kepada yang lain. Mereka ini hanya dihukum denda RM 2000 dan diminta menghadiri kaunseling dan khidmat komuniti selama 3 bulan. Sebelum ini kes dua remaja Melayu adik beradik yang membakar gereja dihukum penjara 7 tahun juga. Apakah membakar bangunan (arson) boleh disamakan dengan menghapuskan bukti pembunuhan (ertinya membunuh kerana membakar mayat mangsa bunuh!)

Hukuman perlu setimpal dengan kesalahan jenayah yang dilakukan bagai kata Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy , hukuman yang ringan takkan mengajar penjenayah untuk berfikir 2 kali sebelum melakukan jenayah yang sama di masa hadapan. Dibawakan 2 kesah ini untuk jadi renungan mereka yang melaungkan keadilan -sama sama kita renungkan!
................................................
Permintaan tambah hukuman



KUALA LUMPUR 18 Okt. - Hukuman tujuh tahun penjara ke atas dua suspek yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya disifatkan ringan, tidak setimpal dan tidak mampu mewujudkan rasa takut kepada orang lain.


Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy berkata, beliau bimbang hukuman itu tidak mampu menjadi faktor pencegah kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan.


Sehubungan itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pagi ini memohon supaya keputusan itu disemak dan diteliti semula.


"Hukuman ke atas mereka iaitu penjara tujuh tahun serentak bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Kita memohon budi bicara supaya Hakim Besar Malaya meneliti pertuduhan itu dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Jumaat lalu, kedua-dua tertuduh, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, mengaku bersalah atas masing-masing empat pertuduhan pada prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor.


Majistret Hurman Hussain kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 9 September lalu.

Hukuman itu diperintahkan berjalan secara serentak.

Kedua-dua tertuduh juga memohon maaf kepada kesemua keluarga mangsa atas penglibatan mereka dalam pembunuhan ngeri itu.

Sebelum itu, Sosilawati, 47, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.


Ditanya jika permintaan itu dianggap menghina mahkamah, Jeevan menjelaskan, pihaknya hanya memohon Hakim Besar Malaya menyemak semula hukuman kes tersebut