Monday, November 30, 2015

menjawab fitnah ke atas para habaib oleh Wahhabi

 


Fitnah Terhadap Habaib; "Para "Habaib" seorang Habib atau "Sayyid" atau "Syed" merupakan gelaran yang dinisbahkan kepada keturunan Baginda ﷺ Ahlul Bait. Mereka ini amat teliti dalam menjaga silsilah nasab keturunan. Ada yang menyimpan silsilah mereka masih dalam bentuk asal kulit-kulit unta dll."
"Guru kami YM Tan Sri Prof.Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas hafizahullah menyimpan silsilah keturunan beliau hingga ke Junjungan Mulia ﷺ. Begitu juga dengan Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid."

"Kemuliaan Ahlul Bait tidak perlu diulas panjang memadai dinyatakan bahawa mendoakan kepada mereka, aali Muhammad dimasukkan dalam bacaan Tahiyyat Akhir solat kita. Itulah kemuliaan mereka hingga hari kiamat."

"Mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang tersasar menjadi Syiah dan sebagainya, namun itu bukanlah hujah untuk menuduh kononnya dengan memuliakan para Habaib "selangkah menjadi Syiah" kerana manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah turut memuliakan para Ahlul Bait, namun tidaklah sampai sepertimana kemuliaan melampau yang ditunjukkan oleh puak Syiah."

"Bagi mereka yang mengkaji sejarah Nusantara Melayu ini pasti akan merasa terhutang budi kepada para Habaib kerana asbab merekalah risalah Islam tersebar hingga ke Nusantara ini. Nama-nama seperti Sheikh Abdullah Arif, Sheikh Burhanudin, keluarga Ahmad bin Isa al-Muhajir dll dari Hadramawt merupakan nama-nama yang banyak berjasa membawa Islam ke Alam Melayu ini."

"Bacalah monograf "Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago" atau "Historical Fact and Fiction" oleh YM Prof. Naquib al-Attas yang telah menekuni manuskrip-manuskrip awal kedatangan Islam ke Alam Melayu untuk memahami bagaimana proses Islamisasi di Nusantara Melayu ini bermula oleh para Habaib Hadhramawt."
"Pada ketika para Habaib datang ke Nusantara Melayu ini seawal kurun ke sepuluh Hijrah, enam belas Masehi, penduduk di nusantara ini sebahagiannya beragama Hindu, ada juga Buddha dan Animisme. Bayangkan apa agama kita hari ini tanpa kehadiran mereka?"

"Sungguh amat kita terhutang budi kepada mereka yang merantau jauh membawa Islam. Mereka bukan pedagang biasa sepertimana yang sebahagian kita sering disogokkan, tetapi Prof. Naquib mengatakan mereka adalah "para daie yang mempunyai misi" menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam. Dan itulah juga peranan Habaib hingga ke hari ini. Dakwah!"

"Ribuan yang telah memeluk Islam di tangan Habib Umar bin Hafiz, Habib Ali al-Jifri dan para Habaib yang lain. Habaib tidak maksum. Namun sungguh amat celupar dan biadap golongan yang mentohmah keturunan Habaib dengan pelbagai tohmahan hanya kerana ada segelintir daripada mereka yang menyeleweng atau mengikuti Syiah."

"Moga-moga Allah سبحانه وتعالى menempatkan kita bersama Baginda Rasulullah ﷺ dan para Ahlul Baitnya didalam Syurga Firdausnya. ((المرء مع من أحب))."

Daripada Dr. Nik Roskiman.
Pengarah Ikim.

5 comments:

Anonymous said...

Penghinaan terhadap nasab Raja Perlis dibuat di dalam forum anjuran Mufti Perlis di Perlis.

amanasyanti said...

Suatu keistimewaan pada Islam yang membawa orang mendekatinya ialah konsep kesamartaan Terlalu banyak ayat alQuran yang menyatakan manusia sama saja dsisi Allah. Kelebihan hanya terletak kepada mereka yang bertakwa. Tiada ayat yang menyebut tentang kelebihan bangsa Arab malah sebaliknya. Tiada ayat yang melebihkan keturunan nabi. Yang kita perlu menghormati ialah mereka yang memahami Islam dan menjalani hidup berpandukan suruhan Tuhan, bukan kerana mereka berketurunan yang kononya baik.

Anonymous said...

Islam, iman dan ihsan (taqwa).

Islam tampak pd amal perbuatannya, serta penampilan luarannya.

Iman pd ilmu dan kefahamannya, zahir dgn sifat syukur dan sabar.

Taqwa / ihsan, terzahir dgn akhlak yg mulia; tenang, tawaddu', dan penyantun.

Anonymous said...

Tenang itu penyabar, tahan marah, tidak gopoh, resah gelisah, tidak terburu buru.

Tawaddu' itu merendah diri, tidak angkuh, tidak bongkak, tidakrasa diri hebat, tidak rasa diri mulia.

Penyantun itu lemah lembut, bersopan, suka membantu, pemaaf dan pemurah.

Bnyk yg dianggap ilmuan agama hari ini, penampilan luaran dan amalannya mcm bagus, keilmuannya juga mcm bagus, tp akhlaknya tak sepadan dgn ilmu dan penampilan luarannya. Muhasabahlah diri kita masing masing. Perkara yg kita kurang memahami, kurang berilmu berkenaannya, jgnlah terburu buru dinafikan kebenarannya, bermudah mudah dikatakan karut dan palsu, seolah olahnya kita tahu semuanya, kemudian merendah rendahkan mrk yg tak sependapat dgn kita.

Shafur Malik said...

Tepat 100%... terbaik.