Saya mendapat maklum bahawa Ketua Pengarah , Ketua Setiausaha Kementerian sekarang tak bebas membuat keputusan. Semuanya diarah oleh PEMANDU yg setahun jagung.
Sedangkan dalam saat getir pentadbiran Negara seperti Krisis Kewangan 1998 yang memaju ekonomi Malaysia ke arah kesejahteraan dan membuat solution out of the box adalah pegawai kerajaan yang amanah dan tak berhenti solat tahajud di waktu malam.
Sesungguhnya kita manusia pengetahuannya terbatas, oleh itu guidance dari Ya Dzal Jalalil Wal Ikram amat perlu.
Keluhan beberapa pegawai kerajaan ini sama seperti yang digambarkan oleh blogger Paneh Miang:
Apakah Kerajaan Malaysia sedang
dilanggar Garuda Pluralisme dan Liberalisme dari dalam saraf-saraf utama
institusi?
Ke mana hilangnya kuasa-kuasa khas
Ketua Setiausaha Negara? Ketua Hakim Syariah? Ketua Hakim Negara? Ketua Hakim
Besar Borneo? Ketua Polis Negara? Panglima Angkatan Tentera? Ketua Pengarah
Majlis Keselamatan Negara? Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian? Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Melayu?
Pak Sedaro nasihatkan Ah Jib Gor
pergi berguru dengan Guru-guru Agama yang mursyid secara bertalaqi yang masih
hidup di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Terengganu, Bogor,
Madinah dan Hadramaut.
Keluhan beberapa pegawai kerajana ini sama seperti yang digambarkan oleh blogger Paneh Miang:
Wahai Ah Jib Gor...gayo kau buat
pengumuman ini...macam orang yang tidak memadai Solat Sunat
Istiharahnya...
Mintalah petunjuk, pedoman dan
hidayah Allah sebelum lakukan sebarang pengumuman, kerana saudara Najib ialah
orang nombor wahid negara, hukuman kubur saudara jauh lebih dahsyat dan berat
daripada rakyat yang mengemis mencari sesuap nasi.