Showing posts with label Pesawat MAS hilang. Show all posts
Showing posts with label Pesawat MAS hilang. Show all posts

Sunday, March 9, 2014

#PrayforMH370- 2 identiti palsu digunakan penumpang pesawat yang hilang

Terdapat 2 penumpang yang menggunakan identity palsu dalam pesawat MH 370 yang hilang iaitu  Luigi Maraldi (Itali) dan Christian Kozel (Austria). Laporan penuh di bawah:
 
 
VIENNA/ROM 9 Mac - Dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang di Laut China Selatan awal hari ini, dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam jet penumpang tersebut seperti disenaraikan oleh syarikat penerbangan berkenaan.
Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada bulan Ogos lalu.
Agensi berita ANSA pula melaporkan, ibu bapa Maraldi telah pun menghubunginya yang kini berada di Thailand dan mengesahkan anak mereka selamat.
Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat. - REUTERS
         Artikel Penuh: Utusan Malaysia