Monday, July 7, 2014

Bila Mujahid Yusuf Rawa jadi PM @RUU Harmoni

Berapa Liberalnya PAS? Kita lihat tokoh PAS Mujahid Yusuf Rawa cuba nak bentangkan Rang Undang Undang  Harmoni  melalui Majlis Konsultansi Nasional. Untunglah ada orang Islam yg perihatin dan cepat tangkap permainan musuh Islam yg liberal . Sapa jadi PM ni ? Mujahid ker atau Najib? Kepada PM Najib jangan lupa sumpah orang Islam Melayu yg jadi PM kena taat pada Ugama dan Bangsa di depan Raja Raja Melayu......ikuti ulasan A Karim Omar di sini
Akta Hasutan hendak dihapuskan. Mahu diganti dengan akta baru melalui pengubalan Rang Undang-undang Harmoni. Namun, sejak diheboh tentang RUU Harmoni, timbul beberapa kontroversi.
Sebenarnya Tanah Melayu sememangnya sudah harmoni dengan toleransi yang amat tinggi. Kehidupan yang penuh harmoni mulai terhakis akibat tuntutan-tuntutan melampau puak-puak yang ingin melaksanakan agenda jahat mereka.
Sebab itu, Akta Hasutan itu tidak perlu dihapuskan. Mungkin wajar ditambah baik dan diperketatkan lagi. Begitu juga dengan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum ini. Dalam pada boneka-boneka Barat melaungkan hak asasi manusia untuk menghapuskan ISA semasa UPR di Geneva tahun 2009, banyak negara kekalkan ISA seperti negara Singapura yang sangat dibanggakan puak-puak ini.
Malah, Amerika Syarikat, negara yang banyak membiayai kumpulan-kumpulan HAM ini, baru melaksanakan akta mirip ISA, Akta Patriot pada tahun 2001. Kenapa pula Malaysia dipaksa untuk gugur?
Begitulah perancangan JAHAT musuh yang tidak henti-henti (baca: Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai).
Kini Akta Hasutan mahu digantikan dengan Akta Harmoni. RUU Harmoni ini kononnya telah diterima oleh kerajaan untuk diluluskan ke Parlimen. Jika ianya terlaksana bala bakal menimpa umat Tanah Melayu ini. (Baca tulisan sahabat saya, Azril Mohd Amin: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)
Alhamdulillah, saya juga mendapat khabar, yang telah saya siarkan pada 19 Jun lalu, RUU Harmoni Bakal Berkubur.
draf RUU HarmoniRUU Harmoni dirangka oleh sebuah jawatankuasa kecil yang dipimpin oleh Mujahid Rawa di bawah Majlis Peguam (Bar Council). Kononnya mereka melakukannya di bawah Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), yang turut dianggotai oleh Mujahid (boleh pulak MP PAS bersama dalam institusi kerajaan? Kenapa bantah sangat cadangan “Kerajaan Perpaduan” (UG) dulu?).
Susulan gerak kerja pelbagai NGO Islam yang berusaha untuk menyedarkan orang ramai berhubung ancaman dari RUU Harmoni ini, ianya telah menarik perhatian Majlis Raja-raja. Dan dalam Persidangan Majlis Raja-raja pada bulan lepas, satu sesi taklimat khas telah diadakan.
Perdana Menteri turut dipanggil hadir dalam taklimat khas tersebut. Bimbang dengan pembongkaran demi pembongkaran ancaman RUU Harmoni itu, PM Najib terpaksa mencelah serta memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni yang telah disediakan oleh Mujahid Rawa bersama Majlis Peguam tersebut. Itu JANJI Najib di hadapan Raja-raja Melayu.
Berselang beberapa minggu, Menteri berkaitan, Nancy Shukri, dalam kenyataan beliau ketika mengerjakan umrah di Mekah, menjelaskan bahawa draf RUU Harmoni belum bersedia untuk dibentangkan. (Kita doakan ianya berkubur terus)
Mengambil kira kepedulian para Duli-duli Raja-raja Melayu dengan apa yang bakal menghapuskan identiti Tanah Melayu dan menjadikan RUU Harmoni sebagai batu loncatan untuk menjadikan Persekutuan Malaysia sebuah REPUBLIK dan juga dari keresahan Najib semasa taklimat tersebut dibentangkan kepada Majlis Raja-raja, apakah nanti Najib masih berani melawan Majlis Raja-raja?
Jika Najib akur dengan janjinya di hadapan Raja-raja Melayu bulan lepas kita doakan ketegasan dan keberanian beliau untuk menghadapi ancaman kelompok Liberal yang menganggotai MPKN yang sekarang galak mempromosi RUU Harmoni tersebut.

Sumber
A Karim Omar

1 comment:

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS, spt. biasa dari Tuan A. Karim Omar!

Dan apahal nak tunggu Akta Keharmonian Nasional JAHANAM tu dibawa ke Kabinet - patut diHAPUSkan dari sekrg!
Sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan Britain - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu kita!

Sekiranya kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH kita. Di mana, Tanah Melayu kita ini dulunya adalah kepunyaan Kesultanan Melayu sehingga Kesultanan ISLAM/Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (melaksanakan juga strategi DAJAL Malayan Union dlm. bentuk lain, lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948)!

Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang KAPIR MUSUH ISLAM/umatnya!

PENIPUAN perjanjian 1948 ini yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).

Maka, sebab itulah lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA Islam/Melayu kita, dlm. memastikan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).