Showing posts with label DUN Tenang. Show all posts
Showing posts with label DUN Tenang. Show all posts

Monday, January 31, 2011

The swan song of Tenang

A dying swan performing the  last dance act to bewitch the audience


The swan swims the lake. Encircling the lake gracefully and performs the last dance. The last dance  is  so beautifully choreographed  that the  bewitched audience  stand up for a standing ovation. Then the curtain fall- That is the administrative script for The Swan Song.

In today's politic, many parties have performed the "Swan Song dance". The last choreographed image is beautiful and will forever be engraved in the memory box of the audience.

PAS last week has performed the perfect Swan Song dance. The ill- fated swan was the local  Ketua Muslimah by the name of Normala.
Maybe PAS has calculated the risks and decided to field a muslimah instead of a man.

After all, one's loss in the by -election can be turned into media circus to further promote  the party cross ethnically- that is the strategy ! - To persuade Chinese voters to vote for PAS.

The strategy seems to work. A beautiful muslimah is better at persuading the Chinese  voters to vote for PAS instead of a man.

True enough, the votes from the 80% Chinese dominant polling centre at Labis Tengah saved the PAS candidate from losing her deposits........and PAS' reputation!

As for the dying swan, her final last words keeps on echoing in my ear...like a double edged sword......."the time has not yet come for her to win".....the statement is well calculated. For  the strategy- laden  PAS, it is the Chinese voters that counts.

My advice to BN strategists, please take note,  remember the double edged words and start to work out from now on, for  hell hath no fury like that of a scorned woman.




Tuesday, December 28, 2010

Tenang sebelum ribut..........

The Comeback Kid

Tan Sri Isa semakin bertenaga semenjak dapat isteri muda

Tan Sri Isa Samad sudah buat political comeback setelah sahih tidak bersalah dalam politik wang yang menyebabkan beliau digantung jawatan dalam parti  dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama dulu. Tan Sri Isa yang semakin nampak muda dan bersemangat setelah menamatkan zaman duda dan bernikah dengan isteri muda yang jelita dilantik menjadi pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Dr Yusuf Noor. Kepada Tan Sri Isa, saya ucapkan tahniah. Gaya Tan Sri yang people friendly dan combative amat diperlukan untuk mengetuai Felda dan BAPAK bagi mengajar ANAK yang ditangani The Hidden Hand (THH) , Dalam kes ini Pembangkang diperkudakan oleh THH untuk merencana suasana kurang senang dan anarki supaya senang musuh negara menyelinap ke bumi Mala ini.


Juga membuat political comeback ialah Datuk Seri Shahidan Kassim yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Indera Kayangan. Teguran ikhlas saya kepada Kepimpinan Tertinggi UMNO perlu semak dan perhati mana mana pemimpin UMNO yang berfikrah atau dituduh berfikrah Wahhabi supaya tidak menjadi liability kepada party. Apapon Allah maseh sayangkan UMNO kerana DS Shahidan bukan Murshidul Am atau Presiden PAS yang berfikrah Wahhabi dan membuat fatwa memecahbelahkan umat Islam. Bukti penolakan golongan pondok iaitu golongan ugama tradisional ke atas parti yang berfikrah Wahhabi adalah seruan 20 pondok Kelantan untuk menolak Wahhabi dalam PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Abdullah Samaah dari Pondok Geting ULAMA PONDOK TOLAK WAHABI DALAM PAS

The prodigal daughter

Ingatkan Nurul Izzah sahaja jadi Malaysia's Prodigal Daughter. Rupanya ada seorang lagi dari Sarawak yang ada  bakat jadi  The State's Prodigal Daughter kerana mempertikaikan pernikahan seorang duda yang juga Ketua Menteri Sarawak. Hak menikah adalah hak individu dalam Islam. Seorang lelaki boleh menikah satu atau sehingga empat orang. Jika takut berlaku zalim, maka cukuplah sekadar seorang isteri. Tan Sri Taib Mahmud hanya menikah dengan seorang wanita sahaja setelah kematian Allahyarhamah isterinya!. Nampaknya Zulhaidah mempertikaikan hukum ugama Islam yang menggalakkan pernikahan dan  jelas telah dinyatakan dalam  Al Quran!

Berkenaan Zulhaidah yang teruja nak jadi KM Wanita Pertama Sarawak, disediakan petikan surat dari seorang makcik:- 

"jangan sekali2 ikut perangai zulhaidah. sebagai wanita walau sebuas mana pun 'nafsu' kita, jangan sekali2 menunjukkan 'kegelojohan' kita. walau menggelegak macam mana pun 'nafsu' kita, kita kena kekalkan sifat2 'kemaluan' kita. usahlah baru di puji sikit terus nak 'mengangkang'. takut nanti orang hilang stim bila 'panau dan kudis' kita dah nampak. nak buat apa pun, buat pelan-pelan. slow-slow.

makcik nak ingatkan juga, walau siapa pun orang tua kita, mereka tetap ibu dan bapa kita. Jangan jadi mcm zulhaidah suboh. bapanya Hadi. datuknya Salleh. tapi dah bertukar menjadi Suboh. tak patut. walau pun habbit kita suka keluar 'menyuboh' sekali pun". Baca lanjut di  MELANAU BLOGGER

Turut mendapat tempat sebagai The Prodigal Daughter ialah si Faekah Setpol MB Khalid. Saya hairan kenapa si Faekah mempertikaikan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mana adalah lantikan pegawai  Kerajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Jika kurang puas hati boleh  melapor kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Lantikan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri selalunya senarai pendeknya di serahkan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada ke bawah DYMM  Sultan Selangor untuk perkenan Baginda. Gaya Faekah seolah mempertikaikan bidangkuasa Jabatan Perkhidmatan Awam dan kedaulatan  Sultan Negeri Selangor!


Bertenang!

Tak lama lagi  PRK ke 14 . Bermakna jika setiap PRK , Suruhanjaya Piliharaya Malaysia, PDRM dan agensi kerajaan yang terlibat  membelanjakan total RM 250,000 untuk kos kerja lebih masa (OT), tuntutan perjalanan, hotel &lodging, makan & minum  serta perubatan personel, kos logistik, kos biaya petugas sambilan dan lain lain kos yang timbul bagi menyelenggarakan PRK dengan aman, lancar dan adil, maka setakat ini sejumlah RM 3,500,000 dibelanjakan untuk PRK.

Seeloknya selepas ini mana mana calon   DUN dan MP perlu menjalani pemeriksaan kesihatan  agar mengurangkan risiko bagi mengadakan PRK setelah kematian wakil rakyat. Ini kerana kos besar yang timbul. Sewajarnya juga diterima cadangan agar PRK setelah Pilihanraya Umum tidak diadakan kerana parti yang terpilih boleh melantik mana mana wakil dari parti berkenaan bagi mewakili penduduk kawasan DUN atau Parlimen berkenaan.

Untuk analisa, berikut disediakan statistik DUN Tenang

N5 TENANG
Jumlah Pengundi: 14,511
Peratusan Kaum: M: 49.59% C: 38.24% I: 12.07%


1. Sulaiman Taha (BN) (6,367) -penyandang 

2. Mohd. Saim Siran (Pas) (3,875)

Majoriti: 2,492
Jumlah undi: 10,655
Peratus mengundi: 73.43%
Undi rosak: 413