Showing posts with label Interfaith Council. Show all posts
Showing posts with label Interfaith Council. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Dajjal dan serangan terancang ke atas dunia Islam termasuk Malaysia.

Syeikh Imran Hussein memberikan kupasan Hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai keberadaan Dajjal di Britain selama 1,000 tahun, keberadaan Dajjal di Amerika Syarikat selama 100 tahun dan sekarang keberadaan Dajjal di Israel-teliti youtube ini




Kala ini juga negara negara Islam telah "dijajah semula. Lebanon, Tunisia dan Mesir dijajah semula kerana negara tersebut adalah negara yang maju dari segi ekonomi dan pembankan Islam. Cara Lebanon dijajah ialah dengan menimbulkan huru hara dan perang saudara antara puak Islam dan puak Kristian. Sementara cara Tunisia dan Mesir dijajah melalui kebangkitan "suara rakyat" yang akhirnya menumpaskan Kerajaan yang menyokong dan melindungi ulama Islam ASWJ. Bukan satu kebetulan setelah revolusi rakyat ini ulama wahhabi amat berkuasa dan makam para ulama, anbiya dan Saidina Hussein r.a cuba dimusnahkan di Mesir dan Tunisia. Di Tunisia ulama Islam ASWJ dipotong lidahnya oleh Wahhabi.

Iraq dijajah kerana negara itu maju dari segi ketenteraan dan juga kerana Yahudi mengangak bahawa negara itu adalah negara yang mempunyai civilisation dan bangunan tertua didunia...sedangkan sekiranya mereka tahu bahawa Bumi Makkahlah sebenarnya mempunyai bangunan tertua di dunia, tentulah mereka akan menyerang Makkah. (Kaabah dibina oleh Nabi Adam a.s setelah baginda bertemu Siti Hawa di Arafah)

Perhatikan apa mesej dan serangan Dajjal ke atas sistem kewangan dunia dan peranan wang electronic yang mengambil alih kepentingan wang kertas. Wang electronik ini akan dikembangkan dan menjadi senjata biology yang akan memaksa umat Islam menuruti kehendak mereka.

Serangan Dajjal dan kuncu dajjal yang telah menjual ruh mereka kepada Dajjal demi kekuasaan politik, harta kemewahan, wanita dan kedudukan ini amat terancang.

Malaysia juga tidak terkecuali dari serangan ini dan amat janggal jika kita tidak nampak "konsert terancang  serangan pre dan pasca PRU12, 2008" bagi mempercepatkan dateline "menyelamat" rakyat Malaysia melalui gerakan pluralisasi ugama, liberalisasi ugama dan sebagainya.

Agen penggerak Dajjal ini dibuat melalui Inter Faith Council (IFC) dan gerakan BERSEH. Bukan satu kebetulan pemimpin DAP adalah missionary dalam ugama Kristian. Tapi malangnya sekali lagi mereka tertipu kerana antichrist yang ditakuti ialah Al Mahadi dan "gerakan menyelamat" yang mereka dokongi adalah kerja-kerja Dajjal- rujuk balik syarahan Syeikh Imran Hossein dalam video di atas.

Nasrani Nasrani/Kristian yg sebenar takkan berpadu dengan Yahudi kecuali bagi mereka yang terpesong.

Lihat pula siapakah pemimpin yang mengaku Islam yang bersekongkol dengan agenda  dajjal di atas dalam video ini




Friday, April 1, 2011

Signifikan 1 April dan Bible Melayu- Serangan ke atas umat Islam di Taiping. Siapa jadi syaitan bisu?

Hari ini 1 April sepatutnya hari kita menhadiahkan Al fatehah kepada umat Islam di Andalusia.

Setelah jatuhnya Kerajaan Islam Andalusia ke tangan Ferdinand dan Isabella (asalnya Zaida puteri Raja Moroko dan ahlul bayt yang dimurtadkan dan dibaptiskan ke ugama Kristian) umat Islam Andalusia dijanjikan perjalanan aman ke Moroko/Algeria

Malangnya setelah mereka berkumpul di pelabuhan, bukan sahaja kapal dibakar tapi mereka yang selama ini berselindung di kubu kubu kuat, istana besar dan sebagainya ditangkap dan dibunuh beramai-ramai.

Mungkin edaran bible al kitab telah dirancang untuk mengambil sempena hari ini. Mungkin juga brou-ha-ha dan kecuhnya video seks sang pemimpin proksi Amerika sengaja dibuat diversion agar menutup isu ini.

Malah ada pemimpin mereka yang menggelar Tan Sri Harussani Mufti Perak sebagai syaitan bisu kerana tidak mengulas isu video seks di Video-seks-pemimpin-agama-jangan-jadi-syaitan-bisu-

Mungkin kita lupa bahawa pemimpin "Syaitan Bisu" ini juga membisu seribu bahasa mengenai peranan Interfaith Council (IFC) dan BERSEH yg pernah saya siarkan dalam posting terdahulu http://www.youtube.com/watch?v=RSUI0R7-wy4

atau di dalam video ini




Hadi Awang kenapa anda Bisu seribu bahasa dalam isu IFC?- DARI VIDEO AGENDA YAHUDI DI MALAYSIA 2

Maka pada hari ini pengedaran Al Kitab Bible Bahasa Melayu yang KHUSUS untuk orang Kristian telah dimanipulasikan. Berita dari Taiping memetik blog Taiping Mali bahawa Bible Bahasa Melayu ini telah diedarkan kepada pelajar Islam di SRK dan SMK Convent Kota! Apakah  Syaitan Bisu maseh terus membisu?

Petikan dari blog Taiping Mali

GEMPAR di Taiping


Taipingmali. . . .GEMPAR.

Smk convent taiping gempar pagi tadi. Pelajar2 melayu dikumpulkan dan diberi penerangan oleh ustazah2 mengenai edaran bible melayu d kalangan pelajar sekolah tersebut. Mungkin di smk st george taiping juga berlaku. . .juga di sekolah2 mubaligh di seluroh negara. 300 000 naskah bible melayu sedia utk di edarkan.

Inilah padahnya bila agama di gadai utk mendapatkan kuasa.

Atas nama liberasasi dan pluralisme agama. . . Anak cucu kita bakal di baptiskan.

Sokong lah PAS DAN PKR. . .dan terimalah hakikat suatu hari nanti anakcucu kita akan menganggap semua agama adalah sama. Solat pun boleh d gereja sb ada kalimah Allah ada dalam bible dan dinding2 gereja.

Takebeer.

Bodoh bangal lah kita kalau masih bercakaran sesama kita dan tak mau bersatu